22 Oktober 2013

8 sebab utama mengapa sukar melupakan cinta pertama


Mengapa sukar melupakan cinta pertama? 8 sebab utama mengapa sukar melupakan cinta pertama adalah:
  1. Nikmat kasih sayang - Perlu diakui bahawa nikmat cinta pertama memang terlalu indah. "Saya sudah cuba tetapi saya masih tidak dapat melupakan dia kerana dia adalah cinta pertama saya" Mungkin ayat seperti ini anda pernah dengar daripada kawan-kawan anda yang telah putus cinta atau dikecewakan. Hal ini disebabkan nikmat kasih sayang pada cinta pertama adalah suci dan lahir semulajadi dari hati yang benar-benar mencintai.
  2. Kepercayaan - Penangan cinta pandang pertama adalah anda pastimeletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan anda dan kebiasaannya anda menganggap cinta pertama dan terkahir hingga ke jinjang pelamin. Begitu banyak janji yang dibuat semasa cinta pertama namun kadang-kadang... hampa..
  3. Pengalaman pertama - Pengalaman cinta pertama adalah pengalaman yang manis dalam hidup kita. Manusia memang sukar melupakan pengalaman paling manis dan yang paling pahit dalam hidupnya. Jadi tidak hairanlah cinta pertama tetap kekal hingga kini.
  4. Kenangan pahit - Seperti yang saya katakan tadi pengalaman pahit yang kita alami pasti akan diabadikan dalam hidup dan menjadi kenangan dan tersemat rapi dalam ingatan. Sakit hati sekalipun anda pasti sukar membuangnya terlalu jauh.
  5. Pelajaran pertama - Melalui cinta pertamalah anda mengenal erti cinta,melaluinya juga anda mengenal sikap, sifat dan tabiat kaum berlainan jenis, maka anda pasti akan mengingatinya sebagai panduan anda mengenal cinta kedua, ketiga dan seterusnya.
  6. Kecewa - Anda sudah meletakkan sepenuh kepercayaan, anda sudah berjanji sehidup semati, anda telah berjanji setia hingga ke akhirnya, kemudian anda "dilepaskannya", pasti anda mengalami sedikit tekanan jiwa dan perasaan. Melalui perasaan kecewa itu lah anda ingat sampai sekarang.
  7. Dikhianati - Jika ada orang mengkhianati anda pastinya anda mengingatinya. Sama lah juga dengan cinta pertama anda. Bermacam janji telah dibuat dan akhirnya semuanya dusta. Pastinya anda akan mengingatinya.
  8. Kenangan manis - Dalam banyak-banyak sebab di atas, bagi saya inilah sebabnya mengapa cinta pertama sukar dilupakan. Cinta pertama memberikan anda lebih banyak kenangan manis walaupun pahit akhirnya. Bila difikirkan balik masa cinta pertama pastu anda terasa seperti "Setiap saat dirasakan indah, Setiap minit mahu merenungnya, biar merenung tanpa kata, setiap pandangan mendebarkan hati, setiap waktu bersama terukir senyuman, setiap malam tidur tiada lena..." kan? kan? kan?
Sebab-sebab diatas adalah sesuai bagi terma cinta pertama dan bukan cinta monyet.Jika anda tidak pernah mengalami cinta pertama mungkin sukar anda menggambarkannya. Cinta pertama adalah sangat indah (p/s Bagi lelaki), cinta terakhir amat diperlukan (p/s Bagi wanita).

Walau apapun yang berlaku pada cinta pertama anda jangan lupakan cinta pertama juga pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW kerana cinta kepadanya adalah cinta yang mendatangkan pahala. Sama-sama kita mengingati sesama sendiri. InsyaAllah.

Kredit to : http://bilalelakiberbicara.blogspot.com

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...