2 Disember 2010

Eida & Fahmi Wedding


Alhamdulillah, akhirnya cousin aku yang sorang ni selamat diijabkabulkan dengan lelaki yang bernama fahmi. hahaha...sebut nama fahmi... baik orang nya...kelakar pun ada... kalau ketawa satu kawasan perumahan pun boleh dengar...

dorang ni sweet couple sebenarnya... hikhikhik.... penatnya tengok mereka berdua ni menguruskan perkahwinan sendiri...

mane taknya... dari mula2 bertunang aku dah ikuti sume perjalanan mereka ni untuk melalui gerbang perkahwinan. Dan akhirnya tarikh 28 november 2010 amat beerti bagi keduanya setelah sah bergelar suami isteri.


Perkahwinan mereka sangat meriah... perkhidmatan pelamin, baju dan jurufoto semuanya dalam keadaan bagus.... mane lagi kalau bukan dari butik anjungamie ... memang meletop... pelamin, khemah pengantin dan hiasan bilik tidur digubah menggunakan bunga-bungaan hidup dan segar. tapi faham2lah budget berapa...hikhikhik... bujet lebih u all pun boleh wat lebih dari ni... aku suke sangat dengan konsep yang eda dan fahmi pilih untuk majlis perkahwinan sebelah lelaki ni.... very nice!
(antara gubahan yang aku gubah untuk kedua pasangan pengantin ini ^_^)

Apa pun aku doakan eda dan fahmi kekal bahagia ke akhir hayat... semoga dikurniakan zuriat yang baik... ^_^ jangan lupekan aku ye bile dah kahwin nanti... kite friend smpai bebila... semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yg minthali pada eda... macam tu gak fahmi....semoga menjaid suammi yang terbaik....muah3x! so..kite tunggu majlis perkahwinan untuk belah lelaki pula di Dewan Penjara Kajang pada 7 Disember 2010 ini pula... sure lagi meletop! excited nak tunggu.... ^_^

1 Disember 2010

Kami KAWAN


Pening kepala aku hari ni... nk kuar makan ngan sape2 pun susah! damn!
arini shade ajak aku kuar makan... so dengan senang hati aku ngan shade pun kuar la makan... turun2 tangga office ade la sorang si labu ni... siap cakap...''huit skandal nih''.
Aku mase tu memangla bengang sangat2... masuk dlm kereta shade pulak bebel2x... bengang kat si labu yg mulut macam bingai! Aku cakap cool sudah... biasalah.. budak2 kecik... xsangka pulak si shade ni cepat emo2x... mau x emo kata dia... dia cakap dibuat2nya mulut2 orang macam tu...kang satu office fikir memang kitorg skandal... nak2 pulak shade baik dgn husband aku... xke haru jadinye... fikir balik.... biarkan ajelah... pening aku hilang sekejap... buat bodo sudah... mulut orang ni kita xleh nk tutup2 mcm mulut tempayan tu...

Sampai kat office... aku tanye pada member aku yg sorg tu.. ada x org cakap2 apa2 aku keluar makan dengan shade? then kawan aku yg baik hati sorang ni cakap... xda cakap apa2...just cakap... ''waa...nurul sekarang dah xmahu makan dengan we all'' huh! bukan xmahu lah kawan... i yang kadang2 malas nak makan kat pantry tu ha... semenjak dapat bilik sendiri ni... lebih suka makan dibilik sendiri saja... if orang ajak keluar barulah keluar... huh! xyah kecoh2 ye... janji makan kenyang2x... xbaik mengupat atau memfitnah... lagi2 jgn duk berdengki2...

Kami x skandal!!!! kami hanya KAWAN!

30 November 2010

aku mahu MAK gumbira!

30hb November 2010 :-

Balik sahaja dari kerja aku dan suami bergegas ke Seksyen 9, Bandar Baru Bangi untuk mencari kerusi roda untuk mak. Sebelum ni aku ada meminjam kerusi roda dari ayah mertuaku, tetapi apabila sampai di KL, kerusi roda itu tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. dan nampaknya kali ni aku tekad untuk membelikan mak kerusi roda... supaya mak senang untuk bergerak kemana-mana. Tak perlu meminjam2 lagi... huhuhu.... Niatku hanya satu...biar mak dapat berjalan bersama2x kami semua... diwaktu usianya dah lanjut...xkan nk terperap sahaja dirumah... biar mak menikmati keadaan di luar sana... Kalau tak sebelum ni.. bawa mak pergi kemana2x, mesti mak cuma duduk dikerusi2 shoping mall yang disediakan. Yelah, nak jalan dah x larat dan terpaksa bertongkat.

Aku dan suami berjalan dari satu farmasi ke farmasi yang lain, badanku terasa lemah dan kecewa kerana 2 farmasi yg aku pergi sebelumnya kehabisan kerusi roda. Kakiku berat melangkah untuk pergi farmasi yang ketiga. Untuk farmasi yang ketiga aku suruh suami menunggu di dalam kereta sahaja dan biar aku yg bertanya samaada kerusi roda asa dijual atau tak. Alhamdulillah, akhirnya di farmasi yg ketiga ada kerusi roda. Ada 2 jenis kerusi roda yang dijual dan aku hanya memilih yang standard... RM360... x mengapalah... hadiah untuk mak... Sampai dirumah... mak happy sangat dapat kerusi roda... hehehehe...lepas ni x perlu mak duduk2 kat tepi shopping mall lagi ye.. dah boleh jalan sana jalan sini... mak sempat melawak... ''Mak dapat kereta baru. kereta proton.'' Kami semua ketawa mendengar ayat tersebut keluar dari mulut mak.... ^_^ sayang mak!
6.45petang :-

Aku, suami, mak, intan, solleh dan baim menaiki kereta menuju ke Alamanda. Aku dan suami memilih Alamanda tempat pertama untuk dibawa mak atas sebab kesuntukan masa... xkan petang2 begini nak pergi KL kot? hehehe dah tentu2 jem....no no no... Smpai je kt Alamanda tanye adik2 nk mamam ape...sume duk sepakat nk mam kat KFC.
So pergi ajelah kt KFC Alamanda tu. Sebelah aje dengan Carrefour. Kali ni suami aku mengofferkan diri untuk belanje... sume makan bagai x ingat. Mak pun same. Tengok adik2 makan sekenyang-kenyangnya. ^_^.

8.00malam :-

Bawa mak pusing2 kat Alamanda... beli barang sikit2x....


10.00malam :-

Kami semua bergerak balik. Semua pun penat... sampai kat umah semua pun pengsan sekali...hahahahaha... tanye mak...best x mak jalan2x? mak kate :: best! hehehehe

OK! cukup sampai disini... ada lagi masa yang panjang untuk bawa mak ngan adik2 berjalan di sini dalam tempoh sebulan lagi.... huhuhuhu... nanti aku dan suami fikirkan dan arrangekan mase untuk mak disini... supaya mak dan adik2 lebih bergumbira....wuaahahahaha.... ^_^. Dan pada suamiku...thanks coz jadi suami yang baik, abang yg sporting kepada adik2 ayang.!
Semoga Allah mempermudahkan semua niatku dan suami untuk menggembirakan hati mak. Amin

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...