28 Januari 2014
Surprise again..! S4 for hubby...
Tapi............ saya cuma pegang hp masa time kerja dgn dlm kelas je... bila sampai je kat rumah..encik suami dah conquer hp saya sepenuhnya utk main game! adoiiiiiiii dah pulak saya stress nak nengok wassap2 dri mmber lain... kejap2 mintak kat dia... smpai bile nak macam ni. Nak harap huby g beli hp sendiri? Memang xla... sy dah tulis awal2 tadi... kitaorg laki bini memang out punya bab gadget2 nih! :p Huby still pakai hp nokia yg xde camera tu ye... singgit pun belum tentu org nk beli...haha...
Dan hari ni... bulan ni ada rezeki lebih sikit... usha2 dari semalam lagi dah nk belikan huby hp baru.... S4 ni je kot yg sy berkenan belikan utk dia... Hp ni jugak sebenarnya hadiah khas utk dia yg selalu sentiasa bersama saya susah dan senang. Kalau Ryhan (mmber poli) tak dpt dtg kelas... huby la driver tegar saya.. sanggup berjam2 tunggu dlm kereta selama saya berada dlm bilik kuliah. Besar sgt perngorbanan dia... kadang2 sy balik kelas tengok dia lembik dah dok dlm kereta... Saya tau, hp yg sy hadiahkan ni pun x dpt nk balas jasa2 dia pada saya... Dia salah seorang suami yg terbaik yg ade kt dunia ni...! Lepas ni dah leh la berwasap2 dgn huby selalu... sian dia..kdg2 nengok je sy wassap... pastu tanya... memang ada gambar kartun2 ke?? huhuhu... sian kan?? xpela... ni hadiah ikhlas dari hati saya utk dia...
Hp pun baru dapat... kejap2 lagi baru nk balut... malam ni nak surprise hadiahkan utk huby... hope sgt dia suke kaler putih pilihan saya ni... ^_^
22 Oktober 2013
8 sebab utama mengapa sukar melupakan cinta pertama
- Nikmat kasih sayang - Perlu diakui bahawa nikmat cinta pertama memang terlalu indah. "Saya sudah cuba tetapi saya masih tidak dapat melupakan dia kerana dia adalah cinta pertama saya" Mungkin ayat seperti ini anda pernah dengar daripada kawan-kawan anda yang telah putus cinta atau dikecewakan. Hal ini disebabkan nikmat kasih sayang pada cinta pertama adalah suci dan lahir semulajadi dari hati yang benar-benar mencintai.
- Kepercayaan - Penangan cinta pandang pertama adalah anda pastimeletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan anda dan kebiasaannya anda menganggap cinta pertama dan terkahir hingga ke jinjang pelamin. Begitu banyak janji yang dibuat semasa cinta pertama namun kadang-kadang... hampa..
- Pengalaman pertama - Pengalaman cinta pertama adalah pengalaman yang manis dalam hidup kita. Manusia memang sukar melupakan pengalaman paling manis dan yang paling pahit dalam hidupnya. Jadi tidak hairanlah cinta pertama tetap kekal hingga kini.
- Kenangan pahit - Seperti yang saya katakan tadi pengalaman pahit yang kita alami pasti akan diabadikan dalam hidup dan menjadi kenangan dan tersemat rapi dalam ingatan. Sakit hati sekalipun anda pasti sukar membuangnya terlalu jauh.
- Pelajaran pertama - Melalui cinta pertamalah anda mengenal erti cinta,melaluinya juga anda mengenal sikap, sifat dan tabiat kaum berlainan jenis, maka anda pasti akan mengingatinya sebagai panduan anda mengenal cinta kedua, ketiga dan seterusnya.
- Kecewa - Anda sudah meletakkan sepenuh kepercayaan, anda sudah berjanji sehidup semati, anda telah berjanji setia hingga ke akhirnya, kemudian anda "dilepaskannya", pasti anda mengalami sedikit tekanan jiwa dan perasaan. Melalui perasaan kecewa itu lah anda ingat sampai sekarang.
- Dikhianati - Jika ada orang mengkhianati anda pastinya anda mengingatinya. Sama lah juga dengan cinta pertama anda. Bermacam janji telah dibuat dan akhirnya semuanya dusta. Pastinya anda akan mengingatinya.
- Kenangan manis - Dalam banyak-banyak sebab di atas, bagi saya inilah sebabnya mengapa cinta pertama sukar dilupakan. Cinta pertama memberikan anda lebih banyak kenangan manis walaupun pahit akhirnya. Bila difikirkan balik masa cinta pertama pastu anda terasa seperti "Setiap saat dirasakan indah, Setiap minit mahu merenungnya, biar merenung tanpa kata, setiap pandangan mendebarkan hati, setiap waktu bersama terukir senyuman, setiap malam tidur tiada lena..." kan? kan? kan?
2 Januari 2013
senyum itu pengubat segalanya :)
19 November 2012
Langkawi Honeymoon
![]() |
| Abang dlm ferry |
![]() |
| Eagle Bay Hotel |
![]() |
| Laksa sini the best! |
![]() |
| Me n Haji Ismail Group |
![]() |
| Under Water World |
![]() |
| me @ beras terbakar |
![]() |
| peach! @ pantai chenang |
![]() |
| i love u so much! |
![]() |
| Banyak kiriman orang dari sendiri punya... |
![]() |
| Nasi Lemak SALOMA... area Dataran Lang... sedap ye... try la! |
8 November 2012
i Love u chocolate
Tak tahu apa yang nk dikongsikan hari ni... Just nk share... hari ni saja suka2 bagi Huby Surprise... Thanks a lots pada CikPuanQiqi coz tolong me buatkan coklat yg sgt kiutmiut ni bagi tempahan saya... =)
![]() |
| Credit to CikpuanQIQI, detail cikpuanqiqi ni boleh tengok kat bawah ye... :) |
23 Februari 2012
My Hubby~~
Tak tahu apa entry yang aku nk tulis kali ni...tapi hari ni terasa indah lebih dari biasa...Cuma pagi tadi terasa malas sangat nak bangun... then huby yang bangun dulu... biaselah i tengah2 bendera merah ni... mood sangat2 x stabil..huhu... Huby bangun dulu then tarik tangan aku untuk bangun juga... dan ditolaknya aku ke bathroom supaya suruh mandi...huaaaaa aku hate mandi pagi2..hari2 kena paksa dgn huby... teruk x perangai? hahaha... punyela malas hari ni... walhal hari jumaat ni... terbayang dapat bobom best.. lepas mandi... huby pakaikan baju... then sampai la aku siap... Kebetulan mak ada di rumah aku sekarang hanya geleng2 kepala je tengok perangai aku... hahaha memang beginilah dari mula kahwin sampai lah usia perkahwinan kami 3 tahun 6 bulan... cuma xla selalu mcm ni aku...cuma kadang2 bila datang mood malas nak pegi keje.. beginilah jadiknya... bersyukur sangat huby seorang yang penyabar... kalau dia tengok aku sedang termenung tentu dia datang dekat denganku... kalau aku tertidur di waktu senja cepat2 dia kejutkankan.... dan dimandikan aku (sensor sikit ye kat sini) hahaha... mandi saja..xde wat mende2 lain ok... sila fikiran positif... hahaha... dan kalau dia tengok aku sedih...selalu dia dia tarik aku untuk menangis dibahunya... abang.. awak sentiasa sempurnakan hari2 sayang....
Out~! sambung keje.... ^_^
29 Disember 2011
Pengorbanan
''Abang... ayang percaya abang boleh lakukannya. Ayang yakin sangat, dan ayang x kisah berkorban untuk abang'' Aku bersuara memberi kata semangat dengan penuh keikhlasan. Aku benar-benar ikhlas mengungkapkannya... Suamiku senyum dan mengangguk. Aku yakin dengan suamiku.... Dan hari ini aku membaca maksud pengorbanan dia carian google dan aku terjumpa barisan-barisan ayat dibawah..... Pengorbanan itu banyak cabangnya....
''Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain. Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas. Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah. Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan. Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya. Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat. Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati. Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian. Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak. Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya. Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia. Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran. Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.''
Mudah-mudahan pengorbanan yang aku lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah... Aku mahu suamiku berjaya dunia dan akhirat. Abang... tak kisah apa yang berlaku, ayang adalah orang yang paling kuat mendukung impian dan cita-cita abang, ayang adalah isteri yang sanggup berkorban apa saja demi melihat abang berjaya. Kerana ayang amat menyintai abang seluruh jiwa dan raga.. Good Luck Abang!
