- Nikmat kasih sayang - Perlu diakui bahawa nikmat cinta pertama memang terlalu indah. "Saya sudah cuba tetapi saya masih tidak dapat melupakan dia kerana dia adalah cinta pertama saya" Mungkin ayat seperti ini anda pernah dengar daripada kawan-kawan anda yang telah putus cinta atau dikecewakan. Hal ini disebabkan nikmat kasih sayang pada cinta pertama adalah suci dan lahir semulajadi dari hati yang benar-benar mencintai.
- Kepercayaan - Penangan cinta pandang pertama adalah anda pastimeletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan anda dan kebiasaannya anda menganggap cinta pertama dan terkahir hingga ke jinjang pelamin. Begitu banyak janji yang dibuat semasa cinta pertama namun kadang-kadang... hampa..
- Pengalaman pertama - Pengalaman cinta pertama adalah pengalaman yang manis dalam hidup kita. Manusia memang sukar melupakan pengalaman paling manis dan yang paling pahit dalam hidupnya. Jadi tidak hairanlah cinta pertama tetap kekal hingga kini.
- Kenangan pahit - Seperti yang saya katakan tadi pengalaman pahit yang kita alami pasti akan diabadikan dalam hidup dan menjadi kenangan dan tersemat rapi dalam ingatan. Sakit hati sekalipun anda pasti sukar membuangnya terlalu jauh.
- Pelajaran pertama - Melalui cinta pertamalah anda mengenal erti cinta,melaluinya juga anda mengenal sikap, sifat dan tabiat kaum berlainan jenis, maka anda pasti akan mengingatinya sebagai panduan anda mengenal cinta kedua, ketiga dan seterusnya.
- Kecewa - Anda sudah meletakkan sepenuh kepercayaan, anda sudah berjanji sehidup semati, anda telah berjanji setia hingga ke akhirnya, kemudian anda "dilepaskannya", pasti anda mengalami sedikit tekanan jiwa dan perasaan. Melalui perasaan kecewa itu lah anda ingat sampai sekarang.
- Dikhianati - Jika ada orang mengkhianati anda pastinya anda mengingatinya. Sama lah juga dengan cinta pertama anda. Bermacam janji telah dibuat dan akhirnya semuanya dusta. Pastinya anda akan mengingatinya.
- Kenangan manis - Dalam banyak-banyak sebab di atas, bagi saya inilah sebabnya mengapa cinta pertama sukar dilupakan. Cinta pertama memberikan anda lebih banyak kenangan manis walaupun pahit akhirnya. Bila difikirkan balik masa cinta pertama pastu anda terasa seperti "Setiap saat dirasakan indah, Setiap minit mahu merenungnya, biar merenung tanpa kata, setiap pandangan mendebarkan hati, setiap waktu bersama terukir senyuman, setiap malam tidur tiada lena..." kan? kan? kan?
22 Oktober 2013
8 sebab utama mengapa sukar melupakan cinta pertama
6 Januari 2013
Putaran kehidupan
Sedang aku membelek2 encik gugel... terbaca aku dengan ringkasan sebuah cerita... sangat menarik untuk dikongsikan.. jadikan pengajaran utk diri sendiri.. supaya tidak alpa dengan apa yang Allah tetapkan dan hadiahkan. Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan pemurah.. Jom baca.. Sekadar berkongsi cerita...
"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan
bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan,
kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.
Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang
lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan
dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. tetapi
sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,"Wahai suamiku, bolehkah aku
memberikan makanan kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar
jawapan daripada suami yang dicintaiyang telah
menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup ketika
si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan
menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.
Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku
perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya
berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.
Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan
bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar
pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu
ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat
mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai
suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?"
Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi
makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.
Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya,
"Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis
kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada
pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya,
lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil
terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan
takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.Tahukah engkau siapa pengemis yang
ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu."
Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami
sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan
tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu
ini?Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya... !"
Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang
haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang
bernasib baik. ALLAH SWT itu MAHA KUASA.
