29 Disember 2011

Pengorbanan

Malam tadi bila hendak tidur, aku membelai rambut suamiku, Aku senyum melihat dia dan suami kembali senyum padaku.

''Abang... ayang percaya abang boleh lakukannya. Ayang yakin sangat, dan ayang x kisah berkorban untuk abang'' Aku bersuara memberi kata semangat dengan penuh keikhlasan. Aku benar-benar ikhlas mengungkapkannya... Suamiku senyum dan mengangguk. Aku yakin dengan suamiku.... Dan hari ini aku membaca maksud pengorbanan dia carian google dan aku terjumpa barisan-barisan ayat dibawah..... Pengorbanan itu banyak cabangnya....

''Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain. Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas. Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah. Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan. Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya. Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat. Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati. Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian. Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak. Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya. Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia. Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran. Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.''

Mudah-mudahan pengorbanan yang aku lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah... Aku mahu suamiku berjaya dunia dan akhirat.  Abang... tak kisah apa yang berlaku, ayang adalah orang yang paling kuat mendukung impian dan cita-cita abang, ayang adalah isteri yang sanggup berkorban apa saja demi melihat abang berjaya. Kerana ayang amat menyintai abang seluruh jiwa dan raga.. Good Luck Abang!



Ya Allah, permudahkan segala urusan kami nanti.... Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...