3 Februari 2010

Kelas Gym Yang Pertama

Macam x percaya aku akhirnya mendaftarkan diri untuk ke kelas gym. Aku ambil pakej untuk sebulan nak tengok macam mana kesan nanti. Malam tadi dengan penuh semangat hubby yang hantar untuk bagi support. Sampai saje di gym tengok jurulatih aku, kak ana dah tunggu n dah siap sedia nk training aku. hu3x.... Untuk permulaan kak ana suruh aku buang 250kalori dalam badan.




Sakit punggung aku. kak ana cakap bike ni untuk bahagian pinggang, punggung dan peha. 100kalori aku dibakar menggunakan bike ni selama 20-25 minit sahaja. Dan kemudian kak ana arahkan aku untuk naik 2 lagi perkakas tu untuk terus bakar kalori sehingga 250. Dan akhirnya setelah hampir 2 jam aku dapat membakar jumlah kalori yang dikehendaki. seronok betul masuk team gym ni. Selain badan rasa segar, ianya menguatkan keyakinan diri. Pesan kak ana jangan rasa rendah diri, teruskan dan jangan peduli apa orang cakap. :) thanks a lot. Aku juga dapat ramai kawan di gym tu selain mereka juga peramah dan x henti2x bagi support untuk aku teruskan juga. Insyallah semoga hasrat aku untuk langsing tercapai. Aku mahu langsing secara sihat bukan lagi langsing kerana ubat2x pelangsingan yang aku rasa hanya membuang masa dan wang. Erm...x sabar untuk ke kelas gym semula malam ni...hu3x...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...