31 Januari 2010

4 hari yang HEBAT :)

Thursday - 28 January 2010

Hari yang tiba2x mengejutkan aku. X sangka hari ni aku dapat bonus n kenaikan gaji... yeppii...
Alhamdulillah sgt2x... dengan pemberian tu aku dapat selesaikan sedikit sebyk masalah yang ada

Friday - 29 January 2010

Pagi ni aku aply cuti sebab nk setle kan yuran2x sekolah adik yg belum dijelaskan. Alhamdulillah dengan duit bonus tu xmembebankan aku untuk selesaikan semuanya... syukur sangat2x.
Dan hari ni juga aku dapat surprise tedy bear dari hubby... Punyer beso... beso sgt2x...hehehehehe... rase kalau dirikan bear tu lebih kurang aku je tingginyer... suke sgt dpt bear beso2 gitu...lupe nk snap pic tedy bear tu...next time yer.. :p Malam tu pulak hubby bawak layan movie kt the mines..hu3x layan citer Adnan Sempit.. gile lawak... memg happy la aritu

Saturday -30 January 2010

Pagi2x ni aku dah masukkan sedikit duit bonus pada mak kt kg sebagai hadiah. Sekurang2nya merasa org tua tu dpt duit lebih sikit. Tanpa doa dari dia pun aku x kan menerima kesenangan yang bru aku kecapi... terima kasih diatas doa mak... Rasa hebat dapat memberi mak happy walau x banyak... :) Pada belah petang aku shoping barang2 sekolah adik baim. Lewat sikit aku dapat beli... Belikan dia baju melayu sekolah sebb ari jumaat sekolah dia mewajibkan pelajar lelaki pakai bju melayu putih, beg sekolah, barang2x peralatan mcm colour, pen (tambah2x) dan melangsaikan yuran bas sekolah... Amin dapat pun aku langsaikan semuanya. Dan selebihnya duit dari bonus tu aku simpan untuk masa hadapan. Mesti mula menyimpan, x banyak sedikit... :)

Sunday - 31 January 2010

Kwn baik aku Lidia datang umah aku. Plan sebenarnya aku yg nk g umah dia... x jadi ...dah terbalik..dia pulak yg dtg umah aku... hu3x.. tgok hubby aku ngan hubby lidia memg btul2 rasi.. ape2 ntah di borakkan dorg entah... anak lidia pulak duk main2 je ngan adik2 aku xmau lepas... lidia lepak umah aku dri pagi smpai kul 4.30 ptg. Then pastu kitorg gerak nk ke alamanda. Pusing2x...dan aku shoping brg2 elianto... hu3x. Cadang lepas ke alamanda nk gerak ke dataran. Lepak kt sane pulak. tpi kuar2 dri alamanda tgok ujan da... lebat pulak tu. then ambik keputusan bersurai. Next time hubby lidia (hisham) jnji nk g mancing pulak ramai2x. best2x. hu3x...
Malam tu semua nk pengsan kepenatan. Tetibe dpt mesej dri lidia. dia bgtau anak dia nangis...nak adik2 aku... die dah rasi ngan adik2 aku... tersenyum aku bce mesej dia. xpela next time untie huda jumpe haziq(anak lidia) lgi k... :)

20 Januari 2010

Jumlah Kalori Dalam Makanan

List ni aku jumpa dalam satu ruangan web....errrrr....ngerinyer bila tgok makanan yang selalu aku makan banyak kalori... haiiihh patut la badan makin montel2x... hope lepas ni kalau aku nak makan kena cek balik jumlah kalori ni. Hope pada pembaca yang ada cita-cita nak melangsingkan badan..hehehehe aku rasa list ni dapat membantu korang dalam menjalankan diet sehari2x supaya x lebih kalori dalam badan. jom kita tengok..


SARAPAN PAGI



ROTI/BISKUT/KEK

1. Roti Kari Ayam (1 biji) - 204 kalori
2. Sandwich Sardin (1 biji) - 71 kalori
3. Roti Kaya/Kelapa (1 biji) - 219 kalori
4. Roti Kacang Merah (1 biji) - 223 kalori
5. Papadam (1 keping) - 26 kalori
6. Murtabak Daging (1 biji) - 722 kalori
7. Biskut Chip Coklat (4 biji) - 200 kalori
8. Kek Keju (1 potong) - 400 kalori
9. Roti Canai Kosong & Dhal (1keping+1/2 mangkuk) - 414 kalori

10. Karipap (2 biji) - 256 kalori
11. Capati & Kuah (1keping+1/2 mangkuk) - 166 kalori
12. Choo-cheong-fun (1 keping) - 236 kalori
13. Roti Kosong (1 keping) - 75 kalori


