29 Disember 2011

Pengorbanan

Malam tadi bila hendak tidur, aku membelai rambut suamiku, Aku senyum melihat dia dan suami kembali senyum padaku.

''Abang... ayang percaya abang boleh lakukannya. Ayang yakin sangat, dan ayang x kisah berkorban untuk abang'' Aku bersuara memberi kata semangat dengan penuh keikhlasan. Aku benar-benar ikhlas mengungkapkannya... Suamiku senyum dan mengangguk. Aku yakin dengan suamiku.... Dan hari ini aku membaca maksud pengorbanan dia carian google dan aku terjumpa barisan-barisan ayat dibawah..... Pengorbanan itu banyak cabangnya....

''Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain. Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas. Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah. Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan. Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya. Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat. Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati. Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian. Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak. Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya. Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia. Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran. Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.''

Mudah-mudahan pengorbanan yang aku lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah... Aku mahu suamiku berjaya dunia dan akhirat.  Abang... tak kisah apa yang berlaku, ayang adalah orang yang paling kuat mendukung impian dan cita-cita abang, ayang adalah isteri yang sanggup berkorban apa saja demi melihat abang berjaya. Kerana ayang amat menyintai abang seluruh jiwa dan raga.. Good Luck Abang!



Ya Allah, permudahkan segala urusan kami nanti.... Amin...

22 Disember 2011

Aku wanita yg masih belum sempurna

Hati ini tiba-tiba terasa sayu... Airmata terasa ingin jatuh berjuraian... Namun ku pujuk hati, kuatkanlah hatimu wahai wanita... Satu soalan yang sering aku tertanya-tanya... Kenapa susah sangat aku nak mengandung? Orang lain senang-senang je mengandung... Aku tahu aku ni bukanlah sebaik-baik manusia... Tapi aku juga punya perasaan. Bila jumpa orang atau sedara mara macam dah tiada soalan lain melainkan... 

1. Dah pregnant ke?
2. Bila aku nk dapat anak saudara ni?

Tahu tak yang soalan2 kalian tu buat aku terasa sangat hati. Aku manusia biasa dan tak mampu nak menjawab segala yang telah ditetapkan oleh Allah. Aku harap sangat pada orang-orang yang diluar sana janganla bertanya apa-apa mengenai anak pada orang yg belum dikurniakan cahaya mata. Perasaan yg mengalaminya tak siapa yg tahu kecuali diri sendiri. 

Sebulan yg lalu aku dapat berita gembira bila mana aku disahkan mengandung oleh doktor di sebuah klinik... Bersyukur tidak terkira. Sepanjang perjalanan memandu ke pejabat aku mengucap syukur yang tidak terhingga. Selang seminggu doktor minta aku dtg semula ke klinik untuk membuat scan. Aneh langsung tak kelihatan... Aku berdoa dlm hati sepanjang doktor scan diperutku... Aku semakin cemas... Dan akhirnya setelah gagal... aku dihantar ke Hospital Serdang untuk lanjutan. Sebelum aku keluar dari bilik doktor, sekali lagi aku bertanya... ''Doktor, betul ke saya mengandung?" Doktor cepat2 buka buku laporan... ''Betul, awak positif!'' Ada sedikit lega bila dengar jawapan dari doktor. Sepanjang-panjang perjalanan ke hospital serdang aku dan suami tidak putus-putus berdoa agar permudahkan segala urusan. Sepanjang hari berada di hospital, doktor mencuba berulang kali membuat scan namun hampa. Dan akhirnya doktor arahkan aku ambil UPT semula... paling menyedihkan... UPT aku negatif! Hampir aku terduduk... Kuatnya Ya Allah ujian mu ini... 
buku rekod mengandung... sedih bila tiap kali aku melihatnya.. cukupla bahagia itu seketika cuma..

Dulu aku punya kawan rapat.. segala rahsia bertukar2... sama-sama memasang angan2 mempunyai anak. Rezeki menyebelahi Tasha... dia dulu dikurniakan baby... Aku tumpang gembira. Semenjak tu wujud perasaan yg sukar ditafsirkan... Perasaan rendah diri menebal teramat sangat. Sehinggakan wujud jurang semakin luas antara aku dan dia.. Tasha..maafkan aku ye.. bukan tak mahu serapat dulu dengan engkau... tapi aku sedih... dan terasa aku seperti tidak sempurna... Ya... aku wanita yg tidak sempurna.... :( tapi aku sentiasa doakan kau bahagia disamping suami dan anak.... 

ni la Tasha and afif fahri yg sgt comel~!

Ya Allah.... Kuatkanlah hatiku yg semakin terasa lemah... kuatkan kasih sayang aku dan suamiku... 
Disaat ini...airmata benar-benar berjuraian... amat payah untuk aku menahannya.... Lagi-lagi bila mengenangkan aku wanita yg masih belum sempurna..... 

19 Disember 2011

Bye 2011 & Hello 2012!

Sekejap saja kan... lagi 11 hari akan tertutuplah pintu 2011, dan welcome 2012!
Tentu ramai dah sibuk2 dengan azam masing-masing kan?
Azam aku??? erm entahlah... tak terfikir apa-apa pun buat masa ni. Mempunyai seorang suami yg setia saje kot?? huhuhuhu...mengada betul kan azam macam tu? azam ke tu?? hahaha... abaikan...
Tentunya ramai yang mengharapkan dan berazam untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik kan. Seperti aku juga, punya impian dan cita-cita. Berusaha dan berdoa mestilah seiring.

Sedikit tentang azamku dengan suami adalah mempunyai perniagaan sendiri. Ya! Aku dan suami bercita-cita mahukan perniagaan sendiri. Sememangnya pada waktu ini kami mempunyai perniagaan kecil-kecilan sendiri. Alhamdulillah, dapatla menampung hidup dikota yg semakin pesat ini. Aku dan suami mempunyai impian yg besar... sangat-sangat besar. Aku beruntung kerana aku dan suami sama-sama memasang azam dan cita-cita. Tak perlu tunggu tahun 2012... pada bila-bila masa dan ketika azam itu telah kami ciptakan bersama.

Apa pun aku berdoa agar azam aku dan suamiku berjaya! Akan ku updatekan di blog kesayanganku ini nanti bila ianya terlaksana...


Pssst! ni lagi satu azamku yg ku pendam dlm lubuk hatiku... ku tahu suamiku menggilainya... Huby kelihatan agak pendek bila cuba pandu ujinya kira-kira 3 minggu yg lalu! hahahaha....

30 November 2011

Maha Mengetahui Ya Allah...

