23 Februari 2012

My Hubby~~

Alhamdulillah...hari ni diberi lagi nafas oleh Allah SWT untuk aku meneruskan kehidupan...
Tak tahu apa entry yang aku nk tulis kali ni...tapi hari ni terasa indah lebih dari biasa...Cuma pagi tadi terasa malas sangat nak bangun... then huby yang bangun dulu... biaselah i tengah2 bendera merah ni... mood sangat2 x stabil..huhu... Huby bangun dulu then tarik tangan aku untuk bangun juga... dan ditolaknya aku ke bathroom supaya suruh mandi...huaaaaa aku hate mandi pagi2..hari2 kena paksa dgn huby... teruk x perangai? hahaha... punyela malas hari ni... walhal hari jumaat ni... terbayang dapat bobom best.. lepas mandi... huby pakaikan baju... then  sampai la aku siap... Kebetulan mak ada di rumah aku sekarang hanya geleng2 kepala je tengok perangai aku... hahaha memang beginilah dari mula kahwin sampai lah usia perkahwinan kami 3 tahun 6 bulan... cuma xla selalu mcm ni aku...cuma kadang2 bila datang mood malas nak pegi keje.. beginilah jadiknya... bersyukur sangat huby seorang yang penyabar... kalau dia tengok aku sedang termenung tentu dia datang dekat denganku... kalau aku tertidur di waktu senja cepat2 dia kejutkankan.... dan dimandikan aku (sensor sikit ye kat sini) hahaha... mandi saja..xde wat mende2 lain ok... sila fikiran positif... hahaha... dan kalau dia tengok aku sedih...selalu dia dia tarik aku untuk menangis dibahunya... abang.. awak sentiasa sempurnakan hari2 sayang....

Out~! sambung keje.... ^_^

8 Februari 2012

ANN CONCEPT RESOURCES

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ANN Concept Resources telah pun selamat didaftarkan di SSM. Aku dan huby meluangkan masa time lunch semalam untuk lari sekejap ke MPKj. Inilah salah satu azam aku bermula dari tahun 2011 lagi... dan semalam ianya menjadi kenyataan. Kenapa aku pilih nama ANN sebagai perkataan pertama? A=Ajak, N=&, N= Nurul... : Ajak & Nurul :)


Dan Misi yang seterusnya adalah mencari kedai yang bersesuaian, aku dan huby still lagi tercari-cari lokasi menarik dan yg penting harga berpatutan, maklumlah bisnes baru nak bermula secara serius... Peralatan2 untuk perniagaan ada yang dah aku dan huby beli sebelum ni... Tentu kalau yg baca entry Pengorbanan aku sebelum ni kurang faham apa maksud pengorbanan yang aku cuba sampaikan kan... inilah pengorbanan aku yg sebenar-benarnya pada masa depanku dan suamiku.... Hampir kesemua bonusku sebelum ni aku belanjakan untuk membeli brg2 keperluan perniagaan yg kami jalankan sekarang. Rezeki agaknya bonusku tahun ni alhamdulillah berlebih2 dari apa yg aku jangkakan... ANN Concept Resources memberi perkhidmatan kitchen cabinet, hiasan dalaman, perabot rumah, perabot pejabat, barangan hiasan rumah dan dinding dan segala yg berkaitan dengan interior design. 
Mudah-mudah Allah permudahkan urusan aku dan suami.... :)

Kami tak mahu toleh ke belakang lagi..... ^_^

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...