MEE/NASI


1. Kuay Teow Goreng + kerang (1 pinggan) - 743 kalori
2. Mee Goreng Mamak (1 pinggan) - 660 kalori

3. Mee Sup Udang (1 mangkuk) - 293 kalori
4. Laksa Kari (1 mangkuk) - 589 kalori
5. Lor Mee (1 mangkuk) - 383 kalori
6. Mee Rebus (1 mangkuk) - 556 kalori
7. Mee Hailam (1 mangkuk) - 277 kalori
8. Mee Sup Wantan (1 mangkuk) -217 kalori
9. Mee/Bihun Goreng (1 pinggan) - 510 kalori
10. Mee Wantan Kering (1 pinggan) - 409 kalori
11. Laksa Penang (1 mangkuk) - 436 kalori
12. Mee Sup (1 mangkuk) - 381 kalori
13. Nasi Lemak dengan sambal (1 pinggan) - 644 kalori


JEM/MENTEGA

1. Butter, Marjerin, Mayonis (1 s/k) - 45 kalori
2. Peanut Butter (1 sudu kecil) - 33 kalori
3. Kaya (1 sudu kecil) - 39 kalori
4. Jem Buah (1 sudu kecil) - 20 kalori



BUAH-BUAHAN

1. Anggur (8 biji) - 60 kalori
2. Langsat (10 biji) - 31 kalori
3. Jambu Batu ( 1/2 biji kecil) - 60 kalori
4. Mangga ( 1/2 biji besar) - 67 kalori
5. Durian ( 2 ulas sederhana) - 60 kalori
6. Pisang ( 1 biji sederhana) - 60
7. Epal Merah ( 1 biji) - 63 kalori
8. Tembikai ( 1 potong kecil) - 60 kalori
9. Betik (1 potong) - 56 kalori


LAIN-LAIN

1. Oatmeal kosong (1 mangkuk) - 225 kalori
2. Oatmeal & susu (1 mangkuk) - 356 kalori
3. Telur Rebus (1 biji) - 76 kalori


KUIH TRADISIONAL

1. Cucur Udang (1 biji) - 144 kalori
2. Vadai (1 biji) - 194 kalori
3. Donut (1 biji) - 268 kalori
4. Kuih Apam Balik (1 keping) - 282 kalori
5. Kek Kosong (1 keping) - 100 kalori
6. Pisang Goreng (1 biji) - 129 kalori
7. Kuih Koci/ Pulut Putih (1 biji) - 183 kalori
8. Kuih Talam Seri Kaya (1 biji) - 183 kalori
9. Popia Goreng (1 biji) - 91 kalori


MAKAN TENGAH HARI & MALAM


NASI/ BUBUR


1. Nasi Kosong (1 mangkuk) - 207 kalori
2. Nasi Briyani+ Kambing (1 pinggan) - 587 kalori
3. Nasi Minyak+ Rendang Daging (1 pinggan) - 664 kalori
4. Nasi Kerabu (1 pinggan) - 360 kalori
5. Bubur Kosong (1 mangkuk) - 182 kalori
6. Bubur Ayam (1 mangkuk) - 348 kalori


DAGING & MAKANAN LAUT

1. Ikan Kembong Goreng (1 ekor) - 219 kalori
2. Kari Kepala Ikan (1 pinggan kecil) - 288 kalori
3. Deep Fried Baby Sotong ( 1 pinggan kecil) - 630 kalori
4. Sambal Udang (1 pinggan kecil) - 194 kalori
5. Satay Ayam (10 cucuk) - 365 kalori
6. Kuah Satay (1/2 mangkuk) - 129 kalor
7. Rendang Daging (2 ketul kecil) -228 kalori
8. Kari Kambing (2 ketul kecil) - 287 kalori
9. Kari Ayam (1 ketul sederhana) -195 kalori


SAYURAN

1. Salad Kosong (1 mangkuk) - 100 kalori
2. Salad 'dressing' (1 sudu kecil) - 60 kalori
3. Sayur Goreng ( 1 pinggan) - 66 kalori
4. Sayur Lemak ( 1 pinggan) - 140 kalori


SUP

1. Sup krim (1 mangkuk) - 375 kalori
2. Sup Kosong Daging/ Sayur (1 mangkuk) - 200 kalori


LAIN-LAIN

1. Tauhu Stim (1 keping) - 102 kalori
2. Telur Goreng (1 biji) - 128 kalori


MAKANAN SEGERA

BURGER

1. Burger Daging (1 biji) - 317 kalori
2. Burger Keju ( 1 biji) - 341 kalori
3. Burger Keju+ Daging (1 biji) - 438 kalori
4. Hot Dog (1 biji) - 225 kalori
5. Sundae Coklat(1 cawan) - 380 kalori
6. Pie Epal (1 keping) - 260 kalori


