15 September 2009

Petua Kebahagiaan Rumah tangga

N3 ini aku tujukan khas kepada yang dah berumahtangga(kalu umah naik lif pun boleh gak). Lekat di dinding bilik tidur dan baca bersama-sama pasangan. Bagi yang tak kawen lagi, digalakkan baca untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan dijadikan panduan pada masa akan datang. Praktikkan dengan pasangan suami atau isteri anda yang sah sahaja(tak kiralah kalu ada tiga empat cawangan bagi yang laki).Kalau belum kawen LU PIKIRLAH SENDIRI.

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. (KALU MALU KAT ANAK-ANAK, BUAT LER BILIK AIR DALAM BILIK TIDO)

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami(JANGAN LAK SAKIT LENGAN SUAMI ESOK HARINYA). Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. (JOM MASAK BERSAMA-SAMA)

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.(BERAPA RAMAI LAKI SANGGUP TENGOK ISTERI DALAM LABOUR ROOM, KALU ADA AKU TABIK SAMA YU OLLS)

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. (SUDAH SEMESTINYA, KALU BOLEH TIAP-TIAP TAHUN RAYA KAMPONG ISTERI PUN TAK PE, HEHEHEHE)

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. (INI PERINGATAN UNTUK AKU, TERKENA IDUNG SENDIRI)

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. (KALU BOLEH SORA MACAM DALAM KELAMBU)

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. (INI, NENEK2 KENA AMBIK PERINGATAN TERMASUK AKU)

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. (ASYIK TERKENA JE AKU HARI NI)

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.(MELARAM UNTUK ISTERI TAU BUKAN UNTUK MARKA)

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. (KITA SELALU TAK BUAT SEBAB TAKUT ANAK KACAU, BIARLAH DIA KACAU PUN SEBAB BESOK BESAR KALU DIA TAK RETI SOLAT ,KITA GAK YANG PENIN)

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya. (MASAKLAH SENDIRI WALAUPUN MASAKAN ANDA KURANG SEDAP DAN ANDA HANYA MAMPU SAJIKAN TELO GORENG)

Cerita Lawak : Mengapa Perlu Kahwin

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan... .



Sumber : http://kahkahkah.mnazman.com

14 September 2009

Permata

Andai kau tahu,
apa yang berada di benakku kini,
begitu suci dan tulus hatimu
menerima aku dengan seadanya...

Masa berputar terlalu pantas
menjadikan waktu itu seperi tidak berlalu
dan lantas turut mengembangkan kuntuman-kuntuman kasih antara kita

Seandainya kau tahu
apa yang hatiku sedang bicarakan
ingin ku lukiskan hatiku dengan potretmu
agar ia kekal abadi di situ
mendampingi aku yang ingin selalu bersamamu...

Suamiku...
Kau satu-satunya pelita yang memberi cahaya tatkala aku masih kegelapan...
tanganmu satu-satunya yang menggapaiku tatkala aku hanyut di arus dunia...dan kau satu-satunya harapan yang menjadikan mimpi-mimpiku satu kenyataan... Terima kasih atas segalanya...

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...