6 Januari 2013

Putaran kehidupan


Sedang aku membelek2 encik gugel... terbaca aku dengan ringkasan sebuah cerita... sangat menarik untuk dikongsikan.. jadikan pengajaran utk diri sendiri.. supaya tidak alpa dengan apa yang Allah tetapkan dan hadiahkan. Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan pemurah.. Jom baca.. Sekadar berkongsi cerita...

"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan
bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan,
kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.
Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang
lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan
dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. tetapi
sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,"Wahai suamiku, bolehkah aku
memberikan makanan kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar
jawapan daripada suami yang dicintaiyang telah
menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup ketika
si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan
menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku
perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya
berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.

Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan
bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar
pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu
ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat
mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai
suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?"

Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi
makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.

Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya,
"Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis
kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada
pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya,
lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil
terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan
takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.Tahukah engkau siapa pengemis yang
ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu."

Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami
sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan
tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu
ini?Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya... !"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang
haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang
bernasib baik. ALLAH SWT itu MAHA KUASA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...