30 November 2011

Maha Mengetahui Ya Allah...

Esok merupakan hari yg penting untuk aku dan suami.. Ya Allah, semoga semuanya berjalan lancar... berikan aku menikmati rasa dan kasih itu... semakin tertekan membilang waktu. Aku betul2 dalam keadaan mengharap. Berikan kebahagiaan ini kekal berterusan Ya Allah... Semuanya tak dpt aku luahkan secara terbuka. Hanya mampu pendam dan pendam... Ya Allah, berikan kesihatan kepadaku... kebahagiaan buatku... semoga esok mendapat khabar gembira... Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yg terlindung disebali hati kecilku... dan Engkau Yang Maha Pencipta.... Amin...amin..

28 November 2011

Apa yg aku fikirkan?


Hari ni macam-macam yg bermain difikiranku... Perlu ke aku luahkan? Atau terus ku pendamkan? Semakin kuat rasa memendam semakin kuat rasa untuk ku luahkan... tapi pada siapa? Suami? dia sememangnya orang yang paling rapat dgnku...apa yg aku pendamkan tentunya dia adalah org pertama yg mengetahui... tapi rasanya hati ni  seperti tidak cukup dan puas untuk ku luahkan apa yg aku pendam ketika dan saat ini.
Ya Allah, aku bersyukur dgn pemberianMu... Kau sihatkan tubuh badanku... Lindungi aku... Rahmati aku... Kuatkan semangatku... Moga ada sinar sebalik semuanya ini.... Amin... Amin....

15 November 2011

2 hari yg mengujakan

14 November 2011
Alhamdulillah... perkataan yg mula2 terpacul dari mulutku...memanjat kesyukuran yg tidak terhingga. Kerja sebagai designer sememangnya sangat2 stress... tambah2 kalau yg jenis nak drawing urgent2... i hate kalau dengar org cakap nk urgent2... tangan aku 2 saja ok.... 2 bulan yg lepas, aku betul2 stress... masa tu porject tengah banyak... semua pun rasa nak lambung kat aku... sampai menangis gak la mengadu kat huby... menangis sampai tertido.... bangun pula pagi..teringat benda yg sama. OMG... design..drawing...

Dan tanpa disangka2...masih ada lagi yg memandang kerjaku... alhamdulillah... 2 hari yg lepas bos panggil masuk ke bilik dia. sangkaku dia mahu berikan drawing lagi... dah memang mcm tu... asal panggil aku je..tau dah drawing menimbun... prinsip aku senang... siap keje baru duk main tenet..hahahahaha... fb xleh tinggal oooo masa2 tengah stress la fb tu penawar hatiku...hehehehe

Masuk je dlm bilik bos.. dia buat pulak gimik.. adoi dlm hati apehal ni... aku buat salah ke? dup dap dup dap...

''Nurul, semua bos2 kat sini ada discus........'' Ayat tu memangla cuak... sengaja di gantungkan macam tu. Aku pula pandang je xde kelip2... seriau.. jantung nk luruh... bos nk buang aku ke? huwaaaaaaaaaaaaa hati aku kacau betul...

''Macam mana i nak cakap dengan u ni ye'' Adoii satu lagi ayat dia buat aku rasa nk je lari keluar dari bilik tu.

''Why u pandang i macam tu?'' bos tanya sambil tersenyum pandang aku... ''er... yelah, i risau... kenapa sebenar ni. takut ma'' Aku punya la cakap tesersekat2... dalam hati aku ... apela yg aku dah buat ni... =(

X lama pastu bos pun menghulurkan sampul surat... then aku pun bukak....

''U punya performance not bad lah.... so semua bos pun discus untuk naik gaji u. Ini cuma untuk performance, untuk kenaikan gaji hujung tahun lain pula. I know, semua orang pun cari u, sebab u buat drawing dan rendering sangat laju''

Huwaaaaaaaa aku rasa cam sebak tiba2...  taw x ape aku buat pas tu? melompat??? tidak2... aku nangis terus kat situ... bos cepat2 hulurkan tisu.... huwaaaaaaa aku nangis tersekat2 kat dalam tu...  sebak gile aku rasa time tu... Dalam banyak2 kenaikan gaji... ni la yg paling byk aku rase... x disangka2... bulan 11 naik gaji... sedih sgt... Terima kasih ya Allah...

gediks nk letak gak kat sini kan...hahaha... memenuhkan ruang blog da...