PIZZA

1. Pepperoni Daging (1 keping) - 155 kalori
2. Daging, Ayam, Bawang (1 keping) - 242 kalori
3. Ayam & Nanas (1 keping) - 268 kalori
4. Bawang, Tomato & lain-lain (1 keping) - 149 kalori


PASTA & SPAGHETTI

1. Sos Daging & Keju (1 pinggan kecil) - 444 kalori
2. Kosong (1 pinggan kecil) - 169 kalori


AYAM

1. Ayam Goreng (1 ketul) - 290 kalori
2. Chicken Wing (1 ketil) - 166 kalori
3. Thigh (1 ketul) - 320 kalori
4. Mashed potato ( 1 mangkuk sederhana) - 87 kalori
5. Coleslaw (1 mangkuk kecil) - 62 kalori
6. French Fries (1 mangkuk kecil) - 290 kalori


SANDWICH

1. Tuna (1 set) -174 kalori
2. Ikan, Salad (1 set) - 328 kalori
3. Ayam, Salad (1 set) - 481 kalori
4. Ayam (1set) - 270 kalori


SNEK

1. Pasembur (1 pinggan) - 752 kalori
2. Agar-Agar (1 keping) - 37 kalori
3. Cendol (1 mangkuk) - 199 kalori
4. Bubur Chacha (1 mangkuk) - 165 kalori
5. Bubur Kacang Hijau (1 mangkuk) - 244 kalori
6. Yoghurt Rendah Lemak (150g) - 100 kalori
7. Ais Krim (2 scoops) - 105 kalori
8. Ais Kacang (1 mangkuk) - 258 kalori
9. Potato Chips (1 pek kecil) - 95 kalori
10. Keju diproses (1 keping) - 54 kalori
11. Almond/Cashew Nuts (6 biji) - 45 kalori


MINUMAN

1. Chinese Tea ( 1 gelas) - 0 kalori
2. Jus Segar, pemanis (1 gelas) - 120 kalori
3. Milo 'O' 2 sudu kecil (1 gelas) - 50 kalori
4. Air Kelapa (1 biji) - 110 kalori
5. Susu Soya (1 paket kecil) - 163 kalori
6. Tau Foo Far, 1 sudu kecil gula (1 mangkuk) - 144 kalori
7. Susu Rendah Lemak 3 sudu kecil (1 gelas) - 130 kalori
8. Susu Penuh Krim 3 sudu kecil (1 gelas) - 150 kalori
9. Ice Lemon Tea + 1 sudu gula ( 1 gelas) - 26 kalori
10. Air Bandung (1 gelas) - 150 kalori
11. Minuman Ringan (1 tin) - 120 kalori
12. Milo + pemanis (1 cawan) -133 kalori
13. Kopi 'O'/Teh 'O' (1 cawan) - 83 kalori
14. Teh Tarik (1 cawan) - 83 kalori

19 Januari 2010

Aku CinTa PadaMu

Pyzam Bubble Maker Toy

Sungguh aku cinta padamu

Cinta yang takkan bergeming meski badai menerpa..

Sungguh aku cinta padamu

Segenap hatiku dan segenap jiwaku..

Sungguh aku cinta padamu wahai lelaki

Yang mengisi relung hatiku..

Bagai pancuran yang mengalirkan kehidupan dilembah dahaga

Lelaki yang penuhi hatiku bukan dengan hadirmu

Sungguh aku cinta padamu

Meski aku tidak kan dipersunting olehmu

Meski aku takkan merasakan hangatmu

Meski aku takkan mencium harum nafasmu

Beribu kali aku ingin teriakkan

Aku cinta padamu

Namun rasaku membunuh waktu dan jarak..

Karena ditiap sudut dan ruang batinku

Hanya ada kamu,…. Kamu dan kamu..

Seandainyapun kau mendengar nafasku menyerukan namamu

Dalam desahnya..


Ku ingin pejamkan mata…

Untuk terakhir kalinya..

Dengan sepatah kata

Padamu…

Aku cinta padamu..

Sungguh

Aku mencintaimu…

Untuk seseorang yang sangat kucintai dengan segenap hati


6 Januari 2010

Harapan & Impian

07 JANUARI 2010

7.30 pagi
Aku bersiap seawal mungkin untuk menghantar adik ke sekolah pagi ni. Al-hamdulillah adik aku baim diterima masuk ke form 5 SMK Bandar Baru Bangi, Selangor. Walau pada mulanya aku mula putus asa kerana lebih 3 bulan tidak menerima apa2 respon dari Jabatan Pelajaran Negeri. Aku hantar baim dengan kereta. Cuma aku seorang yang hantar memandangkan hubby masuk kerja awal. jadi dia x dapat ikut. Sampai sahaja ke sekolah terus ke pejabat selesaikan urusan yang tertunggak.

