Tawaran Politeknik

Alhamdulillah... Syukur sangat2 sebab permohonan aku untuk sambung study diterima... Permohonan yang saja2 aku isi rupanya rezeki utk aku kali ini. Mula2 semak keputusan memang terlopong sekejap...

Alhamdulillah, berkali2 aku mengucap syukur pada Allah...
Lepas je aku semak tawaran ni, otak aku ligat berpusing. Memikirkan kerja sekarang, memikirkan suami, memikirkan keluarga, memikirkan loan kereta. Semuanya bergabung menjadi satu. Lagi menakutkan bila aku terfikir apa jaminan aku dapat kerja lepas habis belajar 2 tahun nanti... hurm... semuanya bergabung sedaya upaya untuk membuatkan hatiku memberontak. Berperang dengan keadaan. 

Orang pertama yang aku hubungi untuk minta pendapat tentang perkara ni tentunya suami ku sendiri yang masa tu berada ditempat kerja, dan aku dirumah. Dan suamiku ckpm nnti malam lepas dia balik kerja kami duduk berbincang... Alhamdulillah, suami x menghalang, dengan syarat aku mesti belajar betul2 dan dapatkan keputusan yg baik. Aku renung wajah suami, kehairanan pun ada... betul ke suami aku izinkan? habis tu, loan? kerja? semua macam mana... dan kami pun berbincang... dan akhirnya suami aku bagitau, kalau aku jadi sambung belajar, besar kemungkinan, persona sekarang akan ditred-in... dan maybe kami akan ambil kelisa saja. Untuk kemudahan aku berulang alik setiap hujung minggu dari Sabak Bernam ke Kajang. Ada sedikit kelegaan bila suami boleh terima... dan memikirkan kami yg belum ada anak... suami x begitu berat hati nak lepaskan aku pergi... dan kemudian, aku tanya lagi suami... ''kenapa abg bagi sayang pergi?'' memang tu yg aku nk tau... 
''Sebab, abg x belajar tinggi... biarlah syg yg belajar tinggi.. yang penting niat.. susah sekejap je utk 2 tahun, masa depan? kita x tahu kan. Rezeki tu ada... syg jangan pandang belakang dah.. pandang depan dan terus je masa belajar nanti... '' Ayat2 abang tu memang cukup puaskan hatiku dan cukup membuatkan aku untuk sebak yang teramat sangat. Berulang kali aku ucapkan terima kasih buat suami tercinta... =)

Aku ada tempoh dalam 12 hari saja untuk memberi maklumbalas pada pihak politeknik samaada aku terima atau tolak tawaran ni... mudah2an Allah memudahkan segala urusankan nanti... Dan ku cuba buat sebanyak mungkin solat istikharah untuk Allah tunjukkan jalan... Andai ini yang telah Allah tetapkan untuk ku bagi mengubah kehidupanku satu hari nanti, akan ku tempuh dengan hati tabah dan Redha... 
Amin... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumlah Kalori Dalam Makanan

Langkawi Honeymoon

Make-up KERETA