Dalam offer letter tu, tulis Oct kan start gaji baru.... tapi kan dah lepas bulan oct kan? jadi bos cakap.. gaji balance untuk bulan 10 akan dimasukkan sekali untuk hujung bulan nov ni... alhamdulillah.... =)

Balik je cepat2 bagitahu en suami berita gumbira... macam tu jugak dgn mak... cepat2 call mak... Aku tahu.. tentunya dengan doa mak semua ni... :)

15 November 2011,
Hari anniversay aku dan suami... ^_^ Happy anniversary yg ke 3 abang, saya sangat cintakan kamu~!! jiwang sekejap ye... hihihi Tahun ni kami sambut ala kadar je... sebab nk simpan duit nk g honeymon next month... heee... hari ni dapat lagi bunga...kali ni huby bagi rose pink + white... aku tahu huby x romantik sebenarnya... tapi dia berusaha untuk menjadi suami yg romantik pada isterinya yg byk songeh ni... =) mekasih abang... sentiasa membahagiakan ayg... bertuah dikurniakan suami sepertimu... dia sentiasa memperbaiki dirinya untuk menjadi yg the best in my life... ^_^

Pink + white rose!
Balik dari kerja semalam, huby terus ajak g dinner... kata dia boleh makan ape je... huhuhu... ni la saat2 yg ditunggu2.... kali ni huby suruh pilih sendiri hadiah yg aku nak... aku pun ape lagi... fikir dan fikir.. ape la hadiah yg nak ni...??? adeh... xleh nk fikir dah... melilau 1 jusco cheras selatan cari... tapi xde yg berkenan di hati... lastly huby cakap...jom g tempat lain cari adiah lagi... masa on the wat dalam kereta tu pulak la aku rasa letih la sangat2... balik kerja jalan2 kat jusco... pastu nk g jalan lagi... aku pun last bersuara..
''abg, boleh x kita terus balik rumah je? x larat dah la...letih...'' huby pulak yg terkejut, tanya byk kali dgn aku betul ke? x nak hadiah ke? aku geleng kepala... nk baring2 je.. tengok tv.... hahaha...
''ok2... esok2 kite g cari hadiah ye'' huby pujuk....
''Sayang abang~!!''

Happy anniversary abg........ sgt sygkan kamu! ^_^

11 November 2011

Dia Pilihanku

Pejam celik pejam celik lagi 3 hari je Anniversary aku dan suami kali yang ke-3...
Sekejap saja masa berlalu... rasa macam baru je bersama... Ok.. hari ni just nk coret2 je tentang me and huby... me and huby lagi??? OMG... hahahahaha topik yang best je rasa dlm blog ni memang la tentang me and huby... yep! hidup aku lengkap dengannya.. dan kami saling melengkapi antara satu sama lain... :)

Pada 19 Oktober 2011 aku ni tengah boring2... jenguk2 la ke ruangan FB Mingguan Wanita... Dan secara kebetulan terbaca tentang ruangan 'Dia Pilihanku'.... dalam hati terdetik, x salah kalau mencuba kan? Aku pun mula mengarang, tempoh dalam lingkungan 10-15 minit sahaja, ianya tulus dari hatiku...

20 Oktober 2011, Terima panggilan dari Cik Amiza (kumpulan karangkraf).... Dia beritahu, ceritaku dan suami akan diterbitkan dalam tempoh 3 minggu... Betul, langsung tak ada rasa dipilih, mungkin dah rezeki.... Cerita cintaku bukan untuk dicanang, tapi untuk ku beritahu semua insan yang pernah terluka dan kecewa... Tuhan dah tetapkan apa yg terbaik untuk kita. Jangan sesekali menyesali apa yg pernah terjadi. Kebahagian tu ada untuk semua orang. Cuma mungkin belum tiba...

Alhamdulillah, pagi 9 November 2011, sms masuk ke hp.... seseorang mesej mengatakan dah membaca ceritaku di mingguan wanita... Apa lagi.. aku dan suami pada masa tu kebetulan berada di Pekan Bagan Serai kerana temankan ayah mertua memenuhkan akaun Tabung Hajinya... terus kelam kabut mencari kedai buku...  hehehe... Mingguan Wanita 11-17 november 2011 (m/s 93) Namun ada sedikit terkilan disitu, ceritaku tidak disiarkan dengan sepenuhnya. Mungkin kerana ruangannya limit untuk 1 mukasurat.... Sempat aku scan pagi tadi... Jom tengok....

Klik untuk baca lebih besar... :)
Apa pun terima kasih banyak2 pada amiza dari Karangkraf sebab memilih cerita cinta kami... :)
Semoga rumah tangga kami bahagia sehingga ke akhir hayat... Amin
Nak baca cerita yg panjang?? hehehe... boleh baca kat bawah ni... ^_^



‘’Kak jangan lupa ambil saya di Hentian Pudu Raya ya. Kredit dah nak habis dah.’’ Aku membaca mesej di telefon bimbitku dengan perasaan sedikit pelik.

Dalam hati tertanya-tanya siapa orang yang sms ini? Pada mulanya anggap ianya mungkin ada yang salah mesej atau sengaja nak mempermain-mainkan aku. Tapi selang beberapa minit kemudian, terasa tidak senang duduk pula memikirkan mesej itu tadi.

‘’Kalau betul lah budak ni minta kakaknya menjemput di Pudu Raya macam mana? Dah lah kawasan tu tentunya bahaya bagi orang yang tak biasa. Kalau budak yang sms ni budak belasan tahun macam mana?’’ Sudah hatiku berbelah bahagia. Dan akhirnya aku membalas mesej tersebut.

‘’Maaf ya adik, adik ni salah nombor. Ni bukan nombor kakak adik. Hati-hati di Pudu Raya. Cuba cari semula nombor kakak adik yang betul. TQ’’

Selepas tu barulah tenang kembali hatiku dan meneruskan kerjaku yang tertangguh. Tidak lama kemudian telefon bimbitku berbunyi lagi tanda sms masuk.

‘’Maaf ye, saya salah nombor pula tadi…’’ Mesej masuk lagi ke telefon bimbitku dan saat itu aku pula yang tersenyum membacanya.

Dipendekkan cerita disitulah perkenalan antara aku dan suamiku kini. Kami berkawan melalui telefon selama beberapa bulan tanpa melihat antara satu sama lain. Dalam pada masa yang sama aku sedang kecewa dalam bercinta. Tetapi sepanjang aku dan suamiku berkawan ketika itu, sedikit pun tidak ada perasaan sayang pada dia, kecuali hanya kawan semata-mata. Lagi- lagi pula dengan bahasa dia yang agak berterabur. Maklumlah hanya dengan suara saja kami berkenalan. Hatiku begitu degil mahu mengganggap dia lebih dari dari kawan. Banyak kali suamiku mengajak kami berjumpa, tapi hatiku keras.

Sampailah disuatu hari, aku pada masa itu mempunya sedikit masalah kewangan dan sekadar bercerita dengan suamiku. Dia pula terus meminta nombor akaunku dengan niat untuk membantu. Sangkaku dia hanya sekadar berjanji. Mana mungkin, orang yang kita langsung tidak kenali boleh beri duit sesuka hati. Aku terpaku bila melihat sejumlah wang di skrin mesin ATM. Aku betul-betul tidak sangka, yang lelaki ini betul-betul membantuku sedangkan kami tidak pernah melihat antara satu sama lain. Hatiku tergerak untuk bercerita dengan mak tentang suamiku. Mak juga agak terkejut. Jumlah yang dimasukkan suamiku pada waktu itu bukan dalam lingkungan ratus-ratus ya. Lebih dari itu. Bayangkan ada lagi manusia begini. Aku kemudian paksa dia untuk beritahu kenapa sampai begitu keihlasan dia nak membantuku dan tak takutkah dia kalau aku menipunya?