Esok merupakan hari yg penting untuk aku dan suami.. Ya Allah, semoga semuanya berjalan lancar... berikan aku menikmati rasa dan kasih itu... semakin tertekan membilang waktu. Aku betul2 dalam keadaan mengharap. Berikan kebahagiaan ini kekal berterusan Ya Allah... Semuanya tak dpt aku luahkan secara terbuka. Hanya mampu pendam dan pendam... Ya Allah, berikan kesihatan kepadaku... kebahagiaan buatku... semoga esok mendapat khabar gembira... Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yg terlindung disebali hati kecilku... dan Engkau Yang Maha Pencipta.... Amin...amin..

28 November 2011

Apa yg aku fikirkan?


Hari ni macam-macam yg bermain difikiranku... Perlu ke aku luahkan? Atau terus ku pendamkan? Semakin kuat rasa memendam semakin kuat rasa untuk ku luahkan... tapi pada siapa? Suami? dia sememangnya orang yang paling rapat dgnku...apa yg aku pendamkan tentunya dia adalah org pertama yg mengetahui... tapi rasanya hati ni  seperti tidak cukup dan puas untuk ku luahkan apa yg aku pendam ketika dan saat ini.
Ya Allah, aku bersyukur dgn pemberianMu... Kau sihatkan tubuh badanku... Lindungi aku... Rahmati aku... Kuatkan semangatku... Moga ada sinar sebalik semuanya ini.... Amin... Amin....

15 November 2011

2 hari yg mengujakan

14 November 2011
Alhamdulillah... perkataan yg mula2 terpacul dari mulutku...memanjat kesyukuran yg tidak terhingga. Kerja sebagai designer sememangnya sangat2 stress... tambah2 kalau yg jenis nak drawing urgent2... i hate kalau dengar org cakap nk urgent2... tangan aku 2 saja ok.... 2 bulan yg lepas, aku betul2 stress... masa tu porject tengah banyak... semua pun rasa nak lambung kat aku... sampai menangis gak la mengadu kat huby... menangis sampai tertido.... bangun pula pagi..teringat benda yg sama. OMG... design..drawing...

Dan tanpa disangka2...masih ada lagi yg memandang kerjaku... alhamdulillah... 2 hari yg lepas bos panggil masuk ke bilik dia. sangkaku dia mahu berikan drawing lagi... dah memang mcm tu... asal panggil aku je..tau dah drawing menimbun... prinsip aku senang... siap keje baru duk main tenet..hahahahaha... fb xleh tinggal oooo masa2 tengah stress la fb tu penawar hatiku...hehehehe

Masuk je dlm bilik bos.. dia buat pulak gimik.. adoi dlm hati apehal ni... aku buat salah ke? dup dap dup dap...

''Nurul, semua bos2 kat sini ada discus........'' Ayat tu memangla cuak... sengaja di gantungkan macam tu. Aku pula pandang je xde kelip2... seriau.. jantung nk luruh... bos nk buang aku ke? huwaaaaaaaaaaaaa hati aku kacau betul...

''Macam mana i nak cakap dengan u ni ye'' Adoii satu lagi ayat dia buat aku rasa nk je lari keluar dari bilik tu.

''Why u pandang i macam tu?'' bos tanya sambil tersenyum pandang aku... ''er... yelah, i risau... kenapa sebenar ni. takut ma'' Aku punya la cakap tesersekat2... dalam hati aku ... apela yg aku dah buat ni... =(

X lama pastu bos pun menghulurkan sampul surat... then aku pun bukak....

''U punya performance not bad lah.... so semua bos pun discus untuk naik gaji u. Ini cuma untuk performance, untuk kenaikan gaji hujung tahun lain pula. I know, semua orang pun cari u, sebab u buat drawing dan rendering sangat laju''

Huwaaaaaaaa aku rasa cam sebak tiba2...  taw x ape aku buat pas tu? melompat??? tidak2... aku nangis terus kat situ... bos cepat2 hulurkan tisu.... huwaaaaaaa aku nangis tersekat2 kat dalam tu...  sebak gile aku rasa time tu... Dalam banyak2 kenaikan gaji... ni la yg paling byk aku rase... x disangka2... bulan 11 naik gaji... sedih sgt... Terima kasih ya Allah...

gediks nk letak gak kat sini kan...hahaha... memenuhkan ruang blog da...

Dalam offer letter tu, tulis Oct kan start gaji baru.... tapi kan dah lepas bulan oct kan? jadi bos cakap.. gaji balance untuk bulan 10 akan dimasukkan sekali untuk hujung bulan nov ni... alhamdulillah.... =)

Balik je cepat2 bagitahu en suami berita gumbira... macam tu jugak dgn mak... cepat2 call mak... Aku tahu.. tentunya dengan doa mak semua ni... :)

15 November 2011,
Hari anniversay aku dan suami... ^_^ Happy anniversary yg ke 3 abang, saya sangat cintakan kamu~!! jiwang sekejap ye... hihihi Tahun ni kami sambut ala kadar je... sebab nk simpan duit nk g honeymon next month... heee... hari ni dapat lagi bunga...kali ni huby bagi rose pink + white... aku tahu huby x romantik sebenarnya... tapi dia berusaha untuk menjadi suami yg romantik pada isterinya yg byk songeh ni... =) mekasih abang... sentiasa membahagiakan ayg... bertuah dikurniakan suami sepertimu... dia sentiasa memperbaiki dirinya untuk menjadi yg the best in my life... ^_^

Pink + white rose!
Balik dari kerja semalam, huby terus ajak g dinner... kata dia boleh makan ape je... huhuhu... ni la saat2 yg ditunggu2.... kali ni huby suruh pilih sendiri hadiah yg aku nak... aku pun ape lagi... fikir dan fikir.. ape la hadiah yg nak ni...??? adeh... xleh nk fikir dah... melilau 1 jusco cheras selatan cari... tapi xde yg berkenan di hati... lastly huby cakap...jom g tempat lain cari adiah lagi... masa on the wat dalam kereta tu pulak la aku rasa letih la sangat2... balik kerja jalan2 kat jusco... pastu nk g jalan lagi... aku pun last bersuara..
''abg, boleh x kita terus balik rumah je? x larat dah la...letih...'' huby pulak yg terkejut, tanya byk kali dgn aku betul ke? x nak hadiah ke? aku geleng kepala... nk baring2 je.. tengok tv.... hahaha...
''ok2... esok2 kite g cari hadiah ye'' huby pujuk....
''Sayang abang~!!''