25 September 2012
Patah tumbuh, hilang berganti...
29 November 2010
Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil
Share dari artikel yg lain... ^_^
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.
2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.
4. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.
Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.
Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain.
26 Oktober 2010
Suami boroi tanda bahagia?
hahahaha....dapat artikel ni dari satu email dari seorang kawan~~~~ pasni x kisahla kalau suami tu boroi... ^_^ jom bace jom...!
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak.
Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.
Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas.
Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang 卬 amun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
18 Ogos 2010
Pengakuan seorang suami Mithali
Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan
Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.
Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang.
Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.
Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop….
Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling. Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan. Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.
Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar
15 Ogos 2010
Penipu Email

Saya adalah Nur Fatima Binti Abdullah, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di HSBC Bank, Amerika. Saya adalah seorang Pengurus Besar di Bahagian Audit Dalaman.
Dengan rasa hormatnya, saya memohon kepada anda untuk menganggap segala isi kandung “mail” ini sebagai amat peribadi dan menghormati integritinya.
Atas siasatan terperinci yang hanya saya seorang saja individiu yang mengetahui latar belakang anda, saya dengan ini ingin memberi informasi yang saya tahu anda akan sangat berminat dan cenderung serta berupaya membantu.
Saya sedar anda pasti tertanya mengapa anda di pilih untuk segala ini. Oleh itu, saya mohon anda meneliti apa jua yang akan saya bentangkan selanjutnya agar dapat memahaminya.
Memandangkan keadaan yang sudah runcing kini, saya ingin meminta bantuan dan kerjasama anda untuk mendapatkan sejumlah wang yang yang telah berada dalam akaun 'dormant' saya sejak tahun 2002 lagi. Wang ini saya perolehi dari Amanah Wasiat , dimana 40% akan di serahkan kepada anda sebaik ianya di sahkan berada dalam akaun pilihan anda. Wang ini berjumlah US$1.5 JUTA. Baki sebanyak 60% lagi adalah milik saya. Kerjasama anda untuk mendapatkan wang warisan ini adalah kerana Pemegang akaun ini yang merupakan seorang Usahawan berbangsa Iraq telah pun meninggal dunia dan beliau tidak meninggalkan seorang waris pun. Informasi ini telah saya dapati ketika saya melakukan tugasan Audit Dalaman ketika itu.
Saya tidak di benarkan membuat sebarang tuntutan kerana posisi saya tetapi saya sememangnya boleh membuktikan kepada Bank bahwa saya dalah Pewaris sah kepada wang tersebut.
Anda hendaklah bekerjasama dan membantu saya dalam kes ini kerana jika tidak kesemua wang tersebut akan di serahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara, apabila tiada tuntutan di buat dalam jangka masa yang di berikan.
Segala informasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil akan saya beri secara terperinci apabila anda cenderung untuk membantu saya.
Kepercayaan dan keyakinan lah yang akan membuahkan hasil yang lumayan.. Walau pun jumlah yang diberikan mungkin kecil dari kaca mata anda tetapi ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tidak di sangka. Jika di biarkan ,wang itu akan lupus begitu saja. Keikhlasan anda dalam membantu saya dalam tuntutan ini amat saya hargai dan harapkan di mana kita sama-sama akan memperolehi keuntungan.
Jawapan anda terhadap kes saya ini hendaklah di salurkan melalui E-mail peribadi saya iaitu nurfatimabintiabdullah@rocketmail.com Ini sangat penting dan apa jua informasi seterusnya akan saya beritahu kelak.
Jutaan terima kasih di atas masa dan perhatian anda.
Wassalam
NUR FATIMA BINTI ABDULLAH''
Perjalanan Yang Panjang
Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...
-
List ni aku jumpa dalam satu ruangan web....errrrr....ngerinyer bila tgok makanan yang selalu aku makan banyak kalori... haiiihh patut la ba...
-
Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...
-
Sedang aku membelek2 encik gugel... terbaca aku dengan ringkasan sebuah cerita... sangat menarik untuk dikongsikan.. jadikan pengajaran utk...

