26 September 2012

Adam Dan Hawa

Hurm... rasanya kalau disebut drama bersiri Adam &  Hawa comfirm ramai yang tahu kan tentang drama dan novel yang sedang meletup2 ni... termasuk lah aku, yang aku rasakan telah menjadi sangat obses dengan drama dan novel ni. Setakat ni dah sampai ke episod 18 dah drama ni. Takde 1 episod pun yg aku tinggal... he3... fanatik gitu. Ok, macam mana ek aku boleh terjatuh cintaaaaaaaaa dengan novel dan drama ni? ok macam ni, mula2 baca novel adam hawa ni... mula2 tau novel adam hawa ni dari anak saudara aku. beria-ia dia beritahu aku tentang ke'best'an novel tu... ok, aku yang mendengar pun rasa alahai teruja la pulak kan. Dan secara baik hatinya anak saudara ku itu meminjamkan novel adam hawa tu... Dah tu , anak saudara aku beritahu lagi, novel ni nak di dramakan... then dia sebut lagi hero drama tu nanti Aaron Aziz. Omg! mahu jerit ok... Aaron aziz? hu3... comfirmla akan ku tengok drama ni... Peminat fanatik Aaron Aziz okey! :)



Nadiya Nissa a.k.a Ain Hawani & Aaron Aziz a.k.a Adam Mukhriz
 Ok, meh saya share sinopsis Novel dan Adam Hawa ni ek...


''AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...''

Hah? Apa macam? best x sinopsis dia..... layan ok...  =) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...