Memaparkan catatan dengan label dugaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dugaan. Papar semua catatan

15 September 2013

Deactive Facebook sekejap sahaja kot

Salam semua... Selamat Menyambut Hari 1 Malaysia.... yang mana cuti tu bestla... hi3.. cara type macam frust je kan? :) saya pun cuti... tapi hubby lak terpaksa OT... aduhai... cuti 3 hari pening duk kat umah je la... paling x best camni.. kite dok umah, tapi encik suami keje.. huaaaaaa cuti sia2... boring! hm.... dah xde nak buat apa... godek2 si blog ni la... :p maklumlah saya dah x aktif di facebook lagi dah.... hu3....



Cakap pasal facebook.. yep! hari ni hari ke 8 saya deactivekan facebook saya... huhuhuhu... kenapa? biarlah rahsia.. hope yg baca ni adalah salah seorang dari kawan saya di facebook, im so sorry, saya terpaksa deactivekan fb buat masa ni... ade gak yg terus sms saya bertanya kenapa saya block dia... hi3..saya bukan block sesiapa di fb...cuma saya deactive kan  sekejap... Apa rasa ye bila deactivekan fb nih???? 8 hari dah ni....? Jawapan saya.... AMAN! =) siyes... rasa aman..hepi.. x terkejar2 nk update apa2..(saya memang hantu update), hidup lebih private, orang x jelous dengan kite(bajet org dengkila tu..nyampah! :p ) xde rasa jelous kat org lain, syuuuhhh buang jauh2 sombong iri hati tu.. namau2.... x caye? cubelah deactivekan sekejap...hi3...(saya x hasut ye... ti Mark Zuckberg saman saya pulak...hu3) entahla sampai bila saya nak udeactivekan fb tu entahlah... tengokla pada keadaan...ingatkan hari tu nak deavticekan sekejap je...tpi dah 8 hari rasa semakin happy... Ada jugak member yang tanya sama ada saya x rasa boring ke bila fb xde? hu3... saya jawab dari hati...langsung x syg... im happy now.. dan lebih happy... cuma yg saya risaukan cuma 1 je... apa akan jadi jadi group, page yg saya create di fb before ni... hm... kalau sesiapa yg tau, saya active menjual barangan di facebook... dan ada sesetengah group tu yg saya adalah adminnya... untuk group tu rasanya saya dah habis fikir dah, saya akan lantik member yg lain yg aktif di group tu utk gantikan saya as admin... tapi, cemane dengan page shop saya?? hm... tu jela yg saya berkira2 nak nk tutup terus @ tidak fb ni....

Keputusan nak aktifkan balik fb atau x tu saya masih belum ada jawapan... maybe saya create fb yg lain? maybe pinjam fb en suami je ke? @ buang terus je page tu? entahlah... fikir kan jela nanti apa nasib saya dengan fb nanti..(cam kes berat je...he3)

Tapi, untuk twitter n blog saya still active.... boleh follow saya nanti ye... kite jadi kawan ramai2... =)

12 September 2013

Berhati-hati dengan Scammer UNIFI


MasyaAllah... ini cerita pagi tadi semasa saya on the way ke site di damansara. Tiba-tiba dapat panggilan dari +1300 88 1222 yang mengatakn dari TM Unifi dan siap beritahu saya yg bil saya tertunggak 3 bulan sebanyak RM3823.40. Seluruh tubuh saya menggeletar terkejut. Then disebabkan saya berada di site, saya beritahunya nanti call semula, sebab saya sibuk sikit. Kebetulan bos ajak p makan kat Giant Damansara sana... saya maakn bakso time tu...tapi bakso pun dah rase tawar semacam je lepas dengan operator TM tu cakap mcm tu...ligat kepala otak memikirkan apa la nasib... sedih sangat... tapi dalam waktu yg sama, saya berfikir, unifi saya memang ada tunggakan, tapi xkanlah sampai RM3K++.... pedih..pedih...pedih... 

Habis makan, saya dan bos pun turun balik semula ke site, sambil sibuk2 di site pun saya masih bersabar... dalam otak, nanti on the spot sampai opis kena call balik TM nih!... lebih kurang pukul 4 petang, baru kerja settle dan saya pun dengan berdebar2 call nombor TM Unifi yg saya ambil di internet. Then saya pun bercakap dengan pegawai TM...dan dia jelaskan amaun jumlah tunggakan saya cuma RM300++ sahaja.... On the spot saya terus cakap dengan dia yang tengahari tadi org TM call saya beritahu tunggkan saya RM3823.40 tu kenapa ye? pegawai tu terus cakap itu scammer.... ada bagi apa2 detail x pada dia??? bernasib baik la saya x sempat nak bagi apa2 detail pun. Alhamdulillah, hikmah saya sibuk di site dan hikmah saya bersabar dahulu untuk sampai di office baru saya call semula... kalau x, berkemungkinan saya pun akan ditipu... :( 

Nombor yang mereka gunakan untuk menipu ada tanda '+' dihadapan... sedangkan nombor yang betul Unifi cuma 1300 88 1222 sahaja... jadi berhati2 dan sebarkan....

8 November 2012

Hati berbelah bahagi

Hari ni hari ke 6 aku berada dalam kerunsingan memikirkan sama ada hendak terima atau tidak tawaran Politeknik tempoh hari. Ya Allah, inilah kali pertama aku rasa satu keputusan yang susah sangat untuk ku buat... susah sangat untuk ku pilih... dan susah sangat untuk ku nilai. Mungkin ianya disebabkan kisah cinta dan pengorbanan. Walaupun suami dah pun beri laluan hijau untuk ku menyambung pelajaran... tapi tegarkah aku? Hampir 5 tahun aku bersama suami... tegarkah aku meninggalkan dia? Memang... orang akan kata.. bukan lama... 2 tahun saja... yes! 2 tahun! pejam celik pejam celik sudah 2 tahun! tapi mungkin bagi org yang tak pernah rasa ditinggalkan akan kata 2 tahun adalah tempoh yg singkat! Tapi x bagi aku...! 2 tahun? tahu x... dalam tempoh 5 tahun kami bersama... x pernah suamiku tinggalkan aku... hobinya yg suka tengok bola dengan kawan2 pun ditingalkan..semata2 tidak mahu aku bersendirian... Tambahan pula aku dan suami satu tempat kerja.. pergi kerja sama.. hampir setiap hari suami hantarkan makanan pada ku... kalau ku sakit, ubat sakit pun turut dia belikan dan hantar padaku... balik kerja pun bersama suamiku.. sabtu dan ahad pun sekiranya suami aku kena bekerja lebih masa, memang aku yg offer diri untuk hantar dan ambil dia kerja..walaupun dia boleh drive sendiri... hampir 5 tahun beginilah rutin ku... dan sekarang...tegarkah aku? Ya Allah... aku benar2 tersepit dengan perkara yang sengaja aku sendiri buat sebelum ni... kalau ku tahu aku dapat tawaran tu...aku sendiri xkan aply... dan aku pun xkan jadi sebingung ni... xkan jadi sebuntu ni.. dan xkan jadi gundah gulana seperri ni... hurm..... aku bosan memikirkan...


Surat tawaran politeknik sudah beberapa kali aku keluarkan dari laci... namun x ku isi borang jawapan... dan untuk tengok surat tawaran tu pun aku x sanggup. Risau lebih kuat dibelit kekeliruan... Ya Allah... kuatkah aku?

''Knowledge is important''.... tu satu perkataan yg aku masih teriang2 sampai sekarang... rata2 kawan aku sangat suka aku menyambung pelajaran... namun ada juga yg suruh aku menilai semula dgn keputusan yg akan dibuat.. aku pun x pasti... siapa yg benar... siapa yg tidak... namun aku yakin...setiap pandangan dari kawan2 aku semuanya untuk kebaikan aku juga..  Betul... hanya dengan ilmu hidup akan berubah... tapi aku juga takut untuk membuat perubahan terbesar dalam hidupku.... Peluang ni hanya sekali dalam hidupku... hanya sekali ianya datang... dan aku takut kalau satu hari nanti, aku menangis menyesali akibat keputusan yg aku buat... Beberapa kali aku cuba bertenang... Ya... mungkin sekarang aku berada di ZON yang selesa... dengan gaji yang dicampur dengan suami sememangnya cukup untuk meletakkan aku dan suami berada di ZON selesa... tapi aku juga tahu... kita sepatutnya tak boleh sentiasa fikir dan sentiasa puas berada di ZON selesa ni... x boleh... sebab ZON selesa ni tak menjaminkan keselesaan ini akan kekal dengan kita hingga akhirnya... teringat juga dengan kata2 seorang kawan ku ni... ''Jangan cepat meletakkan diri kita berada di ZON selesa'' dan ''Untuk mendapatkan sesuatu, perlu lakukan perubahan, dan x kan rugi apa2 kalau kau sambung ke poli'' Hurm.... memang semua perkataan itu yang membuatkan hatiku dan jiwaku berkecamuk yang teramat sangat...


Dalam sedang aku memikirkan semua ini, 1 per 1 proses tawaran telah ku buat... antaranya salinan sijil2 dah pun aku minta kawanku tolong copkan pengesahan... aku pun x faham... kalau hatiku x mahu pergi.. kenapa mesti aku buat perkara2 ni? huh..... sebab ku tahu... jauh disudut hati... menggenggam segulung diploma adalah impianku... bergambar konvo dengan suami adalah cita2 ku... aku mahu keluargaku bangga dengan pencapaianku... itu impianku...itu cita2 ku... namun dalam waktu yg sama... aku x mahu melukai hati suamiku... aku x mahu suamiku susah Ya Allah... aku x mahu suamki sedih Ya Allah hanya kerana cita2 dan impianku ini... dan aku x mahu suami berjauh hati denganku Ya Allah, kerana dia adalah ciptaan-Mu yang terbaik sebagai peneman hidupku...

Ya Allah... berikan aku petunjuk-Mu Ya Allah... Lapangkan dadaku...
Andai ini tawaran terbaik untuk...Kau permudahkan semua urusan2ku nanti ya Allah... andai sebaliknya.. aku Redha... Mungkin ianya terbaik seperti mana yang telah Engkau rencanakan untuk kami suami isteri...
Amin.... Amin... Amin....

29 Disember 2011

Pengorbanan

Malam tadi bila hendak tidur, aku membelai rambut suamiku, Aku senyum melihat dia dan suami kembali senyum padaku.

''Abang... ayang percaya abang boleh lakukannya. Ayang yakin sangat, dan ayang x kisah berkorban untuk abang'' Aku bersuara memberi kata semangat dengan penuh keikhlasan. Aku benar-benar ikhlas mengungkapkannya... Suamiku senyum dan mengangguk. Aku yakin dengan suamiku.... Dan hari ini aku membaca maksud pengorbanan dia carian google dan aku terjumpa barisan-barisan ayat dibawah..... Pengorbanan itu banyak cabangnya....

''Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain. Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas. Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah. Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan. Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya. Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat. Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati. Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian. Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak. Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya. Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia. Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran. Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.''

Mudah-mudahan pengorbanan yang aku lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah... Aku mahu suamiku berjaya dunia dan akhirat.  Abang... tak kisah apa yang berlaku, ayang adalah orang yang paling kuat mendukung impian dan cita-cita abang, ayang adalah isteri yang sanggup berkorban apa saja demi melihat abang berjaya. Kerana ayang amat menyintai abang seluruh jiwa dan raga.. Good Luck Abang!



Ya Allah, permudahkan segala urusan kami nanti.... Amin...

22 Disember 2011

Aku wanita yg masih belum sempurna

Hati ini tiba-tiba terasa sayu... Airmata terasa ingin jatuh berjuraian... Namun ku pujuk hati, kuatkanlah hatimu wahai wanita... Satu soalan yang sering aku tertanya-tanya... Kenapa susah sangat aku nak mengandung? Orang lain senang-senang je mengandung... Aku tahu aku ni bukanlah sebaik-baik manusia... Tapi aku juga punya perasaan. Bila jumpa orang atau sedara mara macam dah tiada soalan lain melainkan... 

1. Dah pregnant ke?
2. Bila aku nk dapat anak saudara ni?

Tahu tak yang soalan2 kalian tu buat aku terasa sangat hati. Aku manusia biasa dan tak mampu nak menjawab segala yang telah ditetapkan oleh Allah. Aku harap sangat pada orang-orang yang diluar sana janganla bertanya apa-apa mengenai anak pada orang yg belum dikurniakan cahaya mata. Perasaan yg mengalaminya tak siapa yg tahu kecuali diri sendiri. 

Sebulan yg lalu aku dapat berita gembira bila mana aku disahkan mengandung oleh doktor di sebuah klinik... Bersyukur tidak terkira. Sepanjang perjalanan memandu ke pejabat aku mengucap syukur yang tidak terhingga. Selang seminggu doktor minta aku dtg semula ke klinik untuk membuat scan. Aneh langsung tak kelihatan... Aku berdoa dlm hati sepanjang doktor scan diperutku... Aku semakin cemas... Dan akhirnya setelah gagal... aku dihantar ke Hospital Serdang untuk lanjutan. Sebelum aku keluar dari bilik doktor, sekali lagi aku bertanya... ''Doktor, betul ke saya mengandung?" Doktor cepat2 buka buku laporan... ''Betul, awak positif!'' Ada sedikit lega bila dengar jawapan dari doktor. Sepanjang-panjang perjalanan ke hospital serdang aku dan suami tidak putus-putus berdoa agar permudahkan segala urusan. Sepanjang hari berada di hospital, doktor mencuba berulang kali membuat scan namun hampa. Dan akhirnya doktor arahkan aku ambil UPT semula... paling menyedihkan... UPT aku negatif! Hampir aku terduduk... Kuatnya Ya Allah ujian mu ini... 
buku rekod mengandung... sedih bila tiap kali aku melihatnya.. cukupla bahagia itu seketika cuma..

Dulu aku punya kawan rapat.. segala rahsia bertukar2... sama-sama memasang angan2 mempunyai anak. Rezeki menyebelahi Tasha... dia dulu dikurniakan baby... Aku tumpang gembira. Semenjak tu wujud perasaan yg sukar ditafsirkan... Perasaan rendah diri menebal teramat sangat. Sehinggakan wujud jurang semakin luas antara aku dan dia.. Tasha..maafkan aku ye.. bukan tak mahu serapat dulu dengan engkau... tapi aku sedih... dan terasa aku seperti tidak sempurna... Ya... aku wanita yg tidak sempurna.... :( tapi aku sentiasa doakan kau bahagia disamping suami dan anak.... 

ni la Tasha and afif fahri yg sgt comel~!

Ya Allah.... Kuatkanlah hatiku yg semakin terasa lemah... kuatkan kasih sayang aku dan suamiku... 
Disaat ini...airmata benar-benar berjuraian... amat payah untuk aku menahannya.... Lagi-lagi bila mengenangkan aku wanita yg masih belum sempurna..... 

30 November 2011

Maha Mengetahui Ya Allah...

Esok merupakan hari yg penting untuk aku dan suami.. Ya Allah, semoga semuanya berjalan lancar... berikan aku menikmati rasa dan kasih itu... semakin tertekan membilang waktu. Aku betul2 dalam keadaan mengharap. Berikan kebahagiaan ini kekal berterusan Ya Allah... Semuanya tak dpt aku luahkan secara terbuka. Hanya mampu pendam dan pendam... Ya Allah, berikan kesihatan kepadaku... kebahagiaan buatku... semoga esok mendapat khabar gembira... Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yg terlindung disebali hati kecilku... dan Engkau Yang Maha Pencipta.... Amin...amin..

28 November 2011

Apa yg aku fikirkan?


Hari ni macam-macam yg bermain difikiranku... Perlu ke aku luahkan? Atau terus ku pendamkan? Semakin kuat rasa memendam semakin kuat rasa untuk ku luahkan... tapi pada siapa? Suami? dia sememangnya orang yang paling rapat dgnku...apa yg aku pendamkan tentunya dia adalah org pertama yg mengetahui... tapi rasanya hati ni  seperti tidak cukup dan puas untuk ku luahkan apa yg aku pendam ketika dan saat ini.
Ya Allah, aku bersyukur dgn pemberianMu... Kau sihatkan tubuh badanku... Lindungi aku... Rahmati aku... Kuatkan semangatku... Moga ada sinar sebalik semuanya ini.... Amin... Amin....

21 September 2011

Bila cik nuroii start merepek~!

Haii dah breakfast? cik nuroii dah... hehehe... lama betul x update blog ni... busy kdg2 tu... nk update blog ni kena duduk diam2 je depan laptop ha... idea pun kureng la nk citer2... Ok ape topiknye hari ni ye... seperti biasa cik nuroi masuk kerja seperti biasa walaupun rasa tahap sampai nk termuntah menghadap drawing2 yg x pernat nk surut2... OMG~! sampai bila akan lalui saat2 mcm ni... bile la agaknye dpt kerja yg lebih mudah dari ni.. lupe pulak..bukan senang nk senang...  nk senang kena lalui susah payah...pahit jerih...cewaahhh bunyinye mcm susah bebeno... apa yg penting semangat~! jgn mudah mengalah...jgn pernah berhenti dari mencuba dan terus mencuba..selagi ada ruang teruskan.. x kisahlah dari segi aspek ape pun...yg cik nuroi catat ni adalah umum...terpulangla pada seseorg mcm mana nk manage life dia ok~! uitt ape yg cik nuroi merepek ni...hahahahha yg mana yg baik tu buat teladan...yg buruk tu toksah nk ikut... okeyyss!

Erm ari ni rasa mcm nk catat tentang org yg berjaya tpi dengan cara menipu... korang rase patut ke org tu berjaya? tapi dizaman yg canggih manggih ni manusia x takut dah hukum bagai... yg mereka tau..mereka adalah betul~! x nampak kesilapan diri.. cik nuroii ade seorang kawan yg mcm ni.. entahlah nk komen byk2 pun kang jadi mengupat pulak kan..huhuhu... diam2 sudah...lagi lama kita hidup dimuka bumi Tuhan ni..makin ramai org yg berjenis2 perangai akan kita jumpa... :)

Merepek lagi kan i ni...hihihi Erm ape pun cik nuroii sgt2 happy dgn life yg ada sekarang... biarpun belum dikurniakan zuriat...tpi cik nuroi dgn suami bahagia... dan kami selalu think positif... mungkin belum rezeki... doa2kan la ye semoga kami cepat2 dpt baby...eheee.....^_^ Dengar kakak ipar cakap...

 ''Ada hikmah tu.. xpe kalau xde anak lagi, asalkan suami sayang dan bahagia...tengok sesetengah org tu anak berderet2 tapi x bahagia..ada yg bergaduh suami isteri, masalah itu..masalah ini... bersyukurla''

 teriang2 ditelinga cik nuroi sampai ke saat ini... :) Luv u lah kakak...~! sejuk hati ni dengar... Biarlah kami manage dulu hidup dulu...

Aha sebut tentang hidup... mungkin xde rezeki kot cik nuroii nak teruskan hidup di negeri selangor ni kot  x lama lagi.... dah berkurun nak balik ke kg kan? hihihi... tpi tu la nk kena siapkan dulu rumah kat kg...then standby fizikal dan mental baru dpt balik... InsyaAllah, bulan 2 tahun depan rumah cik nuroii dan suami akan mula dibina...plan dah siap...tinggal nak edit2 sikit je dan decoration interior je lagi sebelum comfirm....alhamdulillah... semoga impian cik nuroii dan suami tercapai... Doakan yg terbaik utk kami... Amin..

Oklah~! masa pun dah cemburu buta dgn cik nuroii ni ha... hihihihi....
Dah 09.02 am... mau start kerja dah... nak menebas darwing yg menimbun ni... x sanggup nk hadap lama2... caw cin caw~!! ^_^ xtau la pasni bila lagi nk update blog...kekekekeke....

3 Ogos 2011

Al-fatihah untuk mereka2 yg aku sayangi...

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke-4 umat islam berpuasa...

Hari ni tiba2 terasa sayu... x semeriah waktu berpuasa hari2 yg sebelumnya, teringat pada insan2 yg dah pun meninggalkan kami. Teringat pada kenangan arwah abah, abah meninggal pada tahun 1997, ingat lagi masa kecil, arwah abah selalu bawa aku naik basikal untuk mencari juadah berbuka puasa. Kalau time berbuka, arwah abah suka penuhkan meja dengan makanan. Arwah abah nak kami seronok setiap kali berbuka puasa. Walaupun ada kereta, tetapi arwah abah lebih suka berkayuh basikal menuju ke pekan parit. Kenangan arwah abah tak kan luput dari ingatan. 

Lepas arwah abah meninggal, kami berbuka puasa hanya dengan ala kadar. Mak la yg membesarkan kami. Mak buat keputusan untuk kami semua berpindah ke kg banjar. Dan lepas tu kami semua pun mulakan hidup di tempat baru. Mulanya terasa janggal, sebab tinggal di kampung. Maklumlah tempat lama, kami tinggal betul2 di tengah pekan. Alhamdulillah, lama kelamaan kg banjar menjadi the best dlm hidup kami...

Lebih-lebih berseri bila bapa saudara arwah angah basri sekeluarga pula berpindah ke sebelah rumah kami di kg tu. Ingat lagi, setiap kali waktu berbuka puasa, kadang2 kami sama2 naik van dgn arwah angah basri untuk berbuka puasa di masjid. Bertahun arwah ngah basri, angah imah dan arwah alan tinggal di kg tu. Lama kelamaan timbul perasaan syg yg teramat sgt. Terutamanya pada arwah angah basri dan angah imah.Hanya tuhan saja yg tahu yg bagaimana aku sayangkan mereka berdua. Dah aku anggap mereka berdua diantara org2 yg aku sayang. 

Setahun sebelum arwah angah basri meninggal, masa tu aku dan suami sibuk uruskan perkahwinan, arwah angah basri ngan angah imah la yg byk membantu. Banyak kami sekeluarga terhutang budi dengan arwah sekeluarga. Tambah2 diwaktu bulan Ramadhan, angah imah rajin buat kuih dan lauk. Tentunya yg aku rindui gulai tempoyak ikan patin angah... memang sedap. Tapi tu hanya tinggal kenangan. Sekarang angah imah pun dah tak tinggal di sebelah rumah kami di kg. Selepas arwah angah basri meninggal, angah imah tinggal dengan arwah alan. Dan lepas tu sekali lagi Tuhan menduga, arwah Alan pun meninggal akibat excident pada bulan Mac/2011 yg lalu. Berat mata memandang, berat lagi mahu yg dipikul... Dan tinggal lah rumah disebelah rumah kami tu kosong dan penuh dengan kenangan-kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Dan Ramadhan kami tidak semeriah dulu lagi. Kami betul2 merinduikan penghuni2 yg pernah berada di rumah tu...

(kenangan 1 bulan sebelum arwah alan meninggal dunia, 
angah imah-baju biru & arwah alan- baju merah)


Minggu lepas aku dan suami balik ke kg banjar, rezeki nak jumpa angah imah agaknya, hari sabtu angah imah dtg dgn sepupu aku dari bagan serai ke rumah kami. Seronoknya bila jumpa angah. Tentunya sampai2 aku peluk angah dan ciumnya. Rindu... Mak lagi2 la gembira bila adanya angah imah dirumah kami walaupun untuk sehari. Dan esoknya aku yg hantar angah imah balik ke bagan serai. Masa nak bersalam balik tu, sekali lagi aku menangis. Entahlah sedih sgt rasa. Sekali lagi aku cakap telus dari hati aku... ''Huda sayang angah..'' Angah cium aku banyak kali...lebih2 sayu dihati...Biar org lain tidak tahu, tapi dalam hatiku, angah imah diantara org yg aku sayang... Ya Allah kau sihatkan lah wanita cekal ini... Riangkan hatinya... Dan Kau tempatkanlah mereka2 yg pernah aku sayangi di tempat2 org yg beriman. Ampunkan segala dosa2 mereka. Terangilah kubur mereka. Alfatihah...






Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan pada kita semua.... Amin

24 Oktober 2010

Doa & Restu

Minggu lepas aku menerima panggilan dari kampung, adik bongsu aku dimasukkan ke wad. Mak pula sakit sehingga tak dapat bangun. Aku dan suami bergegas pulang ke perak. Sepanjang perjalanan aku berdoa agar mak dan adik dalam keadaan sihat... :(

Alhamdulillah, nasib bos bagi cuti... 5 hari aku berada di kampung. sampai di kampung mak terkejut tengok aku smpai. Memang aku tak bagitahu mak yang aku nk balik. faham lah kalau orang tua-tua...xnak menyusahkan anak kan... sebab tu aku balik kg diam2x... hurm... dlm perjalanan balik tu aku teringat nk belikan mak mee bandung... mak suka makan mee bandung.. mintak hubby berenti dan tapaukan untuk mak... dekat semangkuk kecil mak habis makan. itu pun sebab aku yg paksa... mak suka makan udang... aku koyakkan kulit2 udang dan suapkan utk mak... nampak mak segar sedikit dari yang sebelumnya. Pagi-pagi esoknya aku dan suami bergegas ke hospital manjung. Sebelum pergi sempt masakkan adik sayur dan sup. Alhamdulillah smpai di hospital, doktor bagitahu yang adik dah boleh keluar wad. syukur sangat. Urusan nak keluar wad pun berejam2... sabar saja... aku tgok wajah suami senyum saja...terima kasih abang.... rasa airmata bergenang..

Sepanjang 5 hari tu lah aku mengabdikan diri untuk mak.... kalau boleh satu kerja pun aku x izinkan mak buat. aku nk mak sihat semula. semua makanan kegemaran mak aku masak. termasuk aku memancing ikan puyu untuk mak... mak suka kan ikan puyu. Satu hari tengahari tu aku masakkan lauk kegemaran mak...gulai ikan keli. mak makan bertambah-tambah. Seronok sangat tengok mak makan.... Bila mak makan baru ada tenaga... semoga mak semakin sihat. 5 hari berada di kampung tidak terasa. Hati semakin berat nk tinggalkan mak. Semalam semasa nak balik ke bangi... aku hantar mak dan adik intan ke rumah acu di ipoh untuk menjalani x-ray di hospital ipoh pagi ini... sebelum balik malam tadi... mak pegang je tangan aku... seolah-olah tak mau lepaskan... sedih nak lepaskan aku balik... hurm :( aku? usah nak katala...ikutkan hati nak berada di kampung disamping mak...

''Insyaallah... ada rezeki huda balik tinggal di kampung terus. Urusan masih banyak di bangi''. Itu janji aku pada mak... aku dan suami dalam perancangan utk pulang ke kampung halaman. tak sanggup untuk berada jauh dengan keluarga. Aku bukannya lahir dalam keluarga yg berada. Dari kecil dah hidup susah... Mak... dia cuma ada satu. tiada 2.... bagi aku x kisah korbankan kerja yg aku ada sekrg semata-mata untuk menjaganya dan berada disampingnya. Semoga harapan aku nanti menjadi kenyataan. Dengan usaha dan doa restu mak walau aku berada dimana sekalipun pastinya berjaya.

Memang aku yakin... pernah satu hari tu mak telefon aku kerana memerlukan sedikit duit tambahan.... walau masa tu di tanganku ada hanya cukup-cukup sahaja. tetapi memikirkan mak... aku bank-in kan duit ke akaun mak dengan segera... dan dengan kuasa Allah... keesokan harinya aku dan suami diberikan rezeki 10 kali ganda dari duit yang aku berikan kepada mak... Bukankah itu keajaiban. Benar... setiap kebaikan akan dibalas kebaikan.... Aku dan Suami bersyukur sangat2... beberapa kali aku ingatkan pada suami... jangan kedekut kepada orang yang benar-benar memerlukan...tambahan pula kepada orang tua... kerana doa mereka dimakbulkan Allah... tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima...tambahan pula dengan keikhlasan... InsyaAllah... Allah sayang pada umat-Nya...

Dan aku juga yakin... mungkin rezeki nanti lebih murah berada di kampung... mudah2an doa mak sentiasa mengiringi ku...

17 Jun 2010

Kenapa mesti kami dipersalahkan?


Semenjak kecik aku dan adik2ku di jaga oleh mak(mak saudara) yg mulia hatinya... kami ditatang bagai minyak yg penuh... Kerana sedari kecil ibu kandung sendiri telah membuang kami... tidak mengapa asalkan ada mak yg menjaga kami... umpama anaknya sendiri... masing2 diberi pelajaran.. begitu mulia hati wanita tua itu...

Ibu??? dia dengan dunianya sendiri.....langsung x pernah mengambil tahu hal2 kami....
Ayah???? sama juga.... sibuk dengan isteri dan anak barunya...
Nafkah???? boleh dihitung berapa ringgit semuanya yg diberi oleh ayah....
Kasih sayang???? jauh panggang dari api....

Itu dugaan yg diterima aku dan adik2ku... Mungkin kami terlalu miskin untuk ayah dan ibu.... namun kami kaya dengan kasih sayang MAK(mak saudara) yang berikan.....Sehingga adakalanya aku dan 6 adik2 ku yg lain terlupa yg kami mempunyai Ibu dan Ayah sendiri...

Anak yg dianggap sial ini lah yg sekarang sedang cuba menerimanya...
Anak yg dianggap haram ini lah yg sekarang sedang cuba mengasihinya...
Dan anak yg dianggap derhaka ini lah yg sekarang sedang cuba membahagiakannya...

Namun aku dan adik2ku bahagia kini... xperlukan sesiapa melainkan mak saudara itu satu dihati kami... bagi kami dialah ibu kandung kami...perngorbanannya hanya 1 dalam sejuta....