9.15 pagi
Aku terpaksa menuggu hampir 2 jam untuk berjumpa dengan guru yang akan menentukan kelas baim. Sambil tu aku membelek salinan keputusan baim. Sedih rasanya, pelajaran dia memang terabai. Hampir 80% gagal. Sedih.... sambil tu aku x habis2 membebel pada baim. Aku harap dia x kan sia-siakan masa setahun yang ada ni. Dia mesti berusaha lebih dari orang lain. Harapan aku sangat tinggi melihat peratusnya bertukar ke arah positif.

9.25 pagi
Akhirnya cikgu Zaidah yang aku ingin jumpa datang ke arah aku. Dia sendiri terkejut melihat result baim yang sangat teruk. Aku malu sangat..malu teramat sangat. Dan dihadapan cikgu tu aku luahkan apa yang terjadi sebenarnya pada baim. Dari awal darjah satu terus dihantar ke sekolah asrama anak yatim. Mak sedara terlalu tua untuk menjaganya. Aku sedih. Disebabkan ayah dan ibu yang bercerai adik2 berterabur. Pelajaran terumbang-ambing. Aku sedih dengan apa yang berlaku. Lahir dalam keluarga yang porak peranda. Dan aku sebagai anak sulung memikul 1000 tanggungjawab. Semuanya aku pendam sendiri. Andainya aku kaya dari seawal dulu sememangnya aku xkan biarkan adik2x memasuki asrama anak yatim. Pelik kan dengan ibu dan ayah aku? mereka masih hidup! masih kuat! Tapi 1 sen pun tak pernah mereka berikan pada aku dan adik2x enam beradik yang lain. Yang ada hanya Mak saudara yang tulus hatinya dan maksu. Entah macam mana aku menangis di hadapan cikgu Zaidah. Mungkin gagal melawan perasaan. Aku sedih bila mendengar dia berjanji akan sama2x menolong aku untuk membantu baim dalam pelajaran. Mulianya hati seorang guru.

9.40 pagi
Aku memandu untuk terus ke office dengan hati yang suram. Nafas yang kemudian aku tarik dalam2x. Lumrah kehidupan. Aku xkan biarkan lagi orang merendah2kan adik2 aku. Cukuplah dengan orang yang menghina aku dan adik2 disebabkan sikap ayah dan ibu. Itu janji aku. Pada suami tercinta pengorbanan abang yang sanggup memperjuangkan nasib adik2 ayang akan ayang kenang sehingga ke akhir hayat. Tak kan aku jumpa lelaki semulia hatimu...Semoga pengorbanan abang dan aku berbalas satu hari nanti. Amin

3 Januari 2010

Make-up KERETA

Sedang menghitung bulan nk cash kereta wira aeroback laki aku tu... hadoi... x cantik langsung.. dengan caler dah suram3x.. rim yang dah ketinggalan zaman..kuang3x. aku ngan hubby dah plan. sebaik saja cash kereta tu dlm temph beberapa bulan je lagi trus nk makeup kereta tu. dalam kepala otak ni macam2 duk pk... wane ape yg sesuai dengan kereta tu... jeng3x.. kt sini aku share sikit idea2 yang aku ade nk makeup...tunggu la smpai waktunya nnti...hu3x

1 Januari 2010

Bila Kami Disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2010

Sekejap betul masa berlalu... sekarang tiba 2010...
semoga segalanya yang pahit ditinggalkan di 2009.
Disebalik kegembiraan menyambut tahun baru terselit sekelumit perasaan takut pada diriku... Ya sememangnya tahun kematian yang semakin dekat.
Tahun 2010 usiaku menjangkau 24 tahun.
Rasanya dalam usia sebegini masih banyak yang belum aku tempuhi.
Semoga aku semakin tabah menghadapi setiap dugaan. Amin2x
Mengenai azamku... rasanya cukup sekadar aku saja mengetahui.
Andai nak dicatatkan rasanya terlalu banyak....
Dan sesuatu yang boleh ku kongsikan adalah satu perkara....
dan itu pun pembaca sememangnya mesti tunggu 1 April 2010 nanti untuk mengetahuinya. Memang aku sendiri tak sabar mananti tarikh tu. Semoga apa yang ku aturkan berjalan dengan lancar. Amin

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...