26 Oktober 2010

we are happy ^_^

Are counting days ... a few weeks due to my wedding anniversary second.
Alhamdulillah, my relationship and my husband was like before ...
love each other ...
love one another ...
mutual respect ...

impatiently waiting for November 15, 2010 will ...
I always prayed that God always keep us together ...

huh! while thinking what I want to give gifts to the husband dear?
dizzy moment ...
hours? wallet? shirts? hurm ... all had been given ...

dizzy dizzy dizzy!
does not matter,
still have about 18 more days ...
could further consider whether a gift for my beloved husband ...

lalalaalalalalala .... I'm very glad heart .....

(gatai beno nk berbahasa inggeris bagai.....hahahaha...xpe...bedal ajelah ape yg tahu...kikikiki)

Suami boroi tanda bahagia?

hahahaha....dapat artikel ni dari satu email dari seorang kawan~~~~ pasni x kisahla kalau suami tu boroi... ^_^ jom bace jom...!

Picture (Device Independent Bitmap)


Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.


Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak.


Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas.

Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang
amun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

24 Oktober 2010

Doa & Restu

Minggu lepas aku menerima panggilan dari kampung, adik bongsu aku dimasukkan ke wad. Mak pula sakit sehingga tak dapat bangun. Aku dan suami bergegas pulang ke perak. Sepanjang perjalanan aku berdoa agar mak dan adik dalam keadaan sihat... :(

Alhamdulillah, nasib bos bagi cuti... 5 hari aku berada di kampung. sampai di kampung mak terkejut tengok aku smpai. Memang aku tak bagitahu mak yang aku nk balik. faham lah kalau orang tua-tua...xnak menyusahkan anak kan... sebab tu aku balik kg diam2x... hurm... dlm perjalanan balik tu aku teringat nk belikan mak mee bandung... mak suka makan mee bandung.. mintak hubby berenti dan tapaukan untuk mak... dekat semangkuk kecil mak habis makan. itu pun sebab aku yg paksa... mak suka makan udang... aku koyakkan kulit2 udang dan suapkan utk mak... nampak mak segar sedikit dari yang sebelumnya. Pagi-pagi esoknya aku dan suami bergegas ke hospital manjung. Sebelum pergi sempt masakkan adik sayur dan sup. Alhamdulillah smpai di hospital, doktor bagitahu yang adik dah boleh keluar wad. syukur sangat. Urusan nak keluar wad pun berejam2... sabar saja... aku tgok wajah suami senyum saja...terima kasih abang.... rasa airmata bergenang..

Sepanjang 5 hari tu lah aku mengabdikan diri untuk mak.... kalau boleh satu kerja pun aku x izinkan mak buat. aku nk mak sihat semula. semua makanan kegemaran mak aku masak. termasuk aku memancing ikan puyu untuk mak... mak suka kan ikan puyu. Satu hari tengahari tu aku masakkan lauk kegemaran mak...gulai ikan keli. mak makan bertambah-tambah. Seronok sangat tengok mak makan.... Bila mak makan baru ada tenaga... semoga mak semakin sihat. 5 hari berada di kampung tidak terasa. Hati semakin berat nk tinggalkan mak. Semalam semasa nak balik ke bangi... aku hantar mak dan adik intan ke rumah acu di ipoh untuk menjalani x-ray di hospital ipoh pagi ini... sebelum balik malam tadi... mak pegang je tangan aku... seolah-olah tak mau lepaskan... sedih nak lepaskan aku balik... hurm :( aku? usah nak katala...ikutkan hati nak berada di kampung disamping mak...

''Insyaallah... ada rezeki huda balik tinggal di kampung terus. Urusan masih banyak di bangi''. Itu janji aku pada mak... aku dan suami dalam perancangan utk pulang ke kampung halaman. tak sanggup untuk berada jauh dengan keluarga. Aku bukannya lahir dalam keluarga yg berada. Dari kecil dah hidup susah... Mak... dia cuma ada satu. tiada 2.... bagi aku x kisah korbankan kerja yg aku ada sekrg semata-mata untuk menjaganya dan berada disampingnya. Semoga harapan aku nanti menjadi kenyataan. Dengan usaha dan doa restu mak walau aku berada dimana sekalipun pastinya berjaya.

Memang aku yakin... pernah satu hari tu mak telefon aku kerana memerlukan sedikit duit tambahan.... walau masa tu di tanganku ada hanya cukup-cukup sahaja. tetapi memikirkan mak... aku bank-in kan duit ke akaun mak dengan segera... dan dengan kuasa Allah... keesokan harinya aku dan suami diberikan rezeki 10 kali ganda dari duit yang aku berikan kepada mak... Bukankah itu keajaiban. Benar... setiap kebaikan akan dibalas kebaikan.... Aku dan Suami bersyukur sangat2... beberapa kali aku ingatkan pada suami... jangan kedekut kepada orang yang benar-benar memerlukan...tambahan pula kepada orang tua... kerana doa mereka dimakbulkan Allah... tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima...tambahan pula dengan keikhlasan... InsyaAllah... Allah sayang pada umat-Nya...

Dan aku juga yakin... mungkin rezeki nanti lebih murah berada di kampung... mudah2an doa mak sentiasa mengiringi ku...

