29 Disember 2011

Pengorbanan

Malam tadi bila hendak tidur, aku membelai rambut suamiku, Aku senyum melihat dia dan suami kembali senyum padaku.

''Abang... ayang percaya abang boleh lakukannya. Ayang yakin sangat, dan ayang x kisah berkorban untuk abang'' Aku bersuara memberi kata semangat dengan penuh keikhlasan. Aku benar-benar ikhlas mengungkapkannya... Suamiku senyum dan mengangguk. Aku yakin dengan suamiku.... Dan hari ini aku membaca maksud pengorbanan dia carian google dan aku terjumpa barisan-barisan ayat dibawah..... Pengorbanan itu banyak cabangnya....

''Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain. Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas. Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah. Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan. Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya. Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat. Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati. Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian. Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak. Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya. Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia. Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran. Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.''

Mudah-mudahan pengorbanan yang aku lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah... Aku mahu suamiku berjaya dunia dan akhirat.  Abang... tak kisah apa yang berlaku, ayang adalah orang yang paling kuat mendukung impian dan cita-cita abang, ayang adalah isteri yang sanggup berkorban apa saja demi melihat abang berjaya. Kerana ayang amat menyintai abang seluruh jiwa dan raga.. Good Luck Abang!



Ya Allah, permudahkan segala urusan kami nanti.... Amin...

22 Disember 2011

Aku wanita yg masih belum sempurna

Hati ini tiba-tiba terasa sayu... Airmata terasa ingin jatuh berjuraian... Namun ku pujuk hati, kuatkanlah hatimu wahai wanita... Satu soalan yang sering aku tertanya-tanya... Kenapa susah sangat aku nak mengandung? Orang lain senang-senang je mengandung... Aku tahu aku ni bukanlah sebaik-baik manusia... Tapi aku juga punya perasaan. Bila jumpa orang atau sedara mara macam dah tiada soalan lain melainkan... 

1. Dah pregnant ke?
2. Bila aku nk dapat anak saudara ni?

Tahu tak yang soalan2 kalian tu buat aku terasa sangat hati. Aku manusia biasa dan tak mampu nak menjawab segala yang telah ditetapkan oleh Allah. Aku harap sangat pada orang-orang yang diluar sana janganla bertanya apa-apa mengenai anak pada orang yg belum dikurniakan cahaya mata. Perasaan yg mengalaminya tak siapa yg tahu kecuali diri sendiri. 

Sebulan yg lalu aku dapat berita gembira bila mana aku disahkan mengandung oleh doktor di sebuah klinik... Bersyukur tidak terkira. Sepanjang perjalanan memandu ke pejabat aku mengucap syukur yang tidak terhingga. Selang seminggu doktor minta aku dtg semula ke klinik untuk membuat scan. Aneh langsung tak kelihatan... Aku berdoa dlm hati sepanjang doktor scan diperutku... Aku semakin cemas... Dan akhirnya setelah gagal... aku dihantar ke Hospital Serdang untuk lanjutan. Sebelum aku keluar dari bilik doktor, sekali lagi aku bertanya... ''Doktor, betul ke saya mengandung?" Doktor cepat2 buka buku laporan... ''Betul, awak positif!'' Ada sedikit lega bila dengar jawapan dari doktor. Sepanjang-panjang perjalanan ke hospital serdang aku dan suami tidak putus-putus berdoa agar permudahkan segala urusan. Sepanjang hari berada di hospital, doktor mencuba berulang kali membuat scan namun hampa. Dan akhirnya doktor arahkan aku ambil UPT semula... paling menyedihkan... UPT aku negatif! Hampir aku terduduk... Kuatnya Ya Allah ujian mu ini... 
buku rekod mengandung... sedih bila tiap kali aku melihatnya.. cukupla bahagia itu seketika cuma..

Dulu aku punya kawan rapat.. segala rahsia bertukar2... sama-sama memasang angan2 mempunyai anak. Rezeki menyebelahi Tasha... dia dulu dikurniakan baby... Aku tumpang gembira. Semenjak tu wujud perasaan yg sukar ditafsirkan... Perasaan rendah diri menebal teramat sangat. Sehinggakan wujud jurang semakin luas antara aku dan dia.. Tasha..maafkan aku ye.. bukan tak mahu serapat dulu dengan engkau... tapi aku sedih... dan terasa aku seperti tidak sempurna... Ya... aku wanita yg tidak sempurna.... :( tapi aku sentiasa doakan kau bahagia disamping suami dan anak.... 

ni la Tasha and afif fahri yg sgt comel~!

Ya Allah.... Kuatkanlah hatiku yg semakin terasa lemah... kuatkan kasih sayang aku dan suamiku... 
Disaat ini...airmata benar-benar berjuraian... amat payah untuk aku menahannya.... Lagi-lagi bila mengenangkan aku wanita yg masih belum sempurna..... 

19 Disember 2011

Bye 2011 & Hello 2012!

Sekejap saja kan... lagi 11 hari akan tertutuplah pintu 2011, dan welcome 2012!
Tentu ramai dah sibuk2 dengan azam masing-masing kan?
Azam aku??? erm entahlah... tak terfikir apa-apa pun buat masa ni. Mempunyai seorang suami yg setia saje kot?? huhuhuhu...mengada betul kan azam macam tu? azam ke tu?? hahaha... abaikan...
Tentunya ramai yang mengharapkan dan berazam untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik kan. Seperti aku juga, punya impian dan cita-cita. Berusaha dan berdoa mestilah seiring.

Sedikit tentang azamku dengan suami adalah mempunyai perniagaan sendiri. Ya! Aku dan suami bercita-cita mahukan perniagaan sendiri. Sememangnya pada waktu ini kami mempunyai perniagaan kecil-kecilan sendiri. Alhamdulillah, dapatla menampung hidup dikota yg semakin pesat ini. Aku dan suami mempunyai impian yg besar... sangat-sangat besar. Aku beruntung kerana aku dan suami sama-sama memasang azam dan cita-cita. Tak perlu tunggu tahun 2012... pada bila-bila masa dan ketika azam itu telah kami ciptakan bersama.

Apa pun aku berdoa agar azam aku dan suamiku berjaya! Akan ku updatekan di blog kesayanganku ini nanti bila ianya terlaksana...


Pssst! ni lagi satu azamku yg ku pendam dlm lubuk hatiku... ku tahu suamiku menggilainya... Huby kelihatan agak pendek bila cuba pandu ujinya kira-kira 3 minggu yg lalu! hahahaha....

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...