15 Ogos 2010

Penipu Email

Aduhai....pepagi cek email dapat email yg x sepatutnya.... ishhh semak btul mailbox aku... xpe2x...nk share sikit ngan korang.... ni adalah2 satu sumber penipuan yg wujud... ish2x... manusia di akhir zaman.... (untuk baca dengan lebih jelas...klik image ye...atau baca je kt bawah tu...dh siap saya copy paste.... :))

''Assalamualaikum

Saya adalah Nur Fatima Binti Abdullah, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di HSBC Bank, Amerika. Saya adalah seorang Pengurus Besar di Bahagian Audit Dalaman.

Dengan rasa hormatnya, saya memohon kepada anda untuk menganggap segala isi kandung “mail” ini sebagai amat peribadi dan menghormati integritinya.

Atas siasatan terperinci yang hanya saya seorang saja individiu yang mengetahui latar belakang anda, saya dengan ini ingin memberi informasi yang saya tahu anda akan sangat berminat dan cenderung serta berupaya membantu.

Saya sedar anda pasti tertanya mengapa anda di pilih untuk segala ini. Oleh itu, saya mohon anda meneliti apa jua yang akan saya bentangkan selanjutnya agar dapat memahaminya.

Memandangkan keadaan yang sudah runcing kini, saya ingin meminta bantuan dan kerjasama anda untuk mendapatkan sejumlah wang yang yang telah berada dalam akaun 'dormant' saya sejak tahun 2002 lagi. Wang ini saya perolehi dari Amanah Wasiat , dimana 40% akan di serahkan kepada anda sebaik ianya di sahkan berada dalam akaun pilihan anda. Wang ini berjumlah US$1.5 JUTA. Baki sebanyak 60% lagi adalah milik saya. Kerjasama anda untuk mendapatkan wang warisan ini adalah kerana Pemegang akaun ini yang merupakan seorang Usahawan berbangsa Iraq telah pun meninggal dunia dan beliau tidak meninggalkan seorang waris pun. Informasi ini telah saya dapati ketika saya melakukan tugasan Audit Dalaman ketika itu.

Saya tidak di benarkan membuat sebarang tuntutan kerana posisi saya tetapi saya sememangnya boleh membuktikan kepada Bank bahwa saya dalah Pewaris sah kepada wang tersebut.

Anda hendaklah bekerjasama dan membantu saya dalam kes ini kerana jika tidak kesemua wang tersebut akan di serahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara, apabila tiada tuntutan di buat dalam jangka masa yang di berikan.

Segala informasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil akan saya beri secara terperinci apabila anda cenderung untuk membantu saya.

Kepercayaan dan keyakinan lah yang akan membuahkan hasil yang lumayan.. Walau pun jumlah yang diberikan mungkin kecil dari kaca mata anda tetapi ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tidak di sangka. Jika di biarkan ,wang itu akan lupus begitu saja. Keikhlasan anda dalam membantu saya dalam tuntutan ini amat saya hargai dan harapkan di mana kita sama-sama akan memperolehi keuntungan.

Jawapan anda terhadap kes saya ini hendaklah di salurkan melalui E-mail peribadi saya iaitu nurfatimabintiabdullah@rocketmail.com Ini sangat penting dan apa jua informasi seterusnya akan saya beritahu kelak.

Jutaan terima kasih di atas masa dan perhatian anda.

Wassalam

NUR FATIMA BINTI ABDULLAH''

Manusia di akhir zaman.........mcm2 cara yg dorg buat utk menipu...nk kaya cepat... kepada kwn2 sekalian jangan mudah terpedaya... ini baru satu jenis... rasanya bermacam2 jenis lagi cara penipuan yg rancak dilakukan yg kita tak tahu dan sedar.... be careful... :))

14 Ogos 2010

Me & Lim

14 August 2010

9.00 pagi

Seawal pagi Lim call mengingatkan aku cepat bersiap... aku terkebil2 bangun terus capai tuala dan mandi... turun sahaja di perkarangan bawah apartment aku tgok Lim Tai Lin dan suaminya Hek kek keong sedang asyik melayan anaknya xixi main papan jongket di taman permainan. Pada mulanya aku agak berat hati untuk menerima ajakan Lim untuk ikut dia ke satu tempat. Tambah pula huby x ikut... aku ni jenis susah sikit nk keluarga kalau tanpa huby.... :) Tetapi sebab dah dipujuk banyak kali....akhirnya aku turut. Seperti biasa.... aku memang rapat dengan Lim... aku suka dia.... dia baik dengan semua orang... hampir semua org di office suka berkawan dengan Lim. but aku yg paling rapat... if aku sedih aku akan cari Lim... if Lim sedih pun dia akan cari aku.... Memang kami rapat...

10.00 pagi...

