13 Februari 2011

Surat Cinta Lagi

Salam Isnin semua.... haaaa lame beno aku x update blog ni. busy sgt2... aku sesibuk kaun cina yang turu sekali meraikan CNY! yeah.... Gong xi Fa Cai for all my chinese friend.... :) Jgn lupe bagi me angpau ok! hehehehe ^_^


Ok... kalau dah lame x buka email tu...faham-fahamlah punyalah byk email...yg mengarut-ngarut lagilah byk... tapi kan dalam byk2 email tu... ada satu email tu yg buat aku geram. tiap kali delete sure ade lagi... pengirimnya x putus-putus duk hantar kat aku. Serius! semak ok! Aku rasa sure ramai lagi dpt email macam ni.... ha.... betul x ? janganla dipercaya perkara mengarut2 dan tidak masuk diakal ni. Jom bace sikit apa yg dikirim oleh beliau ini....


Salam,

Saya Azimah Binti Alias, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini. Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (THULITE LIQUID). Para Thulite Liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan, memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.


Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini UK ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala. Saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli.
Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.


Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah $4,200.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah $2,100.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons. Saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat. di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai. Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.




Wassalam...

Azimah Binti Alias

END----

Ha.... korang tau x ape last2 aku reply kat dia? gini....

''Salam...saya berminat tetapi boleh x sertakan Nama sebetul anda, No. Kad Pengenalan anda untuk saya refer pada badan-badan yang berkaitan. Terima Kasih''

Hahahahahahahaha..... gedix sangat kan nak menipu... terus dia xde antar email macam tu dah kat aku.... kalau nama sebetulnya dengan no ic pun dorg x boleh bagi.... tu nampak sgt penipu di internet ni berleluasa.... fikir2kan... and jom sambung koroje..!
caw cin caw! adios!

Photobucket

26 Januari 2011

Siapa aku?

Salam Khamis buat korang semua... actually hari ni xde topik yg nak aku ceritakan... tapi still nak update blog ku ini... kalau camtu... sure rasa ra
mai x bape kenal aku ni...terutamanya bagi org yg baru2 kenal diri aku... ok jom aku citer detail sikit... yg x berminat tu... jangan bace ek...hikhikhik

Siapa aku? Nama saya nor rulhuda...panggil nurul ok! or huda pun ok!
Umur? 25 tahun baru ye....
mude lagi... :P

Aku dah pun berkahwin 2 tahun yg lepas... merupakan anak sulung dari 7 orang adik beradik. Dibesarkan oleh mak saudara di kampung.... semenjak kecil ayah & ibu dah berpisah... x mengapa... aku dan adik beradik boleh hidup sendiri... nasib punya mak saudara yg sayangkan kami lebih dari anak sendiri... mulia hati wanita itu...
( yg berkerusi roda ni la mak saudara ku.... aku sayang sgt ngan mak!)

aku luaran nampak seperti garang dan sombong... tapi kalau betul2 kenali aku... aku adalah seorang yg periang... sayangkan kawan2x...

satu je yg negatif tentang aku... kalau aku xde mood jangan sesiapa yg ganggu... sebabnya... aku boleh mengamuk atau marahkan sesiapa tanpa sebab... so jangan buat lawak bodoh masa aku marah... xpasal2 jadi lain nanti...

satu perkara yg aku x boleh lupa... masa form 3 dulu adalah sorang mamat tu... selalu wat aku sakit hati... aku ni bersabar je...sabar je... sampai satu tahap.... aku mengamuk sserang mamat tu yg sedang berdating dengan aweknye... x peduli dah masa tu... itu kalau sampai satu tahap dah aku x boleh nak bersabar... maybe sebab aku ni anak sulung kot... ade rase xbetul..
aku akan rasa nk marah... jadi insyaAllah aku xkan jadi mangsa buli...hehehehehe

family? aku sangat sayangkan adik-adik aku... sayang sangat dengan mak saudara aku... sayang sangat dengan husband aku... bagi aku merekalah nadi hidupku...
macam tu juga kawan2ku... nama2 yg x boleh hilang dari hidupku sebagai kawan2 baik aku... Ella, Aton, Fadzlinur, Tasya, Ms Lim, Lidiawati... aku sayang sangat mereka2 ni... mereka adalah kawan masa susah dan senang aku...



Tentang sikap yg aku x suka??? satu je, aku paling x suka kalau orang tak reti hormat orang lain.... tambah2 kalau kurang ajar dengan orang tua tanpa bersebab... jenis aku senang je... kau x kurang ajar dengan aku.... sure aku akan respect kau... but kau kurang ajar dengan aku...automatik kau bukan tersenai dalam senarai kawan2 aku...okeyh??!

pendapat aku tentang lelaki? erm...lelaki bagi aku ada juga yg boleh dibuat kawan... terutamanya kawan seoffice aku ni.. Rashid nama dia... dia baik je dengan aku...