‘’Saya cuba tolong yang termampu, kalau awak menipu saya itu antara awak dan Tuhan’’. Itulah kata-katanya yang membuat aku begitu terharu.

Dan akhirnya dengan izin mak, hatiku terbuka untuk menemuinya.

Pada 21 Julai 2007, aku duduk di tepi bangunan Maybank, Kuala Lumpur. Setelah menunggu hampir 10 minit, aku lihat seorang lelaki berlalu dihadapanku. Wajahnya kelihatan telus. Tapi aku sendiri tidak berani menegur, takut salah orang. Tambahan pula keadaan Kuala Lumpur yang ku rasa asing sekali. Dan kemudian lelaki itu berlalu lagi dihadapanku dengan sekali pandang ke arahku. Badanku agak kedinginan. Terasa sedikit gementar. Dan aku lihat, lelaki tadi berdiri jauh sikit dariku. Telefon bimbitku berbunyi, suara suamiku ditalian…

‘’Awak yang berbaju kurung hijau tu ke?’’
‘’Iye, sayalah tu’’…
‘’Ok tunggu sekejap ya’’.
‘’Ok’’

Selang beberapa minit lelaki itu muncul dihadapanku dengan senyuman yang manis. Memang betul sangkaan ku, lelaki yang manis wajahnya tadi adalah dia. Dan kami kemudian terus ke salah satu Restoran di Bangsar. Jantungku berdebar-debar disaat berada di dalam kereta.

‘’ Sudi tak jadi isteri saya?’’ Suamiku pada waktu itu melamarku. Hampir tersembur makanan yang berada dalam mulutku ketika itu. Suasana hening seketika. Aku diam membantu.

‘’Ini first time kita jumpa, boleh tak kalau kita kawan dulu…’’ Hatiku sedikit bergetar.

‘’Saya ikhlas, kalau awak nak teruskan hubungan ni, kita teruskan. Tapi kalau keputusan awak tak mahu, ini adalah kali pertama dan terakhir kita berjumpa’’ Serius sekali kata-kata suami di saat itu dan membuatkan aku tergamam dan hati berbelah bahagi.

Setelah hampir beberapa minit aku diam membatu, akhirnya entahlah aura apa yang merasuk aku ketika itu, aku mengangguk kepala tanda setuju.. Jawapanku itu membuatkan suamiku tersenyum.

‘’Hujung bulan ni saya hantar orang merisik’’ Lelaki dihadapan ku bersuara lagi. Sedangkan aku ketika itu berada dalam keadaan percaya atau tidak.

Dia sememanyna ikhlas dengan ku, seperti yang dijanjikan dia benar-benar menghantar rombongan merisik pada hujung bulan tersebut. Dan secara rasminya pada bulan Oktober 2007, aku menjadi tunangannya….

Walau pada masa itu aku terfikir-fikir, aku sememangnya sedang bermain dengan api. Tapi aku sendiri tidak sedar, pada masa bila cinta itu wujud.

Kini sudah 3 tahun lebih kami hidup berumah tangga. Aku benar-benar bahagia. Aku bersyukur pada Tuhan kerana mengurniakan suami terbaik walau pun pernah dikecewakan sebelum ini. Dalam tempoh mengenali suamiku, banyak yang aku ketahui tentang sikapnya yang penyabar, penyayang dan selalu menolongku membuat kerja rumah disaat aku keletihan. Dan apa yang paling membahagiakan aku, suamiku tidak pernah melupai hari-hari penting dalam hidup kami. Dan setiap kali hari-hari penting itu, ada jambangan bunga dan hadiah dihantar ke pejabatku. Aku tidak memandang harganya tapi aku terharu dengan kesungguhannya untuk membuat aku terasa bahagia. Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan aku dengan suami sebaik ini.

Sedang aku menulis kisah cinta ini, suamiku menelefonku bertanyakan apa yang sedang aku lakukan dipejabat… I love u… katanya mengakhiri perbualan…. J I love u too abang…

Salam sayang,
Nor Rulhuda Wahid & Mohd Abdul Razak Mokhtar

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...