Sebelum tiba ke destinasi yg dituju (desa petaling) kami singgah dulu ke kilang kepunyaan husband Lim. Menunggu family Lim sekeluarga..mereka juga akan sama follow ke tempat dituju... disitu aku berkenalan dengan family Lim sekeluarga... mereka juga baik2 org nya.... :)

10.30 pagi
Akhirnya kami tiba di destinasi yg dituju... Rupa-rupanya Lim dah buat appoitment dengan pakar pemakanan untuk kesihatan badan untuk aku dan family dia... :) So semua nya sekali menjalani proses untuk menguji tahap kesihtan badan... Tinggi... berat... dan sebagainya... dan turut diberikan nasihat dari pakar apa yg aku boleh makan dan x boleh makan dalam proses penurunan berat badan... Aku hapy sangat mempunyai kawan yg betul2 sanggup berkorban masa utk aku.... aku sendiri x terfikir mcm tu... satu perkataan yg xkan aku lupa dari mulut Lim sampai bila2x...... ''Nurul... i try the best utk tolong u kuruskan badan.... i nak u perfect!''
Aku hampir menangis masa Lim cakap macam tu.... My God...aku dipertemukan oleh Tuhan dengan kawan yg baik hatinya...walau dia bukan sebangsa namun aku gembira... Dan bermulalah titik semangat aku utk meneruskan diet mengikut nasihat pakar.... Then Lim berjanji akan bawa aku 2 minggu sekali berjumpa dengan pakar tersebut untuk follow up kesihatan diri.... dalam hati aku berdetik....''berapa ramai kawan yg sanggup berkorban masa dan wang untuk mengambil dan menghantar aku kerumah semata2x utk aku sihat dan hapy? diulangi...tanpa aku mengeluarkan duit sesen pun.... kajang ke desa petaling...

( Lim & Me)
12.45 tengahri

Kami akhirnya selesai proses kaunseling... family Lim dan anaknya xixi pulang dahulu... kerana aku, Lim dan husband Lim masih ada urusan yg perlu dilakukan..,, Aku x tahu kemana destinasi seterusnya... tpi yg pasti aku tgok jalan bukan menuju ke kajang.... Then aku pun bertanya pada Lim... kemana nk pergi? Lim dan husband dia senyum....

Lim cakap '' I nak bawa u pergi ambil product... i beri u free... i ikhlas tolong u....''
Aku cam pelik....product apa...? hurm aku ikut saja....
Kereta menuju ke puchong pula.... area di Tesco Puchong.... sampai sana kami masuk ke pusat Easy-phamax... aku hanya mengekor Lim ....

''Nurul... u makan ni untuk buang toksin dalam badan u.... baru diet u cepat turun...''
Lim menghulurkan 2 kotak product... aku belek2 product tersebut....hampir aku melopong.... harga 1 kotak RM 300 dan satu lagi berharga RM150.... total RM 450..Belum sempat aku cakap apa2.... Lim lebih dulu mencelah... '' u jangan risau... ni free bagi u... i nak u kurus''. Aku gamam sekejap.... nak menangis usah nak kata la.... sebelum ni aku selalu mengadu dengan Lim tentang badan aku yg semakin meningkat... pernah juga aku menangis kadang2 putus harapan... :( tpi Lim adalah satu-satunya kawan yg mendengar dan membantu aku, memberi semangat yg x semua kwn2 lain boleh lakukan.... :) i syg u Lim... sebb u the best kawan i.... :)

2.30 petang

Kami bergerak balik menuju ke Kajang... dalam perjalanan balik sedang asyik ketawa dengan Lim...tiba2 Lim tanya...''Nurul... selasa ni u free x?'' aku angguk kepala mengatakan aku free...

''Why? '' aku bertanya seakan pelik....

'' I nak pergi rumah u... lepas balik kerja... i bawa osim machine tolong u pecahkan lemak2 badan...kita buat di rumah u senang sikit''. Kali ni aku xdapat tahan sebak.... ''Lim ...x payah lah...u dah banyak tolong ni... lagi u nak tolong bawa machine osim ke rumah i...'' aku mula2 nk menolak... malu sebenarnya... dia terlalu baik...betul2 dia mahu aku kurus... Husband Lim senyum sahaja... ''No no no... i mesti tolong u... x pa...i jadi u punya sliming center ye...'' Lim senyum... aku mengangguk.... ikut hatiku....aku nk peluk Lim masa tu juga... dlm hatiku berbisik lagi... aku terhutang budi pada wanita itu.... Dear Lim...if u baca blog i ni... i nak u tahu... i hapy menjadi kawan u... Thanks a lot atas semua support u selama ni pada i... budi baik u xkan i lupa smpai bila2.... i akan hargai setiap pengorbanan masa dan wang yg u beri pada i semata2 nk i hapy dan kurus.... betul... i xkan jumpa kawan sebaik ku lagi... love u friend.... :)

3.30 petang

aku smpai dirumah... agak letih seharian... tertidur aku sambil menunggu huby balik kerja... untuk berbuka puasa sama2x... smpai huby dirumah... aku ceritakan gembiranya aku hari ni... huby senyum juga mendengar aku bercerita... ''apa saja asal ayg bahagia...'' Huby cium dahiku...
Terasa indah hidupku disamping suami tercinta dan kawan yg menyanyangi aku.... Lim.... :)

10 Ogos 2010

Ahlan Ya Wasahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi ruang kepada aku dan umat islam yang lain bagi menambah amalan kebaikan..... Amin.... Selamat Datang Ramadhan... =)

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...