(haaa...yg berdiri disebelah aku tu la Rashid... tengah2 dup dap tunggu masa nak naik pelamin tu... hehehehe)

satu lagi yg aku x suka berkaitan dengan lelaki ni... aku x suka kalau perempuan terjumpa lelaki automatik perempuan tu jadi macam agar2x... u all know agar2x??? jeli??? haaa.... gitulah! ade gak aku terjumpa dengan perempuan yg berperangai sedemikian rupa... kalau dgn perempuan dia leh suka2 hati marah dan sombong... tapi bila dengan lelaki... dia akan berubah...menjadi bak perempuan melayu terkahir... ish! hipokrit betul!!

Apa lagi tentang aku??
Ha.... yg ni maybe ada sesetengah yg tahu dengan x tahu kot...hikhik... teringat masa zaman2 sekolah dan kolej dulu...

(yg ni pula kenangan masa aku menyertai pertandingan bersajak di kolej dulu...
dapat johan ye... rezeki2x...)

aku suka menyertai pertandingan2x seperti Tilawah Al-Quran, Nasyid, Bersajak, Menyanyi dan sebagainya... Tentang tilawah Al-Quran tu pernah sampai daerah manjung je...
tapi nasib x berapa baik...tewas di peringkat daerah. Mak saudara la yg
banyak mengajar aku mengenal hurup alif, ba dan sehingga khatam Al-Quran. Terima kasih mak.... turunkan ilmu tak terhingga pada saya.... Aku mula menyertai pertandingan Syarahan pada usia 6 tahun.... Tajuknya sampai sekarang aku ingat...
''Ibu Bapalah Yang Mencorakkan Anak-anak''

Macam tu juga dengan Nasyid... Aku pernah menjadi vokalis utama bagi kumpulan nasyid guru-guru KAFA untuk menyertai pertandingan nasyid yang diadakan di Manjung pada tahun 2007... masa tu aku mengajar di KAFA untuk tempoh beberapa bulan... dari kecil aku dibesarkan dengan KAFA... arwah bapa saudaraku merupakan guru besar KAFA di parit, perak... Mak saudaraku juga merupakan ustazah di KAFA...

( tu yg berdiri di tengah2 tu....hikhikhik...ni gambar kenangan masa menyertai festival nasyid di manjung)

(yg ni pula...kenangan dengan anak murid masa mengajar di SAR batu 16, ayer tawar dulu2x)

So... tu lah sedikit sebanyak tentang diri aku.... nak lagi tahu jumpa dan berkawan dengan aku ye... :) InsyaAllah dari hari ke hari aku akan cuba perbaiki diri untuk menjadi lebih baik...
Semua manusia buat silap... Tapi jadikan kesilapan itu satu pengajaran... Harap jangan diulangi semula... Amin...

doa aku... semoga yg mengenali aku dan mereka2 yg aku sayangi hidup dengan aman, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah.... :)

bye3x!!

Photobucket

25 Januari 2011

Manjakan diri @ Kenanga Spa & Beauty Center

Pada sesiapa yg xtahu nak g Spa yg mana satu kalau kat area Bandar Baru Bangi... aku syorkan korang g ke Kenanga Spa & Beauty Center... bagi aku la tempat ni best... selesa dan ramuan2 yg digunakan adalah menggunakan herba2 terpilih... bagaikan permaisuri... actually aku firt time pergi ke Kenanga Spa ni.... not bad dia punya servis... harganya pun not bad jugak ye... tapi bila difikirkan...alah...apa la salahnya sesekali memanjakan diri dan hadiahkan diri dengan sesuatu... bila lagi kan? Tambah2 nak buang lebihan2x lemak yg melekat di badanku ini... badanku harus segera di servis!! (huda...tiba masanya u harus berubah!) :)


Nasib aku punya husband yg memahami... tengah2 dia demam tu pun sanggup tunggu aku berspa bagai... Thanks abang! i love u so much! kat bawah ni aku share sikit keadaan dalam Kenanga Spa & Beauty Center ni.... :)


And seelok2nya sauna ni dibuat sebulan 4 kali.... utk slimming dan membuang toksin2x yg membiak dlm tubuh kite ni... lepas ni aku yakin nak menjadi pelanggan tetap di Kenangan Spa & Beauty Center.. :) so...lepas ni kena buat sauna 4kali...baru +slimming massage + rawatan badan.... mereka juga ade buat pakej2x...so boleh pilih mane satu yg anda nak... :)
Ok2x... jom layan picture2 ni jom!






Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...