6 Januari 2013

Putaran kehidupan


Sedang aku membelek2 encik gugel... terbaca aku dengan ringkasan sebuah cerita... sangat menarik untuk dikongsikan.. jadikan pengajaran utk diri sendiri.. supaya tidak alpa dengan apa yang Allah tetapkan dan hadiahkan. Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan pemurah.. Jom baca.. Sekadar berkongsi cerita...

"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan
bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan,
kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.
Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang
lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan
dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. tetapi
sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,"Wahai suamiku, bolehkah aku
memberikan makanan kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar
jawapan daripada suami yang dicintaiyang telah
menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup ketika
si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan
menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku
perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya
berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.

Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan
bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar
pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu
ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat
mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai
suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?"

Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi
makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.

Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya,
"Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis
kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada
pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya,
lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil
terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan
takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.Tahukah engkau siapa pengemis yang
ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu."

Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami
sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan
tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu
ini?Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya... !"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang
haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang
bernasib baik. ALLAH SWT itu MAHA KUASA.


3 Januari 2013

Me & Fareeda ~ Nyata Jelita

Entry kali ni macam pelik sikit kan... why Fareeda? sebenar2nya saya dah lama pun jatuh cinta dengan tudung  No.1 Fareeda ni... tapi belum berkemampuan, sampai la 2 bulan yang lepas encik suami belikan tudung Fareeda ni untuk saya... sengih sampai ke gusi ok masa 1st2 dapat tudung ni. Ops, sebelum saya pakai tudung Fareeda, saya pernah beli 2 helai tudung yang tak kurang hebatnya.. tentu siapa yang gilakan tudung tau kan DNE atau nama penuhnya De Noorish Elegent... Yep! cantik jugak tudung keluaran DNE.. hampir menyerupai design Fareeda... Harganya pun hampir menyerupai.. sama~! Pada yang berkenan nak try tudung Fareeda yang gojes ni, boleh PM saya di inbox or add me as friend FACEBOOK ... Ada koleksi2 terbaru di fb saya.... cuma ianya terhad~! =) Meh layan tudung2 Fareeda yang ada pada saya sebelum ni.. tapi yang ada dibawah ni, semuanya dah pun SOLD OUT ye... for tudung lain.. kena tunggu.. dan rajin2 la jenguk update di FB saya.. 




2 Januari 2013

senyum itu pengubat segalanya :)



Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..

Berterima kasihlah pada orang yang telah..
☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..



Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya :)

** kami tak ambil pusing dengan kata2 sindiran dari orang yg tak pernah suka melihat kegembiraan kami...
** kami tak ambil tahu dengan kata2 orang yg cuba menjatuhkan kami...
**kami tak ambil peduli dengan keadaan sekeliling yang mula mencemburui kami...
kerana kami sedar, Allah dah tetapkan rezeki masing2... Adil... sungguh adil.. kerana mereka ada apa yang kami tiada dan kami ada apa yang mereka tiada... Adil bukan?

~~Selamat Tahun Baru 2013 kawan2, semoga tahun ini memberikan seribu makna, seribu kekuatan, seribu kejayaan, seribu keajaiban buat kami sekeluarga... Amin... ~~

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...