8 November 2012

Hati berbelah bahagi

Hari ni hari ke 6 aku berada dalam kerunsingan memikirkan sama ada hendak terima atau tidak tawaran Politeknik tempoh hari. Ya Allah, inilah kali pertama aku rasa satu keputusan yang susah sangat untuk ku buat... susah sangat untuk ku pilih... dan susah sangat untuk ku nilai. Mungkin ianya disebabkan kisah cinta dan pengorbanan. Walaupun suami dah pun beri laluan hijau untuk ku menyambung pelajaran... tapi tegarkah aku? Hampir 5 tahun aku bersama suami... tegarkah aku meninggalkan dia? Memang... orang akan kata.. bukan lama... 2 tahun saja... yes! 2 tahun! pejam celik pejam celik sudah 2 tahun! tapi mungkin bagi org yang tak pernah rasa ditinggalkan akan kata 2 tahun adalah tempoh yg singkat! Tapi x bagi aku...! 2 tahun? tahu x... dalam tempoh 5 tahun kami bersama... x pernah suamiku tinggalkan aku... hobinya yg suka tengok bola dengan kawan2 pun ditingalkan..semata2 tidak mahu aku bersendirian... Tambahan pula aku dan suami satu tempat kerja.. pergi kerja sama.. hampir setiap hari suami hantarkan makanan pada ku... kalau ku sakit, ubat sakit pun turut dia belikan dan hantar padaku... balik kerja pun bersama suamiku.. sabtu dan ahad pun sekiranya suami aku kena bekerja lebih masa, memang aku yg offer diri untuk hantar dan ambil dia kerja..walaupun dia boleh drive sendiri... hampir 5 tahun beginilah rutin ku... dan sekarang...tegarkah aku? Ya Allah... aku benar2 tersepit dengan perkara yang sengaja aku sendiri buat sebelum ni... kalau ku tahu aku dapat tawaran tu...aku sendiri xkan aply... dan aku pun xkan jadi sebingung ni... xkan jadi sebuntu ni.. dan xkan jadi gundah gulana seperri ni... hurm..... aku bosan memikirkan...


Surat tawaran politeknik sudah beberapa kali aku keluarkan dari laci... namun x ku isi borang jawapan... dan untuk tengok surat tawaran tu pun aku x sanggup. Risau lebih kuat dibelit kekeliruan... Ya Allah... kuatkah aku?

''Knowledge is important''.... tu satu perkataan yg aku masih teriang2 sampai sekarang... rata2 kawan aku sangat suka aku menyambung pelajaran... namun ada juga yg suruh aku menilai semula dgn keputusan yg akan dibuat.. aku pun x pasti... siapa yg benar... siapa yg tidak... namun aku yakin...setiap pandangan dari kawan2 aku semuanya untuk kebaikan aku juga..  Betul... hanya dengan ilmu hidup akan berubah... tapi aku juga takut untuk membuat perubahan terbesar dalam hidupku.... Peluang ni hanya sekali dalam hidupku... hanya sekali ianya datang... dan aku takut kalau satu hari nanti, aku menangis menyesali akibat keputusan yg aku buat... Beberapa kali aku cuba bertenang... Ya... mungkin sekarang aku berada di ZON yang selesa... dengan gaji yang dicampur dengan suami sememangnya cukup untuk meletakkan aku dan suami berada di ZON selesa... tapi aku juga tahu... kita sepatutnya tak boleh sentiasa fikir dan sentiasa puas berada di ZON selesa ni... x boleh... sebab ZON selesa ni tak menjaminkan keselesaan ini akan kekal dengan kita hingga akhirnya... teringat juga dengan kata2 seorang kawan ku ni... ''Jangan cepat meletakkan diri kita berada di ZON selesa'' dan ''Untuk mendapatkan sesuatu, perlu lakukan perubahan, dan x kan rugi apa2 kalau kau sambung ke poli'' Hurm.... memang semua perkataan itu yang membuatkan hatiku dan jiwaku berkecamuk yang teramat sangat...


Dalam sedang aku memikirkan semua ini, 1 per 1 proses tawaran telah ku buat... antaranya salinan sijil2 dah pun aku minta kawanku tolong copkan pengesahan... aku pun x faham... kalau hatiku x mahu pergi.. kenapa mesti aku buat perkara2 ni? huh..... sebab ku tahu... jauh disudut hati... menggenggam segulung diploma adalah impianku... bergambar konvo dengan suami adalah cita2 ku... aku mahu keluargaku bangga dengan pencapaianku... itu impianku...itu cita2 ku... namun dalam waktu yg sama... aku x mahu melukai hati suamiku... aku x mahu suamiku susah Ya Allah... aku x mahu suamki sedih Ya Allah hanya kerana cita2 dan impianku ini... dan aku x mahu suami berjauh hati denganku Ya Allah, kerana dia adalah ciptaan-Mu yang terbaik sebagai peneman hidupku...

Ya Allah... berikan aku petunjuk-Mu Ya Allah... Lapangkan dadaku...
Andai ini tawaran terbaik untuk...Kau permudahkan semua urusan2ku nanti ya Allah... andai sebaliknya.. aku Redha... Mungkin ianya terbaik seperti mana yang telah Engkau rencanakan untuk kami suami isteri...
Amin.... Amin... Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...