30 Ogos 2010

Aku Bangga Menjadi Anak Malaysia


30 Ogos 2010

- Lebih kurang pukul 11 malam, aku dan suami bersiap menuju ke downtown Jln Reko, Bandar Baru Bangi. Tengok keadaan terlalu sesak. 5 -6 kali berpusing mencari parking... sesak betul malam tadi... Baru aku teringat, patutlah keadaan di downtown terlalu ramai, esok kan cuti.... cuti KEMERDEKAAN ke 53 MALAYSIA. :) tambahan pula dengan hari raya yg akan menjelang hanya seminggu lebih saja lagi. Downtown di situ panjang... bermacam2 yg ada dijual....Aku mengagagak lebih seribu manusia yang berada disitu ketika itu... jalan pun terhenti2...berselisih bahu....terlalu ramai... aku juga tak ketinggalan mencari tudung raya :D Thanks sayang huby coz belikan me tudung....

Tiba-tiba suasana dipersekitaran dikejutkan dengan bunyi DJ crew yang bertugas.... dengan bilangan....

10..9..8...7...6...5...4...3...2...1 MERDEKA!!!!!!

secara serentak semua yang ada disitu melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Aku juga tidak ketinggalan. Dan kemudian Lagu Negara dinyanyikan. Tatkala inilah hatiku tersentuh. Tanpa sedar aku menangis... tahu kenapa? Semasa Lagu Negara ini dimainkan, semua pelanggan dan penjual yang berada disitu berdiri tegak. Tak ada sesiapa pun yang berjalan. Yang berjual terus mengunci mulut. Yang sedang sibuk memilih baju turut berhenti seketika... yang sedang duduk melepak turut bangun memberi rasa hormat...Turut menyanyikan Lagu Negaraku. Dalam keadaan manusia yg sibuk melayan nafsu membeli belah, mereka melupakan untuk seketika semata-mata untuk menghormati Lagu Kebangsaan. Masa itu terlalu sukar untuk aku gambarkan. Hatiku berdetik, Aku bangga menjadi Rakyat Malaysia. Suasana masa tu betul2 meruntun hati aku. Aku menitiskan airmata. Hiba terasa. Inilah pertama kali aku merasakan indahnya KEMERDEKAAN itu. Kagumnya aku dengan manusia yang ada di situ.... Lebih kurang 15 minit pertunjukan dianjurkan oleh crew downtown disitu... sangat meriah... menyambut dalam kesederhanaan. Tapi ianya adalah paling bermakna dalam hidupku....

Kepada seluruh rakyat Malaysia.... sama2lah kita menjaga keharmonian negara ini. Hentikan segala propaganda yg dapat merosakkan ikatan perkauman yg telah sedia ada... Walau aku tak punya pengalaman dalam menghadapi peperangan, tetapi cukup untuk kita membayangkan seksanya kehidupan sesetengah negara yang pada waktu ini hidup dlm kesengsaraan tanpa Kemerdekaan... Dijajah oleh mereka yang tamakkan kekuasaan...

Rakyat Malaysia....Hargai Kemerdekaan yg kita kecapi hari ini.... Ingat,,,nilai Kemerdekaan tiada tolak bandingnya....

Aku bukan sesiapa.... cuma sebagai Rakyat Malaysia biasa....

Malaysia....
Aku bangga menjadi anak jatimu...

27 Ogos 2010

3 in 1.... (stress, ramadhan, Xixi) ^_^

oh tersangatlah bosan... sangat2 bosan... bersendirian... huby kerja... no choice melainkan memerap di bilik ni... rasanye semua kerja rumah dah buat semalam... persiapan nak raya... langsir sume dah cuci... tinggal nk pasang balik je.... habuk2 semua dah dilap... excited nak raya...hahahahaha

so hari ni.....sedang mencari kerja nak dibuat.... hurm... bestnya if dapat berbuka puasa dengan mak kat kg... xpe2 sabar ye.... menghitung hari nk bercuti ni... mom..i miss u so much!!!

Adoi...ape lagi nak dibebelkan hari ni... xde idea... OMG! stress sangat duduk dirumah... nak keluar???? no no no.... xde feel langsung keluar if huby tak ikut sekali.... hohohoho...(berkepit je la kan) ape2 pun aktiviti nk keluar mesti tunggu huby balik....aiseymen....

cuit sikit bulan Ramadhan.... Tahun ni Ramadhan rasa sekejap sangat... lip lap lip lap... tinggal seminggu lebih je lagi nk beraya... sedih juga nk meninggalkan bulan Ramadhan... Bulan Ramadhan la paling meriah bagi aku dan rasa2 buat semua yg beragama Islam.... Same2 la kita menambah amalan dibulan yg mulia ni.. :)

Dan aku menanti sesuatu.................... ^_^ huhuhuhuhu... moga2 cepat2 sikit si XIXI keluar ye.... x sabar menanti kamu.... dan hampir2 membuat jantung ku luruh.... alhamdulillah loan aku approve.... :) termakbul juga impian aku nk ada XIXI sendiri.... sedang menanti masa,.... semoga semuanya berjalan lancar... boleh ku bawa my best friend Mis Lim bersiar2.... :)

18 Ogos 2010

Pengakuan seorang suami Mithali

Cerita yang ingin dikongsi bersama: **sumber dari satu blog lain :)

Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.

Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang.

Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.

Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop….

Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling. Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan. Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.

Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar
gaji dia seumur hidup?

ikhlas dari tuan punya blog : Renung2kan.... :)

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...