12 Oktober 2010

~~~Indah Kasih Kita~~~

Aku asyik membuat kerja hari ni...sampai tak tersedar jam sudah pukul 12.15 tengahari... itupun tersedar bila ada yg memanggil aku memberitahu suamiku di luar...

''Nurul...Ajak kat luar..." Sima memanggil. Aku bergegas keluar... seperti hari2 sebelumnya... suami membelikan makanan setiap kali waktu lunch.. begitulah rutin sehariannya selama hampir 2 tahun aku berkhidmat di pejabat ni.


''Terima kasih abang...'' Aku menyambut bekalan makanan yg suami belikan sambil tersenyum. Muka hubby sedikit berkerut...penat agaknya memanjat tangga office aku ni...hehehe sian dia... Tapi hubby tetap senyum...

''Sama-sama sayang'' Suami membelai kepalaku... malu rasa orang di office melihat gelagat suami. Rasa ingin nangis pun ada... terharu sangat... walau hanya sekadar membelikan makanan dan menghantar betul2 dihadapan pintu pejabat... tpi aku dah cukup rasa pengorbanan suami untuk tidak menyusahkan aku... tambahan pulak dalam tempoh 2 tahun... xpernah dia merungut... adakalanya ragam aku ni melampau2... pernah satu hari
entah kenapa aku ni teringin nak makan bihun sup.. mengada2 tengari datang... cakap dengan hubby.... tahu2 pukul 12.45 hubby terpacak kat depan office hantarkan bihun sup... pelik pun ada... mana dia cari bihun sup tengahari buta ni? setahu aku kawasan perindustrian bangi ni tengahari2 gini mane ade bihun sup... rupa2nya hubby beli bihun sup tu di Kajang... hurm.... 20 minit dri tempat kerja... tengah2 town sana... masa tu memang aku sedih sgt... rasa macam jahatnya aku sebagai isteri yg selalu menyusahkan suami... :(


Alhamdulillah... selama aku bergelar isteri pada hubby... tak pernah sekali aku merasa susah yg teramat sgt... sekadar susah sedikit tu biasalah lumrah manusia...adat berumahtangga...kejap pasang dan surut... Adakalanya kalau geram macam2 yg aku repekkan... tapi bila tersedar... cepat2 aku minta maaf dengan hubby... walau kadang2 dia tak dengar apa yg aku bebelkan... tpi aku tetap mohon maaf.... Aku bersyukur sangat Tuhan jodohkan aku dengan suami yg amat menyayangi aku... hidup aku penuh kasih syg dari suami tercinta... terasa tiada 2 dia di dalam dunia ini... Ya Allah... kau panjangkan jodoh kami sehingga nafas kami terhenti... Aku amat menyintai dia... teramat......jangan sesekali Kau pisahkan kami.... Tanpa dia siapa aku........ terima kasih Tuhan kerana Kau Maha Adil... Adil dengan membalas kebahagiaan diatas kesengsaraan yg pernah aku lalui sebelum ini... Terima kasih Allah....

8 Oktober 2010

Tahniah Adikku

Jauh aku berjalan,
Ditengah-tengah padang yg lapang...
dan kemudiannya,
aku penat seketika...
tercungap-cungap aku menahan keletihan,
peluh membasahi pipi...
dan akhirnya aku jatuh tersungkur...
tidak terdaya untuk bangun lagi....

Begitulah aku diibaratkan...
Cuba menjadi pelita disebalik kegelapan orang lain...
Cuba menjadi tongkat tatkala ada yang hampir jatuh tersungkur...
Dan cuba menjadi sampan dikala ada yang kelemasan...

Itu diriku...
dan bagaimana dengan dia terhadapku?
Sanggupkah dia menjadi pelitaku?
Sanggupkah dia menjadi tongkatku?
Sanggupkah dia menjadi sampanku?

Jenuh aku menangis di dalam hati...
sehinggakan hatiku semakin lemas...
Puas aku menahan rasa kecewa yg teramat sangat...
disaat dia sendiri tidak mengetahui keikhlasanku...

Ya Tuhan,
Aku manusia biasa...
namun mengapa Kau uji aku dengan dugaan yg sedemikan rupa??
Sesekali aku bertanya...
Namun pantas sahaja aku memujuk hati...

Nurul....
Kau adalah kakak diantara adik-adikmu...
Kau adalah tiang untuk membentuk binaan itu...
Kau adalah nakhoda yang menentukan arus tujuan adik-adikmu...

Adikku baim...
Kakak sedaya upaya membantumu menjadi manusia yg berguna..
Andai kau bencikan diri ini...
Itu terpulang padamu...
Andai jalan hitam yang kau pilih....musnah semua impian dan mimpi ku...
Bukan aku benci...
Tapi aku kecewa...
Hatiku dihiris-hiris...
Pedih teramat sangat... bila keikhlasan dibalas kebencian...
Belum pernah sesiapa melukakan hatiku sehingga begini...

Adikku baim...
Sekalung tahniah aku ucapkan padamu dik...
Kerna kau berjaya mengalirkan air mataku...

--luahan hatiku~~~~ 8 OKTOBER 2010

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...