Happy anniversary abg........ sgt sygkan kamu! ^_^

11 November 2011

Dia Pilihanku

Pejam celik pejam celik lagi 3 hari je Anniversary aku dan suami kali yang ke-3...
Sekejap saja masa berlalu... rasa macam baru je bersama... Ok.. hari ni just nk coret2 je tentang me and huby... me and huby lagi??? OMG... hahahahaha topik yang best je rasa dlm blog ni memang la tentang me and huby... yep! hidup aku lengkap dengannya.. dan kami saling melengkapi antara satu sama lain... :)

Pada 19 Oktober 2011 aku ni tengah boring2... jenguk2 la ke ruangan FB Mingguan Wanita... Dan secara kebetulan terbaca tentang ruangan 'Dia Pilihanku'.... dalam hati terdetik, x salah kalau mencuba kan? Aku pun mula mengarang, tempoh dalam lingkungan 10-15 minit sahaja, ianya tulus dari hatiku...

20 Oktober 2011, Terima panggilan dari Cik Amiza (kumpulan karangkraf).... Dia beritahu, ceritaku dan suami akan diterbitkan dalam tempoh 3 minggu... Betul, langsung tak ada rasa dipilih, mungkin dah rezeki.... Cerita cintaku bukan untuk dicanang, tapi untuk ku beritahu semua insan yang pernah terluka dan kecewa... Tuhan dah tetapkan apa yg terbaik untuk kita. Jangan sesekali menyesali apa yg pernah terjadi. Kebahagian tu ada untuk semua orang. Cuma mungkin belum tiba...

Alhamdulillah, pagi 9 November 2011, sms masuk ke hp.... seseorang mesej mengatakan dah membaca ceritaku di mingguan wanita... Apa lagi.. aku dan suami pada masa tu kebetulan berada di Pekan Bagan Serai kerana temankan ayah mertua memenuhkan akaun Tabung Hajinya... terus kelam kabut mencari kedai buku...  hehehe... Mingguan Wanita 11-17 november 2011 (m/s 93) Namun ada sedikit terkilan disitu, ceritaku tidak disiarkan dengan sepenuhnya. Mungkin kerana ruangannya limit untuk 1 mukasurat.... Sempat aku scan pagi tadi... Jom tengok....

Klik untuk baca lebih besar... :)
Apa pun terima kasih banyak2 pada amiza dari Karangkraf sebab memilih cerita cinta kami... :)
Semoga rumah tangga kami bahagia sehingga ke akhir hayat... Amin
Nak baca cerita yg panjang?? hehehe... boleh baca kat bawah ni... ^_^



‘’Kak jangan lupa ambil saya di Hentian Pudu Raya ya. Kredit dah nak habis dah.’’ Aku membaca mesej di telefon bimbitku dengan perasaan sedikit pelik.

Dalam hati tertanya-tanya siapa orang yang sms ini? Pada mulanya anggap ianya mungkin ada yang salah mesej atau sengaja nak mempermain-mainkan aku. Tapi selang beberapa minit kemudian, terasa tidak senang duduk pula memikirkan mesej itu tadi.

‘’Kalau betul lah budak ni minta kakaknya menjemput di Pudu Raya macam mana? Dah lah kawasan tu tentunya bahaya bagi orang yang tak biasa. Kalau budak yang sms ni budak belasan tahun macam mana?’’ Sudah hatiku berbelah bahagia. Dan akhirnya aku membalas mesej tersebut.

‘’Maaf ya adik, adik ni salah nombor. Ni bukan nombor kakak adik. Hati-hati di Pudu Raya. Cuba cari semula nombor kakak adik yang betul. TQ’’

Selepas tu barulah tenang kembali hatiku dan meneruskan kerjaku yang tertangguh. Tidak lama kemudian telefon bimbitku berbunyi lagi tanda sms masuk.

‘’Maaf ye, saya salah nombor pula tadi…’’ Mesej masuk lagi ke telefon bimbitku dan saat itu aku pula yang tersenyum membacanya.

Dipendekkan cerita disitulah perkenalan antara aku dan suamiku kini. Kami berkawan melalui telefon selama beberapa bulan tanpa melihat antara satu sama lain. Dalam pada masa yang sama aku sedang kecewa dalam bercinta. Tetapi sepanjang aku dan suamiku berkawan ketika itu, sedikit pun tidak ada perasaan sayang pada dia, kecuali hanya kawan semata-mata. Lagi- lagi pula dengan bahasa dia yang agak berterabur. Maklumlah hanya dengan suara saja kami berkenalan. Hatiku begitu degil mahu mengganggap dia lebih dari dari kawan. Banyak kali suamiku mengajak kami berjumpa, tapi hatiku keras.

Sampailah disuatu hari, aku pada masa itu mempunya sedikit masalah kewangan dan sekadar bercerita dengan suamiku. Dia pula terus meminta nombor akaunku dengan niat untuk membantu. Sangkaku dia hanya sekadar berjanji. Mana mungkin, orang yang kita langsung tidak kenali boleh beri duit sesuka hati. Aku terpaku bila melihat sejumlah wang di skrin mesin ATM. Aku betul-betul tidak sangka, yang lelaki ini betul-betul membantuku sedangkan kami tidak pernah melihat antara satu sama lain. Hatiku tergerak untuk bercerita dengan mak tentang suamiku. Mak juga agak terkejut. Jumlah yang dimasukkan suamiku pada waktu itu bukan dalam lingkungan ratus-ratus ya. Lebih dari itu. Bayangkan ada lagi manusia begini. Aku kemudian paksa dia untuk beritahu kenapa sampai begitu keihlasan dia nak membantuku dan tak takutkah dia kalau aku menipunya?

‘’Saya cuba tolong yang termampu, kalau awak menipu saya itu antara awak dan Tuhan’’. Itulah kata-katanya yang membuat aku begitu terharu.

Dan akhirnya dengan izin mak, hatiku terbuka untuk menemuinya.

Pada 21 Julai 2007, aku duduk di tepi bangunan Maybank, Kuala Lumpur. Setelah menunggu hampir 10 minit, aku lihat seorang lelaki berlalu dihadapanku. Wajahnya kelihatan telus. Tapi aku sendiri tidak berani menegur, takut salah orang. Tambahan pula keadaan Kuala Lumpur yang ku rasa asing sekali. Dan kemudian lelaki itu berlalu lagi dihadapanku dengan sekali pandang ke arahku. Badanku agak kedinginan. Terasa sedikit gementar. Dan aku lihat, lelaki tadi berdiri jauh sikit dariku. Telefon bimbitku berbunyi, suara suamiku ditalian…

‘’Awak yang berbaju kurung hijau tu ke?’’
‘’Iye, sayalah tu’’…
‘’Ok tunggu sekejap ya’’.
‘’Ok’’

Selang beberapa minit lelaki itu muncul dihadapanku dengan senyuman yang manis. Memang betul sangkaan ku, lelaki yang manis wajahnya tadi adalah dia. Dan kami kemudian terus ke salah satu Restoran di Bangsar. Jantungku berdebar-debar disaat berada di dalam kereta.

‘’ Sudi tak jadi isteri saya?’’ Suamiku pada waktu itu melamarku. Hampir tersembur makanan yang berada dalam mulutku ketika itu. Suasana hening seketika. Aku diam membantu.

‘’Ini first time kita jumpa, boleh tak kalau kita kawan dulu…’’ Hatiku sedikit bergetar.

‘’Saya ikhlas, kalau awak nak teruskan hubungan ni, kita teruskan. Tapi kalau keputusan awak tak mahu, ini adalah kali pertama dan terakhir kita berjumpa’’ Serius sekali kata-kata suami di saat itu dan membuatkan aku tergamam dan hati berbelah bahagi.

Setelah hampir beberapa minit aku diam membatu, akhirnya entahlah aura apa yang merasuk aku ketika itu, aku mengangguk kepala tanda setuju.. Jawapanku itu membuatkan suamiku tersenyum.

‘’Hujung bulan ni saya hantar orang merisik’’ Lelaki dihadapan ku bersuara lagi. Sedangkan aku ketika itu berada dalam keadaan percaya atau tidak.

Dia sememanyna ikhlas dengan ku, seperti yang dijanjikan dia benar-benar menghantar rombongan merisik pada hujung bulan tersebut. Dan secara rasminya pada bulan Oktober 2007, aku menjadi tunangannya….

Walau pada masa itu aku terfikir-fikir, aku sememangnya sedang bermain dengan api. Tapi aku sendiri tidak sedar, pada masa bila cinta itu wujud.

Kini sudah 3 tahun lebih kami hidup berumah tangga. Aku benar-benar bahagia. Aku bersyukur pada Tuhan kerana mengurniakan suami terbaik walau pun pernah dikecewakan sebelum ini. Dalam tempoh mengenali suamiku, banyak yang aku ketahui tentang sikapnya yang penyabar, penyayang dan selalu menolongku membuat kerja rumah disaat aku keletihan. Dan apa yang paling membahagiakan aku, suamiku tidak pernah melupai hari-hari penting dalam hidup kami. Dan setiap kali hari-hari penting itu, ada jambangan bunga dan hadiah dihantar ke pejabatku. Aku tidak memandang harganya tapi aku terharu dengan kesungguhannya untuk membuat aku terasa bahagia. Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan aku dengan suami sebaik ini.

Sedang aku menulis kisah cinta ini, suamiku menelefonku bertanyakan apa yang sedang aku lakukan dipejabat… I love u… katanya mengakhiri perbualan…. J I love u too abang…

Salam sayang,
Nor Rulhuda Wahid & Mohd Abdul Razak Mokhtar

27 September 2011

Pindah lagi...

Alhamdulillah... dah lama sangat cik nuroiii dan suami mencari rumah teres yg diatas tanah ni... akhirnya jumpa juga... Kalau tak ada aral melintang, hujung bulan 12 kami berpindah dari rumah flat yg ada sekarang. Bukannya apa, mungkin disebabkan flat membuatkan susah utk org tua dan keluarga datang...tambah2 rumah yg kami sewa sekarang kecil saja... Untuk rumah sewa baru nanti banyak yang nak kena repair... kena cat semula sebab keseluruhan rumah tu kelihatan agak lusuh.

Ni la rumah sekarang yg kami duduk... :)
Sangat-sangat excited bila dapat rumah teres ni... actually rumah teres tu before ni adik ipar aku dan kawan2 dia yg duduk...tapi disebabkan dah semakin ramai member2 dia yang keluar sebab ada yg kawen...jadi dorang dah x mampu nak bayar sewa rumah teres 2 tingkat tu... dan lepas bincang2...adik ipar aku setuju aku dan suami yg ambil alih rumah tu... buat sementara ni adik ipar aku akan tinggal dgn aku...

Semalam baru suruh orang hantar sofa oren+ putih yang baru aku beli ke rumah teres baru tu...ingatkan sebelum ni nak trade in je sofa yg lama, sebab rumah sekarang ni kan x muat...tapi bila dah dapat rumah teres tu terus x jadi trade in...sebab rumah teres tu besar sikit dan ada ruang utk buat 2 ruang tamu...
Jadi la kan... tempat kami berteduh sebelum dapat rumah sendiri... :)

Dah sepakat dengan huby, nak cat rumah tu dengan warna grey di keseluruhan disebelah dalam... untuk luar, nak cat warna kuning cair...malas nk byk2 colour...hihihi.. Untuk cat semua boleh claim balik dgn tuan rumah... InsyaAllah minggu depan nak pergi bersih2kan rumah tu dulu dan cuci2... next month kot baru nk cat... maklumlah kalau dah budak2 bujang yg duduk... macam2 ada... tayar... besi buruk...motor buruk... perabot yg tahap nk reput2... rumput lalang yg kat belakang umah tu pun nk kena tebas gak tu... aisey.... dah tu rumah pun jenis patern lama...xpela...slow2 kami buat nanti...asalkan leh claim dgn tuan umah sudah....hihihi
Rumah yg teres tu lebih kurang macam ni la... tapi ni bukan gambar sebenar... ni cilok kat tenet je...
tpi x jauh beza la dgn rumah teres yg nk pindah nnti tu... tpi yg teres kami tu lagi lusuh ok...  >_<

mudah2an... hujung bulan 12 nnti dah boleh pindah dah.... :) amin...

21 September 2011

Bila cik nuroii start merepek~!

Haii dah breakfast? cik nuroii dah... hehehe... lama betul x update blog ni... busy kdg2 tu... nk update blog ni kena duduk diam2 je depan laptop ha... idea pun kureng la nk citer2... Ok ape topiknye hari ni ye... seperti biasa cik nuroi masuk kerja seperti biasa walaupun rasa tahap sampai nk termuntah menghadap drawing2 yg x pernat nk surut2... OMG~! sampai bila akan lalui saat2 mcm ni... bile la agaknye dpt kerja yg lebih mudah dari ni.. lupe pulak..bukan senang nk senang...  nk senang kena lalui susah payah...pahit jerih...cewaahhh bunyinye mcm susah bebeno... apa yg penting semangat~! jgn mudah mengalah...jgn pernah berhenti dari mencuba dan terus mencuba..selagi ada ruang teruskan.. x kisahlah dari segi aspek ape pun...yg cik nuroi catat ni adalah umum...terpulangla pada seseorg mcm mana nk manage life dia ok~! uitt ape yg cik nuroi merepek ni...hahahahha yg mana yg baik tu buat teladan...yg buruk tu toksah nk ikut... okeyyss!

Erm ari ni rasa mcm nk catat tentang org yg berjaya tpi dengan cara menipu... korang rase patut ke org tu berjaya? tapi dizaman yg canggih manggih ni manusia x takut dah hukum bagai... yg mereka tau..mereka adalah betul~! x nampak kesilapan diri.. cik nuroii ade seorang kawan yg mcm ni.. entahlah nk komen byk2 pun kang jadi mengupat pulak kan..huhuhu... diam2 sudah...lagi lama kita hidup dimuka bumi Tuhan ni..makin ramai org yg berjenis2 perangai akan kita jumpa... :)

Merepek lagi kan i ni...hihihi Erm ape pun cik nuroii sgt2 happy dgn life yg ada sekarang... biarpun belum dikurniakan zuriat...tpi cik nuroi dgn suami bahagia... dan kami selalu think positif... mungkin belum rezeki... doa2kan la ye semoga kami cepat2 dpt baby...eheee.....^_^ Dengar kakak ipar cakap...

 ''Ada hikmah tu.. xpe kalau xde anak lagi, asalkan suami sayang dan bahagia...tengok sesetengah org tu anak berderet2 tapi x bahagia..ada yg bergaduh suami isteri, masalah itu..masalah ini... bersyukurla''

 teriang2 ditelinga cik nuroi sampai ke saat ini... :) Luv u lah kakak...~! sejuk hati ni dengar... Biarlah kami manage dulu hidup dulu...

Aha sebut tentang hidup... mungkin xde rezeki kot cik nuroii nak teruskan hidup di negeri selangor ni kot  x lama lagi.... dah berkurun nak balik ke kg kan? hihihi... tpi tu la nk kena siapkan dulu rumah kat kg...then standby fizikal dan mental baru dpt balik... InsyaAllah, bulan 2 tahun depan rumah cik nuroii dan suami akan mula dibina...plan dah siap...tinggal nak edit2 sikit je dan decoration interior je lagi sebelum comfirm....alhamdulillah... semoga impian cik nuroii dan suami tercapai... Doakan yg terbaik utk kami... Amin..

Oklah~! masa pun dah cemburu buta dgn cik nuroii ni ha... hihihihi....
Dah 09.02 am... mau start kerja dah... nak menebas darwing yg menimbun ni... x sanggup nk hadap lama2... caw cin caw~!! ^_^ xtau la pasni bila lagi nk update blog...kekekekeke....

15 Ogos 2011

Salam Ramadhan yg ke 16... sekejap je kan...pejam celik...pejam celik...
Ha.. kat sini saya nk selitkan sikit tentang satu hobi yg sangat2x sama dengan encik suami... hihihi iaitu BERJALAN-JALAN... huhuhu yep! saya dgn huby memangla gila berjalan sana sini...

Tengok saja aktivit kami semalam ye...
5.00 = gerak dari office terus ke Cheras Selatan utk berbuka
8.00 = Lepas solat maghrib gerak ke Parkson Kajang
10.30 = Gerak terus ke uptown bangi
12.30 = baru sampai rumah then terngaga la kedua-duanya sekali kepenatan... hihihi...



Dalam seminggu tu, adalah 1-2 hari  je bila balik kerja direct terus ke rumah... itu pun x comfirm lagi betul ke x boleh terus duduk dirumah sampai la malam... kdg2... balik je direct ke rumah... lepas magrib dah siap2 nak keluar balik...huhuhu... memangla kami berdua ni kaki jalan... :)

Tambah2x bila start berherbalife ni... ade sekali tu...
5.30ptg = terus ke bukit bintang
8.00mlm = gerak ke Nilai (antar brg customer) sambil cuci2 mata kat nilai nun...
10.00mlm = gerak ke putrajaya
12.00mlm = barula sampai kerumah...

Huhuhu...memangla kami ni hantu berjalan2... memula dulu x perasan pun yg kami ada persamaan ni.. tapi bila dah ramai kawan huby yg tegur... yg kami berdua ni nmpak ngam..kat mana ada suami..kat situ ada aku...hahahaha.... semua ni dari Allah...memurahkan rezeki kami berdua utk berjalan ke sana dan ke sini... amin amin amin...

Kadang2 x beli apa pun sgt...tapi entahla memang kaki kami berdua ni x boleh duk diam kot..nk jalan2 je... ^_^ xpela selagi boleh berjalan... tu pun cara nk eratkan hubungan suami isteri kan? huhuhu...walaupun memang penat..tapi kami bahagia dgn cara kami... kami x kacau org... harap xdela sape2 pun rajin sgt nk kacau hidup kami... ^_^

**syok sgt jalan2 bila en suami x lepas2x genggam tangan saya~!! ^_^ we are in luv...!!
** petang ni dah date dgn lidia and husband...huhuhu... nak banje lidia mamam @ chicken rice shop @ alamanda... sgt2 merindui dia la... dah pregant kali ke-2 tu... rindu nk jumpa haziq comel~!! ^_^ tertunggu2 waktu petang...cepatlah hai waktu berlalu...
**Sambil nyelam minum air..alang2 dah ke alamanda tu...leh la cari kasut sembonia saya ye cik abg~!

14 Ogos 2011

Restoran G!

Salam Ramadhan yg ke 15... 


hai la...entry kali ni sedikit kasar rasanya... ok cerita sikit permulaan bulan puasa ni... sepanjang bulan ramadhan ni memangla x pernah masak lagi...hihihihi..huby ckp... bagi saya cuti :) then merata -rata la kitorg berbuka... ke sogo pernah, ke putrajaya pernah, ke mana-mana la asalkan x masak dirumah... habis kuat pun takat beli di bazar je bawak balik... tpi huby lebih suka makan di kedai je bulan puasa ni..bukan apa, cuba kalau kita pergi bazar ramadhan, iman x kuat memang la macam-macam nak beli. pernah sekali pergi bazar ramadhan sampai rm30 belanja.. betul2 membazir. berbanding makan dikedai, order utk 2 org, minum x kan sampai pun rm20...hbis kuat pun rm18 je setakat ini...

Ok berbalik pada cerita kitorg yg suka berbuka diluar ni... nk cerita sikit tentang satu kisah pada sabtu lepas... 13hb 8 2011... selalunya kitorg makan ditempat lain.. dah lama nk berbuka puasa di satu restoran ni (depan econsave bangi) nama memang saya terpaksa rahsiakan dulu... nanti dikata menutup periuk nasi org pula kan. Sebelum ni memang selalu pergi ke restoran G (nama samaran...hehehe) ni... makanan dia memang la mablesss! lagi2 sup dia...memang la power! cuma satu je servis dia memang la tahap lembab. sebelum ni masa bukan puasa seminggu mesti 2-3 kali lepak di restoran tu... maklumlah seperti yg saya cakap sebelum tu...makanan dia memang mablesss!

Sebelum ni, memang kalau order, x sah mesti kena 2-3x cakap baru pelayan kat situ paham. nak tunggu dorg sediakan bihun sup pun setengah mati. padahal dah terang2 la bihun sup dorg memang dah siap masak. tinggal bubuh dalam mangkuk dan kaut saja... pernah la sebelum huby order makanan panas dah siap awal..sedangakn saya yg order bihun sup yg sememangnye dah siap belum la siap.. 3-4 kali panggil dan tanya baru la dtg... utk sekali 2 boleh la kan... then kalau dia ckp sory tentula kita pun cool balik kan... tpi memangla hampeh... say sory pun x...  masa tu boleh tahan lagi... skrg nk cerita pulak cemana reaksi saya bila  makanan yg di order x sampai2 bila time nak buka puasa... meh baca lagi....

sabtu lepas...

6.50petang... saya dan huby cepatla  masuk ke restoran terbabit utk elakkan dari org ramai. then dengan harapan pekerja kat situ dptla buat on time makanan utk kitorg... huby hari tu teringin nk makan sup tulang... situ memang x dinafikan..sup dia memang sedap..! lagi pun sengaja je kitorg order sup tulang tu..sebab nya kitorg fikir ianya mudah...sebab dah siap... restoran tu memang masak sup dlm kawah yg besar tu.. tinggal cedok je lagi...

pukul 7.20 malam... tinggal beberapa minit je nk berbuka... huby dah gelisah makanan x sampai2... yg sampai baru nasi dgn telur goreng je... huby bangun tanya mana sup... then pelayan dia jawab... ok2x...

pukul 7.25 malam... sekali lagi huby bangun... mana sup? dah nk waktu berbuka ni... saya pun trut gelisah... saya xpe..memang time tu xdpt pose... cuma kesian dgn huby la... dia nk berbuka... org2 yg selepas kami order pun dah dapat makanan...

7.30 malam... azan pun berkumandang... berbukalah huby dgn nasi dan telur goreng... kesian tgok huby...bersyukur gak la ade makanan...tpi hati saya betul2 dah mendidih... kali ni saya pun bangun...

'''Sup saya mana? masuk ni kali ke-3 saya cakap!'' saya terus balik tempat sendiri... selang 3-4 minit sampai la sup... buat pertama kali la saya dengar huby bersuara..

''Hai dik, lambatnya....'' huby memang la jarang merungut...tpi mungkin disebabkan dia puasa hari tu... korang agak2 la kan ape la dijawab pelayan tu bila huby saya ckp mcm tu? dia boleh jawab...
''org ramai...'' dgn gaya sinis langsung x pandang muka huby... langsung x say sory... helloo! xde adab ke? poyo semacam...atlest kalau dia say sory sure la kitorg ni x marah... tpi bila dia dah poyo macam tu... xpadan dgn perempuan! Lepas tu, saya ckp dgn huby, xpe...biar saya yg bayar... sebab saya nk ajar sikit org yg kurang ajar...

7.50 malam- dikaunter pembayaran...
Ha...yg ni saya direct dengan tokey kedai... tpi memikirkan yg toley kedai tu tengah mengandung masa tu...jadi saya bayar dulu...then dengan suara yg agak perlahan...saya say...
''Maaf ye kak...saya nk cakap sikit, kedai ni makanan dia memangla sedap! selalu saya datg sini. Tapi servis sangat teruk''. suara sikit mengeras. Muka tokey kedai tu hambar bila dengar saya komplen... dia pun jawab, ''mungkin org ramai kot tadi....'' then saya jawab balik... ''org ramai ke kak? saya dtg pukul 6.50 petang kak... masa tu xde org lagi kat kedai ni..ade 2 org je kalau x silap... lagi2 yg buat sup tu..kurang ajar. Maaf ye kak, terpaksa cakap, sebab saya selalu dtg kedai ni. Tapi melampau, lepas berbuka baru sampai sup tu, dahla x say sory....'' kali ni saya paksa rendahkan suara walaupun hakikat nk tengking je. Tapi memikirkan ni bulan puasa...sabar... sabar... sabar... huby diam je... tpi saya tau huby pun marah dalam hati...

Saya pun berlalu la dari restoran tu dgn muka tokey kedai yg muram durja... Bukan nk bangkit kan kemarahan sesiapa.. tpi kalau tukang hantar sup tu cakap... maaf ye.. lewat hantar..mungkin x jadi saya nk komplen...tpi disebabkan tukang yg hantar sup tu kurg adab...memangla terpaksa saya ajar... sape nk kata saya ni garang atau kurang sabar tu terpulangla... tpi saya memang pantang kalau org kurg adab dengan saya atau dgn org2 yg saya sayang... silap org la nk kurg adab ni....

Lepas ni fikir xmau lagi berbuka dekat restoran tu...better pergi Restoran Tepian Bangi... sgt bagus dia punya servis...selalu makan kat situ x pernah lewat pun... kalau kitorg order pukul 7 sekali pun...ontime 5 minit sebelum berbuka, dah siap terhidang dah...

Restoran Tepian Bangi, Seksyen 4 tambahan... makanan sedap + sservis pun bagus!
Untuk restoran G, kalau rasa nk maju, tolong la tengok2 kan pelayan anda dan manage dgn betul...sayang...makanan korg memang sedap..tpi disebabkan kejadian mcm ni... saya pun x mahu pergi lagi dah...tunggu la kalau hati sejuk....

8.00 malam..
Sampai rumah, huby buat surprise! ^_^ dpt hp baru...thanks sayang~!!! terus nangis...hihihihi... sejuk balik hati yg panas tadi... terima kasih sebb abg selalu membahagiakan saya.... :) tengah fikir nk cari hadiah gak utk huby... huhuhu... baru 2 hari je sebelum huby bagi hp tu... huby bagi hadiah sepsang baju kurung sempena hari ulang tahun akad nikah... ni dapt lagi hadiah... sayangnye kat abang... memangla, saya pun x lokek belikan huby hadiah... x perlu tunggu waktu2 yg special...hari2 adalah anniversary utk saya dan huby.... dugaan dan cabaran hidup menjadikan kami lebih mencintai antara satu sama lain... I luv u so much~!!!

3 Ogos 2011

Al-fatihah untuk mereka2 yg aku sayangi...

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke-4 umat islam berpuasa...

Hari ni tiba2 terasa sayu... x semeriah waktu berpuasa hari2 yg sebelumnya, teringat pada insan2 yg dah pun meninggalkan kami. Teringat pada kenangan arwah abah, abah meninggal pada tahun 1997, ingat lagi masa kecil, arwah abah selalu bawa aku naik basikal untuk mencari juadah berbuka puasa. Kalau time berbuka, arwah abah suka penuhkan meja dengan makanan. Arwah abah nak kami seronok setiap kali berbuka puasa. Walaupun ada kereta, tetapi arwah abah lebih suka berkayuh basikal menuju ke pekan parit. Kenangan arwah abah tak kan luput dari ingatan. 

Lepas arwah abah meninggal, kami berbuka puasa hanya dengan ala kadar. Mak la yg membesarkan kami. Mak buat keputusan untuk kami semua berpindah ke kg banjar. Dan lepas tu kami semua pun mulakan hidup di tempat baru. Mulanya terasa janggal, sebab tinggal di kampung. Maklumlah tempat lama, kami tinggal betul2 di tengah pekan. Alhamdulillah, lama kelamaan kg banjar menjadi the best dlm hidup kami...

Lebih-lebih berseri bila bapa saudara arwah angah basri sekeluarga pula berpindah ke sebelah rumah kami di kg tu. Ingat lagi, setiap kali waktu berbuka puasa, kadang2 kami sama2 naik van dgn arwah angah basri untuk berbuka puasa di masjid. Bertahun arwah ngah basri, angah imah dan arwah alan tinggal di kg tu. Lama kelamaan timbul perasaan syg yg teramat sgt. Terutamanya pada arwah angah basri dan angah imah.Hanya tuhan saja yg tahu yg bagaimana aku sayangkan mereka berdua. Dah aku anggap mereka berdua diantara org2 yg aku sayang. 

Setahun sebelum arwah angah basri meninggal, masa tu aku dan suami sibuk uruskan perkahwinan, arwah angah basri ngan angah imah la yg byk membantu. Banyak kami sekeluarga terhutang budi dengan arwah sekeluarga. Tambah2 diwaktu bulan Ramadhan, angah imah rajin buat kuih dan lauk. Tentunya yg aku rindui gulai tempoyak ikan patin angah... memang sedap. Tapi tu hanya tinggal kenangan. Sekarang angah imah pun dah tak tinggal di sebelah rumah kami di kg. Selepas arwah angah basri meninggal, angah imah tinggal dengan arwah alan. Dan lepas tu sekali lagi Tuhan menduga, arwah Alan pun meninggal akibat excident pada bulan Mac/2011 yg lalu. Berat mata memandang, berat lagi mahu yg dipikul... Dan tinggal lah rumah disebelah rumah kami tu kosong dan penuh dengan kenangan-kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Dan Ramadhan kami tidak semeriah dulu lagi. Kami betul2 merinduikan penghuni2 yg pernah berada di rumah tu...

(kenangan 1 bulan sebelum arwah alan meninggal dunia, 
angah imah-baju biru & arwah alan- baju merah)


Minggu lepas aku dan suami balik ke kg banjar, rezeki nak jumpa angah imah agaknya, hari sabtu angah imah dtg dgn sepupu aku dari bagan serai ke rumah kami. Seronoknya bila jumpa angah. Tentunya sampai2 aku peluk angah dan ciumnya. Rindu... Mak lagi2 la gembira bila adanya angah imah dirumah kami walaupun untuk sehari. Dan esoknya aku yg hantar angah imah balik ke bagan serai. Masa nak bersalam balik tu, sekali lagi aku menangis. Entahlah sedih sgt rasa. Sekali lagi aku cakap telus dari hati aku... ''Huda sayang angah..'' Angah cium aku banyak kali...lebih2 sayu dihati...Biar org lain tidak tahu, tapi dalam hatiku, angah imah diantara org yg aku sayang... Ya Allah kau sihatkan lah wanita cekal ini... Riangkan hatinya... Dan Kau tempatkanlah mereka2 yg pernah aku sayangi di tempat2 org yg beriman. Ampunkan segala dosa2 mereka. Terangilah kubur mereka. Alfatihah...






Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan pada kita semua.... Amin

11 Julai 2011

Allah Maha Mengetahui...

Salam hari selasa yg agak muram hari ni bagiku...
Ya Allah...aku hampir tewas berada di jalan perniagaan... Dugaan semakin byk...satu persatu. Mungkin kesilapan yg dtg dari diri sendiri... Semoga aku lebih kuat, tabah dlm mengharunginya. dan semoga aku lebih berhati-hati agar tidak berulang sebarang kesilapan.

Malam tadi dekat pukul 3 lebih baru aku lelapkan mata... bermacam-macam yg aku fikirkan... nasib ada safwan dan ijoy yg boleh aku share sedikit masalah... Betullah org kata... kamu mesti kuat kalau mahu berada dalam perniagaan... Walau apa pun jenis perniagaan. Bermula dengan cabaran dan kepayahan... Semoga satu hari nanti aku berada di zon yg selesa...

Dugaan yg aku hadapi ni baru sedikit... x dpt aku bayangkan besar mana lagi dugaan yg aku akan hadapi...Ya Allah...kuatkan hatiku... tabahkan aku... permudahkan segala urusanku...

Aku dan suami memulakan herbalife dari bawah... bukan terus berada di zon selesa... sedikit demi sedikit kami memanjat... Aku beruntung mempunyai suami yg begitu memahami... x kisah berada di kesesakan jalan raya setiap kali ke HQ Herbalife... x kisah kena tunggu Q dalam Herbalife...dan x kisah berulang alik 3-4 kali seminggu ke KL... semata2 nak berjaya dalam perniagaan ini... terima kasih abang...

Setiap kejayaan ada pendukung dibelakang... abangla satu2nya insan yg sabar... walau adakalanya kita berselisih faham...tapi itu kan adat berumah tangga... namun kita bahagia...

Ya Allah,
Kau ampuni segala dosa kami, dosa suamiku, dosa kedua org tuaku, dosa ahli keluargaku,
Kau tunjukkan jalan kepada kami...
Kau cekalkan hati kami...
Kau kuatkan ikatan kebahagiaan kami...
Kau bukakan pintu rezeki utk kami...
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui...
Maha Pengasih dan Maha Penyayang....
Amin... Ya Rabbal Alamin...

P/s: Penulis memohon maaf sekiranya semasa berada di herbalife ni ada menyinggung mana2 hati... Penulis juga manusia biasa yg tak lekang melakukan kesilapan...

(Malu pada lisa... dia ckp saye manja...hehehehe... muka ganas...tpi dlm hati sensitip... hehehehe... thanks a lot lisa... )

29 Jun 2011

Israk Mikraj

Apakah yang anda tahu tentang Israk Mikraj? Bilakah Israk Mikraj berlaku? Apakah hikmah-hikmah pengajaran disebalik peristiwa yang sangat penting ini?
Kalau anda ditanya dengan soalan-soalan diatas tu, mampukah anda menjawab @ menerangkannya dengan baik? Atau anda langsung tidak tahu apa itu Israk Mikraj?

Saya yakin, masih ramai lagi diantara kita yang masih kurang memahami peristiwa ini dengan baik. Malah mungkin ada yang hanya pernah dengar saja tentang Israk Mikraj. Sedangkan isi-isi penting atau perkara-perkara penting yang ada dalam peristiwa ini langsung dia tak tahu.
Jadi, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang rentetan peristiwa Israk Mikraj ini. Baca, fahami dan selami lah peristiwa ini dengan penuh penghayatan. InsyaAllah kita pasti akan dapat manfaatnya.

Rentetan Peristiwa ISRAK MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
  • Langit Pertama:
Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua:
Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  • Langit Ketiga:
Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  • Langit Keempat:
Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  • Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam:
Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh:
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
  • Allah S.W.T : Ya Muhammad.
  • Rasulullah : Labbaika.
  • Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
  • Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
  • Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

gambar adalah sekadar hiasan

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1).

artikel dari http://pakarhowto.com

23 Jun 2011

thanks Herbalife!

Salam... Alhamdulillah, hari ini masih lagi dipinjamkan oleh Allah nafas dan nyawaku... TQ Allah...
Inilah hidup, bermacam2 rintangan dan dugaan... rasanya setiap manusia punya masalah kan? tiada masalah bukan hidup namanya...macam tu juga dengan aku.. tambah2 bila menceburkan diri dlm HERBALIFE...
Jatuh bangun tu adat dalam membina kejayaan...Adakalanya bingit juga telinga bila macam2 yg kedengaran di telinga dari suara2 sumbang... Nasib aku punya suami yg sangat2 memahami dan sentiasa memberi sokongan saat aku rasa gagal... Aku dan suami sama2 mengejar mimpi dan impian kami... Ya Allah, terima kasih sekali lgi ciptkan dia utk ku...

Apa yg aku ceritakan ni bukan bermaksud bongkak atau takbur, tapi nak sedarkan mereka2 yg masih memandang rendah padaku dan suami... byk betul cakap2 dibelakang bila aku dan suami memulakan pernigaan HERBALIFE...xpe.. aku dan suami think +! negatif tu nk buang jauh2x...  walau x banyak untung yg aku dpt dari jualan tapi cukuplah sekadar menambah2x... namun aku dan suami tetap teruskan...
Berbalik pula pada yg cakap HERBALI ni MLM... urm... wahai sayang2... dah berapa kali kami ni semua beritahu, HERBALIFE bukan MLM... kami tidak mendapat sebarang bonus pun kalau ada ahli yg signup dibawah kami... MLM kah itu? Dalam HERBALIFE, siapa yg bekerja kuat, dia yg akan dibayar lebih...

Terima kasih pada supervisor aku lisa... banyak membantu melayan karenah downline nya yg degil ni... hehehe... banyak betul songehnya... :)

Apa pun aku bersyukur ditemukan dengan HERBALIFE... bermula dgn ingin menurunkan berat badan, dan akhirnya sekarang menjadi pendapatan sampingan untuk aku dan suami... Sesiapa yg mahukan pendapatan sampingan bolehlah contact aku di no ni 012-2499059... Selain itu aku nk tegaskan disini, PRODUK HERBALIFE adalah yg terbaik! Refer KAT SINI ye sayang2 untuk produk... ada yg cakap mahal... memang... mahal atau tidak itu subjektif, nilaikan pada kualitinya, rasanya aku sudah  byk laburkan duit kepada produk2 yg lain selain HERBALIFE ni tapi hasilnya amat menyedihkan, sampaila aku jumpa HERBALIFE.... dan inilah produk yg aku cari2 selama ini... Jom kawan2 joint kami...

Ha... dibawah aku nk share sedikit tentang Even 23 June 2011 di HQ HERBALIFE semalam... Even menandatangani 5 atlet sukan sebagai DUTA HERBALIFE MALAYSIA, sape2 yg tak tahu lagi tu siapa atlet2 yg cukup bertuah tu, boleh la klik DISINI (ruangan entry aku yg lepas)... Aku lewat sedikit semalam, after kerja dlm 5pm bergegas ke HQ... ^_^ tpi sayangnye sampai2 x sempat nk jumpa atlet2 bertuah tu... tpi sempatla possing x hingat kat HQ...hihihihihi...


Abang & Messi... hihihihi







Have u had your SHAKE today?!! yeaahhh! ^_^

22 Jun 2011

5 Atlet Malaysia Duta baru HERBALIFE





Alhamdulillah.... Hari ini 23 June 2011 dengan dengan Rasminya 5 Atlet Malaysia bergelar DUTA HERBALIFE! cayalah! sangat2 bangga... ^_^ Herbalife bukan produk untuk menguruskan badan semata-mata tetapi lebih kepada peningkatan kesihatan dan tenaga.

Antara atlet-atlet yang terpilih adalah :


Nama Penuh: Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
Sukan: Bola Serak
Posisi Pemain: Pemain Penyerang
Pasukan: Malaysia Bawah-23
Negeri Sembilan FA
Pencapaian:
• Piala Malaysia 2009 – Johan
• Piala Suzuki 2010 - Johan



Nama Penuh: Mohd Azizulhasni B. Awang
Sukan: Lumba Basikal
Pencapaian:
• Pembawa bendera Pasukan Malaysia di dalam Sukan Olimpik Beijing
• Memenangi pingat emas di Keirin dan lari pecut 200m di Kejohanan Asia pada
April 2010.



Nama Penuh: Khoo Cai Lin
Sukan: Renang
Pencapaian:
• Pemegang rekod negara semasa bagi 200 m gaya kupu-kupu, 200 m gaya bebas,
400 m gaya bebas dan 800 m gaya bebas dengan masa 2:14.30, 2:03.55, 4:10.75
dan 8:45.36 masing-masing.




Nama Penuh: Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Sukan: Bola sepak
Posisi Pemain: Pemain barisan pertahanan
Teams: Malaysia Bawah-23
Negeri Sembilan FA
Pencapaian:
• Mewakili skuad Malaysia XI dalam perlawanan Chelsea F.C. 2008
• Piala Malaysia 2009 – Johan


Nama Penuh: Low Wee Wern
Sukan: Skuasy
Pencapaian:
• Wee Wern mencecah ke tahap 8 Teratas selepas bermain di Acara Skuasy Dunia
Wanita pada September 2010. Dia kini berlatih dengan Aaron Soyza yang telah
melatihnya sejak 2003 di Pulau Pinang.

Welcome to HERBALIFE!
hehehe... jom sape2 nk tau lebih lanjut tentang herbalife ni boleh klik DISINI

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...