07 JANUARI 2010
Aku bersiap seawal mungkin untuk menghantar adik ke sekolah pagi ni. Al-hamdulillah adik aku baim diterima masuk ke form 5 SMK Bandar Baru Bangi, Selangor. Walau pada mulanya aku mula putus asa kerana lebih 3 bulan tidak menerima apa2 respon dari Jabatan Pelajaran Negeri. Aku hantar baim dengan kereta. Cuma aku seorang yang hantar memandangkan hubby masuk kerja awal. jadi dia x dapat ikut. Sampai sahaja ke sekolah terus ke pejabat selesaikan urusan yang tertunggak.
9.15 pagi
Aku terpaksa menuggu hampir 2 jam untuk berjumpa dengan guru yang akan menentukan kelas baim. Sambil tu aku membelek salinan keputusan baim. Sedih rasanya, pelajaran dia memang terabai. Hampir 80% gagal. Sedih.... sambil tu aku x habis2 membebel pada baim. Aku harap dia x kan sia-siakan masa setahun yang ada ni. Dia mesti berusaha lebih dari orang lain. Harapan aku sangat tinggi melihat peratusnya bertukar ke arah positif.
9.25 pagi
Akhirnya cikgu Zaidah yang aku ingin jumpa datang ke arah aku. Dia sendiri terkejut melihat result baim yang sangat teruk. Aku malu sangat..malu teramat sangat. Dan dihadapan cikgu tu aku luahkan apa yang terjadi sebenarnya pada baim. Dari awal darjah satu terus dihantar ke sekolah asrama anak yatim. Mak sedara terlalu tua untuk menjaganya. Aku sedih. Disebabkan ayah dan ibu yang bercerai adik2 berterabur. Pelajaran terumbang-ambing. Aku sedih dengan apa yang berlaku. Lahir dalam keluarga yang porak peranda. Dan aku sebagai anak sulung memikul 1000 tanggungjawab. Semuanya aku pendam sendiri. Andainya aku kaya dari seawal dulu sememangnya aku xkan biarkan adik2x memasuki asrama anak yatim. Pelik kan dengan ibu dan ayah aku? mereka masih hidup! masih kuat! Tapi 1 sen pun tak pernah mereka berikan pada aku dan adik2x enam beradik yang lain. Yang ada hanya Mak saudara yang tulus hatinya dan maksu. Entah macam mana aku menangis di hadapan cikgu Zaidah. Mungkin gagal melawan perasaan. Aku sedih bila mendengar dia berjanji akan sama2x menolong aku untuk membantu baim dalam pelajaran. Mulianya hati seorang guru.
9.40 pagi
Aku memandu untuk terus ke office dengan hati yang suram. Nafas yang kemudian aku tarik dalam2x. Lumrah kehidupan. Aku xkan biarkan lagi orang merendah2kan adik2 aku. Cukuplah dengan orang yang menghina aku dan adik2 disebabkan sikap ayah dan ibu. Itu janji aku. Pada suami tercinta pengorbanan abang yang sanggup memperjuangkan nasib adik2 ayang akan ayang kenang sehingga ke akhir hayat. Tak kan aku jumpa lelaki semulia hatimu...Semoga pengorbanan abang dan aku berbalas satu hari nanti. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan