27 Ogos 2009

Betapa Aku Merindu

Sesekali aku termenung
melihat sang unggas berterbangan
indah sungguh kalian..
berterbangan bebas nun di atas sana

langsung mata ku arahkan ke pinggiran kota
tiada sesuatu yang istimewa
melainkan hanya deretan kereta yang berpusu-pusu
melainkan hanya pohonan batu yang meninggi
melainkan hanya kepulan asap memedihkan pandangan
itulah sang kehidupan di kota.....

Lantas aku mendongak kembali
Kali ini tiada lagi kelihatan sang unggas...
mungkin kembali ke sarangnya....
mataku kembali terpaku melihatkan keindahan sang pelangi
buat seketika aku kagum dengan kehebatan Tuhan
yang menciptakan kecantikan si pelangi...
namun perlahan-lahan kecantikan itu menghilang di telan masa
dan aku kembali buntu sendiri...

Aku berpaling melihat manusia di kiriku....
mereka juga seperti aku
duduk sendirian sambil merenung ke jalan ...
melihat ke langit....
sebentar-sebentar melirik ke arah bangunan....
mungkin juga seperti aku
yang mencari ketenangan disebalik kesibukan kota

Namun tak dapat ku gambarkan
keindahan pabila berada di kampung
walau moden nya tidak seperti dikota
namun masih sedap mata memandang
melihat tumbuhan yang menghijau...
walau langitnya tidak dicakar pohonan batu
namun segarnya pohonan hijau itu..
menusuk langsung terus ke hati....

Oh Indahnya....
betapa aku inginkan kembali saat berada disana
Dicelah pohonan getah
Di balik tumbuhan - tumbuhan segar
Berada jauh dari kesesakan ini
Aku berjanji...walau bertahun menunggu
aku pasti kembali ke sana...

21 Ogos 2009

Manisnye Berumah Tangga

Aku sekadar berkongsi cerita, semalam sampai sahaja dirumah, terlalu bosan. Apa nak dibuat pun tak tahu. Then g baring atas katil. Panggil hubby, busan duk sorang2. Tetiba hubby keluarkan dam aji...
aku punyerla seronok. nak main nak main...!!!! excited nak main dam ni.
Apa lagi aku ngan hubby pun membuka langkah masing2 untuk main dam
Terus lawan...tengah2 main aku ni naik angin. mane taknyer sume askar2 aku ditelannyer. uwaaaaaa..... 3x main asyik kalah je.... aku kate x leh jadi ni. kene fikirkan sesuatu. aisey....ape aku nk buat...
aha...dapat idea...tau x ape yg aku buat....???? jeng3x...
Aku nangis kuat2x....
hahahaha...smpai tersedu2 aku nangis mintak kat hubby bgi aku yg menang. yang hubby terkebil2 tgok wife dia nangis. Mungkin kesian kot, last2 aku yg menang.. yeyeyyyyy wife dia yg menang. hubby mencuka. yerla..terang2 patut dia yang menang, tapi disebabkan x sanggup tengok airmata isteri dia sanggup dia mengalah. itulah kehebatan airmata wanita. Dan kesimpulan yang aku dapat dalam kisah aku ni, indahnya nikmat berumahtangga.
Suami yang baik sanggup berkorban demi melihat si isteri tersenyum selalu dan Suami adalah insan yang paling dekat dihati setiap isteri dan sebaliknya pada si suami. Dialah sahabat, dialah kekasih.....dan dialah insan yang paling layak kita hargai selepas kedua org tua.
Pada suami ku yang tercinta, engkau adalah anugerah Tuhan yang tidak terhingga yang dihadiahkan untukku... your wife..madam nuyul

20 Ogos 2009

MASAK LEMAK LENGKUAS

Bahan2 : 1-2 cm Lengkuas, 2@3 batangSerai, sehelai Daun kunyit, Cili padi, 1 biji kelapa diambil Santan, Serbuk kunyit, garam sdikit, 2 ulas Bawang kecil, 2 ulas Bawang putih,
Sotong@ayam@lala@udang (ikut mne korg nak)

Cara2:
1. bawang kecik/ bawang putih/cili/lengkuas(dalam 1 cm) di tumbuk @ dikisar halus

2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak then tumiskan bahan2 yang ditumbuk @ dikisar tadi


3. Serai di titik dan dan daun kunyit dihiris dipotong dan masuk sekali dalam tumisan tadi.

4. Tunggu sehingga naik bau...jgn sampai hangit pulak

5. masukkan sotong @ayam@udang@lala dalam tumisan dan tambah secawan kecil air kosong. biar mendidih

6. Lastly masuk santan. tambah garam dan bahan perisa. jgn masak lame sgt kang santan pecah...x cantik dah...k..

7. Siap untuk dihidangkan...MAKAN..hu3x

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...