Aku terkilan dengan sikap sesetangah mereka yg adakalanya memandang aku dan adik2ku dengan pandangan yg sukar ditafsirkan... satu kejadian yg aku dapat kongsikan....
Di hari Raya pertama tahun lepas... adikku yg bongsu menangis kepadaku dengan teresak2x... aku terkejut dan memaksa dia untuk memberitahu aku.... tersedu sedan dia menangis... dan dia pun bercerita....ada kata2 yg amat menyakitkan hatiku dan dia...

''engkau buat apa duduk dekat dengan mak(mak saudara) itu?? itu bukan mak engkau!!''

itu perkataan yg xkan aku lupa sampai akhir hayat ku.... xkan aku maafkan manusia itu... yg luarannya hanya berlagak bagaikan seorang ustazah dan pendidik. jijik aku melihat wajahnya... dan semenjak itu aku tekad.... setiap kali aku terjumpa dengan manusia itu...xkan aku pandang wajahnya sekalipun menghormatinya.....

Kenapa kami yg mesti dipersalahkan? persoalan itu yang sering teriang2 di benak hatiku semenjak sekian lama...atas kesilapan orang lain juga aku dan adik2ku sering dipandang serong oleh orang lain.. sebab itu aku selesa dengan duniaku sendiri di sisi suami yang menyintai dan mengasihi aku dengan seadanya...

Kepada manusia itu yg cuba menyakiti hatiku dan adik2ku...aku redha... namun engkau tetap berdosa kerana menyakiti hati kami..... Disebabkan kesalahan si ibu... namun aku sebagai anak nya redha... dan mulai menerimanya kembali... kerana bagi ku... segala dosa yg dia lakukan itu antara dia dan Tuhan... Dan itu Urusan Tuhan.. bukan aku yg hanya manusia biasa perlu menghukumnya... walau x pernah merasa kasih sygnya ibu..tapi aku redha sekali lagi...aku perlu kuat... Dan perlahan2 kasih itu kian berbunga...

Dan sekarang aku cuba membuktikan pada manusia2 itu yg aku juga akan berjaya...... hatiku tekad ingin mengubah keadaan keluargaku....

Kepada manusia itu juga... jangan engkau cuba sekali lagi menyakiti hatiku...dan adikku2x.. kerana aku bukan penyabar orangnya... kerana aku sudah cukup lama untuk bersabar... dan aku sendiri takut andai kesabaran ku ini mengatasi segalanya satu ketika nanti....

Bukan niat aku paparkan segala jerih peritku hidupku...namun aku hilang pertimbangan seketika tatakala hatiku dan adik2ku disakiti... xkan aku benarkan sesiapa sakiti hati mereka.....

Buat adik2ku...

Berusahalah untuk mengubah kehidupan masing2x... kakak cuma mampu memberi semangat...namun kamu semua yg harus membuktikan pada manusia2 itu yg kamu semua mengikut telunjuk mak saudara... bukan mengikut telunjuk kisah silam ibu dan ayah...
Kakak percaya dugaan ini yang membuat kita lebih matang dari rakan seusia kita...
Insyallah...Tuhan sentiasa bersama kita....

6 Jun 2010

Golakan Hati

Aku tak tahu dengan perasaan aku hari ni.. gembira bercampur sedih... tak pernah aku rasa macam ni.... syukur sangat kawan baik aku disahkan hamil... aku hapy sgt dengar berita tu... aku doakan dia dan baby selamat... tahniah my frens...

dan dalam waktu yg sama aku sedih sendiri... bila agaknya Tuhan ingin berikan peluang utk aku pula mempunyai baby sendiri... dekat 2 tahun kahwin.. tapi aku masih tiada tanda2 untuk mengandung.. perit nye rasa.. melihatkan suami yg suka budak2x... rasa x siapa faham melainkan org yg alaminya sendiri... kali ni terasa perit sangat sampai aku menangis... =( aku juga ingin baby... tapi aku harus kuat dan sabar... sabar tempuh semuanya... mesti lebihkan lgi usaha...ikhtiar pelbagai cara... Tuhan dengarla doaku sekali ini... kurniakan ku cahaya mata walau seorang sekali pun... aku berdoa pada-Mu..

kadang2 aku rasa macam dah putus harapan... Kuatkan lah hatiku... aku x pasti adakah aku mampu bertahan........ bantu hamba-Mu ini....

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...