Ya Allah, permudahkan segala urusan kami nanti.... Amin...
30 November 2009
CASIO for Hubby - Lots Of LOVE

17 November 2009
1st Anniversary - 15 November 2009 @ Bandar Baru Bangi










8 Oktober 2009
I Love You

Maybe I dream too much
But when I think of you
I long to feel your touch
To whisper in your ear
Words that are old as time
Words only you would hear
If only you were mine
I wish I could go back to the very first
day I saw you
should've made my move when you
looked in my eyes
'cause by now I know that you'd feel the
way that I do
and I'd whisper these words as you'd lie
here by my side I
I love you, please say
You love me too,these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Till the end of time
So today,I finally find the caurage
Deep inside
Just to walk right up to you door
But my body can't move when I finally
Get to it
Just like a thousand times before
Then without a word he handed me
This letter
Read I hope this find the way into your
Heart, it said
I love you,please say
You love me too, these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be
Together
Till the end of time
We maybe I,I need a little love
Yeah...
And maybe I, I need a little care
And maybe I, maybe you maybe you
Need somebody just to hold you
If you do, just reach out and I'll be there
I love you , please say you love me too
Please say you love me too
End of mine
These three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Oh... I love you
Please say you love me too
Please, please
Say you love me too
Till the end of time
My baby
Together, together, forever
Till the end of time
I love you
I will be you light
Shining bright
Shining through your eyes
My baby...
6 Oktober 2009
7 Oktober 2009

Today 7/10/09 ,
dan aku rasa terlalu bosan...dan xda semangat. fikiran bagaikan berkecamuk. mcm2 yg aku fikirkan. kejap2 terkenangkan memori silam. dan sekejap2 memikirkan kehidupan yang bakal mendatang. Oh Tuhan inilah kehidupan. Bagaikan sdg berlumba di arus jalanan. suka duka dan tangis tawa lumrah kehidupan. kesenangan dan kepayahan setiap org yang harus ditempuhi walau sesukar mana. Bagaikan sedang bermimpi.... bagaikan baru semlm aku berkahwin... terus meniti kehidupan sebagai seorg isteri. bukan semudah yang disangkakan. pahit maung terpaksa ku telan segala-galanya dengan suami tersayang. benar.... masa benar2 mengajar kita erti kehidupan. semoga hati aku dan suami kuat utk terus menghadapinya.. dan kita harus teguh bersama dalam mengharungi apa jua rintangan. kepada suamiku tersayang walau apa yg berlaku aku kan tetap bersamamu...walau sepahit mana pun akan ku telan...walau semanis mana pun jua..akan ku kongsi sehidup semati dgn mu... walau hatiku adakalanya menangis sendiri...biar ku pendam dalam hati aku sebagai isteri akan taat padamu.... akan terus menyintaimu dan akan tetap membahagiakanmu.... inilah kehidupan sayang
2 Oktober 2009
CINTA tak semestinya MEMILIKI
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
Panduan menghadapi masalah PUTUS CINTA
Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra sewaktu ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. Cinta yang berkualiti dari lelaki memang susah nak dapat sama dengan yang baru dan perasaan terkenang-kenang dan merindu pedih dalam hati sering membuat diri kita tanpa sedar menggugur air mata. Berapa kerasnya hati kita, betapa brutalnya jiwa kita untuk menahan sebak jiwang rasa ia memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh secepat mungkin..Ah lupakan yang lama bina yang baru tak semudah dikata, jujurnya secebis perasaan sayang tentu ada.
Baiklah bagaimana agaknya kita mahu melupakan kekasih lama, bekas suami, bekas isteri, bekas tunang atau bekas kawan baik yang dulu kita cukup sayang..?
1. Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.
2. Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
3. Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.
4. Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.
5. Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
6. Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
7. Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
8. Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif.
Belajar Ubati Kekecewaan
RASA kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.
Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.
Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.
Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:
- Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.
- Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.
-Berfikiran positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.
- Luahkannya
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).
Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.
- Beri tumpuan pada hidup
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.
21 Ogos 2009
Manisnye Berumah Tangga
Aku sekadar berkongsi cerita, semalam sampai sahaja dirumah, terlalu bosan. Apa nak dibuat pun tak tahu. Then g baring atas katil. Panggil hubby, busan duk sorang2. Tetiba hubby keluarkan dam aji...aku punyerla seronok. nak main nak main...!!!! excited nak main dam ni.
Apa lagi aku ngan hubby pun membuka langkah masing2 untuk main dam
Terus lawan...tengah2 main aku ni naik angin. mane taknyer sume askar2 aku ditelannyer. uwaaaaaa..... 3x main asyik kalah je.... aku kate x leh jadi ni. kene fikirkan sesuatu. aisey....ape aku nk buat...
aha...dapat idea...tau x ape yg aku buat....???? jeng3x...
Aku nangis kuat2x....
hahahaha...smpai tersedu2 aku nangis mintak kat hubby bgi aku yg menang. yang hubby terkebil2 tgok wife dia nangis. Mungkin kesian kot, last2 aku yg menang.. yeyeyyyyy wife dia yg menang. hubby mencuka. yerla..terang2 patut dia yang menang, tapi disebabkan x sanggup tengok airmata isteri dia sanggup dia mengalah. itulah kehebatan airmata wanita. Dan kesimpulan yang aku dapat dalam kisah aku ni, indahnya nikmat berumahtangga.
Suami yang baik sanggup berkorban demi melihat si isteri tersenyum selalu dan Suami adalah insan yang paling dekat dihati setiap isteri dan sebaliknya pada si suami. Dialah sahabat, dialah kekasih.....dan dialah insan yang paling layak kita hargai selepas kedua org tua.
Pada suami ku yang tercinta, engkau adalah anugerah Tuhan yang tidak terhingga yang dihadiahkan untukku... your wife..madam nuyul
30 Julai 2009

MORNING… RASE ARINI X BERAPA BYK SGT KERJA NK DIBUAT, SO AKU RASE NK SHARE SIKIT KAT BLOG NI… 4 JUNE 2009 YG LEPAS BESDAY MY HUBBY.. SEHARI SEBLUM TU AKU DAH KAUTIM NGAN ADIK IPAR AKU NK WAT SURPRISE BEZDAY UNTUK DEAR… BALIK JE DRI KERJE , DEAR TEMANKAN ADIK IPAR AKU KE PUDURAYA NK CARI TIKET BALIK KG.
…AND THEN AKU YG KAT RUMAH MASE TU TERUS START KETE ON WAY KE PASARAYA… BELI BRG2 NK MASAK UNTUK PARTY MLM NNTI… SEBIJI KEK UTK MELENGKAPKAN MJLIS MLM NNTI… PUNYERLA PENAT TUHAN YANG TAHU…BLIK JE DRI BELI2 BRG DAH PUKUL 6.30… CAM ROBOT JE… KELAM KABUT..SIAP2KAN SUME…TIUP BELON..MASAK2… LAST2 AKU TERDUDUK JE KEPENATAN… DALAM KUL 9.00 MLM DEAR BALIK UMAH…KITEORG STANDBY KAT UMAH… HEHEHEHE…SURPRISEEEEEE….!
TGOK HUBBY SONOK SANGAT… NYANYI HAPPY BEZDAY NGAN TIUP LILIN..KATE DIE SEUMUR HIDUP ..NI LA PERTAMA KALI BUAT MAJLIS HARI JADI… TERHARU LA TU..KEKEKEKE…. MLM TU RAMAI MEMBER KERJA DIA YG AKU JEMPUT…SESAK RUMAH JADINYE..TPI AKU TGOK HUBBY TERSENYUM JE… APE PUN AKU HAPPY DPT BAHAGIAKAN DIA… YELA SETAHUN SEKALI…MLM TU MAJLIS SELESAI KUL 2 PAGI… PENAT GILER….
PADA HUBBY AKU HADIAHKAN SEUTAS JAM CASIO YANG DAH LAMA DIA IDAM2KAN…BUAT KENANGAN DRI ISTERI TERCINTA..HE3X..BUKAN MAIN SONOK LAGI DIE…...hybby..i love u so muchPerjalanan Yang Panjang
Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...
-
List ni aku jumpa dalam satu ruangan web....errrrr....ngerinyer bila tgok makanan yang selalu aku makan banyak kalori... haiiihh patut la ba...
-
Tik tok tik tok... x sampai sebulan pun lagi aku untuk aku stay di office sekarang ni... Hampir 4 tahun aku berada disini... mencari rezeki ...
-
Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...




















