8 Februari 2012

ANN CONCEPT RESOURCES

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ANN Concept Resources telah pun selamat didaftarkan di SSM. Aku dan huby meluangkan masa time lunch semalam untuk lari sekejap ke MPKj. Inilah salah satu azam aku bermula dari tahun 2011 lagi... dan semalam ianya menjadi kenyataan. Kenapa aku pilih nama ANN sebagai perkataan pertama? A=Ajak, N=&, N= Nurul... : Ajak & Nurul :)


Dan Misi yang seterusnya adalah mencari kedai yang bersesuaian, aku dan huby still lagi tercari-cari lokasi menarik dan yg penting harga berpatutan, maklumlah bisnes baru nak bermula secara serius... Peralatan2 untuk perniagaan ada yang dah aku dan huby beli sebelum ni... Tentu kalau yg baca entry Pengorbanan aku sebelum ni kurang faham apa maksud pengorbanan yang aku cuba sampaikan kan... inilah pengorbanan aku yg sebenar-benarnya pada masa depanku dan suamiku.... Hampir kesemua bonusku sebelum ni aku belanjakan untuk membeli brg2 keperluan perniagaan yg kami jalankan sekarang. Rezeki agaknya bonusku tahun ni alhamdulillah berlebih2 dari apa yg aku jangkakan... ANN Concept Resources memberi perkhidmatan kitchen cabinet, hiasan dalaman, perabot rumah, perabot pejabat, barangan hiasan rumah dan dinding dan segala yg berkaitan dengan interior design. 
Mudah-mudah Allah permudahkan urusan aku dan suami.... :)

Kami tak mahu toleh ke belakang lagi..... ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...