27 September 2012

Takutkah.. Tinggikah...

Penakut? yuhuuu kenapa ya kali ni tajuk entry aku penakut? ho3... kena baca sampai habis dulu ye entry ku kali ni... ok, aku ni sebenarnya seorang yang penakut. Kenapa aku cakap macam tu? hu3... ok, hari ni adalah hari ke tiga aku melepak2 2-3 jam di Stesyen Minyak Esso yang x berapa jauh dengan opis aku ni. Aku akan lepak kat sini start pukul 5.30 petang sampai lah ke 10 malam... Haaaaaaaa....tapi tu cuma masa bila suami aku kena keje ot.. haihhh... kenapa aku x balik rumah je? tau kenapa? sebab aku sangat la takut untuk duduk kat rumah tu sorang2. lagi2 pulak rumah tu double storey ok... ada 5 bilik... huaaaa...then otak aku ni ligat je fikir bukan2... macam2la terbayang sana sini.

26 September 2012

Adam Dan Hawa

Hurm... rasanya kalau disebut drama bersiri Adam &  Hawa comfirm ramai yang tahu kan tentang drama dan novel yang sedang meletup2 ni... termasuk lah aku, yang aku rasakan telah menjadi sangat obses dengan drama dan novel ni. Setakat ni dah sampai ke episod 18 dah drama ni. Takde 1 episod pun yg aku tinggal... he3... fanatik gitu. Ok, macam mana ek aku boleh terjatuh cintaaaaaaaaa dengan novel dan drama ni? ok macam ni, mula2 baca novel adam hawa ni... mula2 tau novel adam hawa ni dari anak saudara aku. beria-ia dia beritahu aku tentang ke'best'an novel tu... ok, aku yang mendengar pun rasa alahai teruja la pulak kan. Dan secara baik hatinya anak saudara ku itu meminjamkan novel adam hawa tu... Dah tu , anak saudara aku beritahu lagi, novel ni nak di dramakan... then dia sebut lagi hero drama tu nanti Aaron Aziz. Omg! mahu jerit ok... Aaron aziz? hu3... comfirmla akan ku tengok drama ni... Peminat fanatik Aaron Aziz okey! :)

25 September 2012

Patah tumbuh, hilang berganti...

''Kata orang, yang patah tumbuh, hilang berganti. 
Maksudnya, akan ada pengganti bila kehilangan sesuatu. 
Yang patah, akan tumbuh tunas baru. 
Yang hilang akan ada pengganti walaupun tak sama dan serupa. 
Dan mungkin juga yang hilang tak akan berganti dan yang patah tidak tumbuh tunas baru''

~H u d a W a h i d~

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...