17 hb 2 2010 yg lepas, aku berada di Kg Bagan Serai, Perak. Pagi tu bangun dari tidur badan rasa lain macam. Rupanya aku demam. Mungkin disebabkan cuaca yg terlalu panas. Lepas je sarapan aku tido balik... Ayah mertua aku dah kelam kabut g kedai carikan panadol..huhuhu...syg jugak dia kat menantu dia yg degil ni... :) Mak mertua aku pulak kelam kabut sapukan minyak kat kepala... rase betul ayah n mak sayangkan aku...
Lepas je makan panadol hubby terus bawak aku g klinik kt Bagan Serai. Kebetulan abang ipar aku nak ke Maybank untuk bayar duit kereta, dia pun ikut la kami sekali. Lepas je g klinik aku, hubby ngan abang ipar terus ke Maybank. Aku yg x larat ni pun melaratkan jugaklah bergerak.
Masa lalu ke bangunan Maybank tu mata aku tertumpu pada sebuah lot bangunan kedai. Ramai betul orang yang berurusan didalamnya. Tengok2x ruapanya bangunan Tabung Haji. Entah kenapa hati tiba-tiba terdetik untuk membuka akaun Tabung Haji. Tiba2x sahaja aku mengajak hubby untuk buka akaun Tabung Haji. Hubby terus setuju memandangkan wang simpanan masih ada. Entahlah, rasanya adalah baik sewaktu muda aku terus menyimpan. Xmau terlalu tua baru nak mula mendaftar di Tabung Haji. Al-hamdulillah lebih kurang 30 minit berada dalam bangunan Tabung Haji, aku dan hubby dah pun memiliki sorang satu buku akaun. Walau x banyak tapi bagi aku cukuplah sekadar permulaan. Sekurang2xnya niat itu dah cukup murni bagi aku. Bila dipikir balik, memula nk ke klinik saja, tpi Allah tu kan berkuasa, sekelip mata saja dia membuka hatiku dan hubby xpa berfikir terus membuka buku akaun Tabung Haji. Mudah2an kami dapat menyimpan dengan lebih banyak lagi untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti... Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan