22 Disember 2011

Aku wanita yg masih belum sempurna

Hati ini tiba-tiba terasa sayu... Airmata terasa ingin jatuh berjuraian... Namun ku pujuk hati, kuatkanlah hatimu wahai wanita... Satu soalan yang sering aku tertanya-tanya... Kenapa susah sangat aku nak mengandung? Orang lain senang-senang je mengandung... Aku tahu aku ni bukanlah sebaik-baik manusia... Tapi aku juga punya perasaan. Bila jumpa orang atau sedara mara macam dah tiada soalan lain melainkan... 

1. Dah pregnant ke?
2. Bila aku nk dapat anak saudara ni?

Tahu tak yang soalan2 kalian tu buat aku terasa sangat hati. Aku manusia biasa dan tak mampu nak menjawab segala yang telah ditetapkan oleh Allah. Aku harap sangat pada orang-orang yang diluar sana janganla bertanya apa-apa mengenai anak pada orang yg belum dikurniakan cahaya mata. Perasaan yg mengalaminya tak siapa yg tahu kecuali diri sendiri. 

Sebulan yg lalu aku dapat berita gembira bila mana aku disahkan mengandung oleh doktor di sebuah klinik... Bersyukur tidak terkira. Sepanjang perjalanan memandu ke pejabat aku mengucap syukur yang tidak terhingga. Selang seminggu doktor minta aku dtg semula ke klinik untuk membuat scan. Aneh langsung tak kelihatan... Aku berdoa dlm hati sepanjang doktor scan diperutku... Aku semakin cemas... Dan akhirnya setelah gagal... aku dihantar ke Hospital Serdang untuk lanjutan. Sebelum aku keluar dari bilik doktor, sekali lagi aku bertanya... ''Doktor, betul ke saya mengandung?" Doktor cepat2 buka buku laporan... ''Betul, awak positif!'' Ada sedikit lega bila dengar jawapan dari doktor. Sepanjang-panjang perjalanan ke hospital serdang aku dan suami tidak putus-putus berdoa agar permudahkan segala urusan. Sepanjang hari berada di hospital, doktor mencuba berulang kali membuat scan namun hampa. Dan akhirnya doktor arahkan aku ambil UPT semula... paling menyedihkan... UPT aku negatif! Hampir aku terduduk... Kuatnya Ya Allah ujian mu ini... 
buku rekod mengandung... sedih bila tiap kali aku melihatnya.. cukupla bahagia itu seketika cuma..

Dulu aku punya kawan rapat.. segala rahsia bertukar2... sama-sama memasang angan2 mempunyai anak. Rezeki menyebelahi Tasha... dia dulu dikurniakan baby... Aku tumpang gembira. Semenjak tu wujud perasaan yg sukar ditafsirkan... Perasaan rendah diri menebal teramat sangat. Sehinggakan wujud jurang semakin luas antara aku dan dia.. Tasha..maafkan aku ye.. bukan tak mahu serapat dulu dengan engkau... tapi aku sedih... dan terasa aku seperti tidak sempurna... Ya... aku wanita yg tidak sempurna.... :( tapi aku sentiasa doakan kau bahagia disamping suami dan anak.... 

ni la Tasha and afif fahri yg sgt comel~!

Ya Allah.... Kuatkanlah hatiku yg semakin terasa lemah... kuatkan kasih sayang aku dan suamiku... 
Disaat ini...airmata benar-benar berjuraian... amat payah untuk aku menahannya.... Lagi-lagi bila mengenangkan aku wanita yg masih belum sempurna..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...