24 Oktober 2010

Doa & Restu

Minggu lepas aku menerima panggilan dari kampung, adik bongsu aku dimasukkan ke wad. Mak pula sakit sehingga tak dapat bangun. Aku dan suami bergegas pulang ke perak. Sepanjang perjalanan aku berdoa agar mak dan adik dalam keadaan sihat... :(

Alhamdulillah, nasib bos bagi cuti... 5 hari aku berada di kampung. sampai di kampung mak terkejut tengok aku smpai. Memang aku tak bagitahu mak yang aku nk balik. faham lah kalau orang tua-tua...xnak menyusahkan anak kan... sebab tu aku balik kg diam2x... hurm... dlm perjalanan balik tu aku teringat nk belikan mak mee bandung... mak suka makan mee bandung.. mintak hubby berenti dan tapaukan untuk mak... dekat semangkuk kecil mak habis makan. itu pun sebab aku yg paksa... mak suka makan udang... aku koyakkan kulit2 udang dan suapkan utk mak... nampak mak segar sedikit dari yang sebelumnya. Pagi-pagi esoknya aku dan suami bergegas ke hospital manjung. Sebelum pergi sempt masakkan adik sayur dan sup. Alhamdulillah smpai di hospital, doktor bagitahu yang adik dah boleh keluar wad. syukur sangat. Urusan nak keluar wad pun berejam2... sabar saja... aku tgok wajah suami senyum saja...terima kasih abang.... rasa airmata bergenang..

Sepanjang 5 hari tu lah aku mengabdikan diri untuk mak.... kalau boleh satu kerja pun aku x izinkan mak buat. aku nk mak sihat semula. semua makanan kegemaran mak aku masak. termasuk aku memancing ikan puyu untuk mak... mak suka kan ikan puyu. Satu hari tengahari tu aku masakkan lauk kegemaran mak...gulai ikan keli. mak makan bertambah-tambah. Seronok sangat tengok mak makan.... Bila mak makan baru ada tenaga... semoga mak semakin sihat. 5 hari berada di kampung tidak terasa. Hati semakin berat nk tinggalkan mak. Semalam semasa nak balik ke bangi... aku hantar mak dan adik intan ke rumah acu di ipoh untuk menjalani x-ray di hospital ipoh pagi ini... sebelum balik malam tadi... mak pegang je tangan aku... seolah-olah tak mau lepaskan... sedih nak lepaskan aku balik... hurm :( aku? usah nak katala...ikutkan hati nak berada di kampung disamping mak...

''Insyaallah... ada rezeki huda balik tinggal di kampung terus. Urusan masih banyak di bangi''. Itu janji aku pada mak... aku dan suami dalam perancangan utk pulang ke kampung halaman. tak sanggup untuk berada jauh dengan keluarga. Aku bukannya lahir dalam keluarga yg berada. Dari kecil dah hidup susah... Mak... dia cuma ada satu. tiada 2.... bagi aku x kisah korbankan kerja yg aku ada sekrg semata-mata untuk menjaganya dan berada disampingnya. Semoga harapan aku nanti menjadi kenyataan. Dengan usaha dan doa restu mak walau aku berada dimana sekalipun pastinya berjaya.

Memang aku yakin... pernah satu hari tu mak telefon aku kerana memerlukan sedikit duit tambahan.... walau masa tu di tanganku ada hanya cukup-cukup sahaja. tetapi memikirkan mak... aku bank-in kan duit ke akaun mak dengan segera... dan dengan kuasa Allah... keesokan harinya aku dan suami diberikan rezeki 10 kali ganda dari duit yang aku berikan kepada mak... Bukankah itu keajaiban. Benar... setiap kebaikan akan dibalas kebaikan.... Aku dan Suami bersyukur sangat2... beberapa kali aku ingatkan pada suami... jangan kedekut kepada orang yang benar-benar memerlukan...tambahan pula kepada orang tua... kerana doa mereka dimakbulkan Allah... tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima...tambahan pula dengan keikhlasan... InsyaAllah... Allah sayang pada umat-Nya...

Dan aku juga yakin... mungkin rezeki nanti lebih murah berada di kampung... mudah2an doa mak sentiasa mengiringi ku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...