2 Januari 2012

Herbalife Again!

2.1.2011
Semalam adalah hari pertama aku start balik gunakan set herbalife setelah hampir 2-3 bulan terhenti... Hari pertama tentunya menguji kesabaran... tpi alhamdulillah aku berjaya harunginya utk sehari... adoii hrp2 la bertahan begini untuk 3-4 bulan... jom aku cerita sikit!


tara... inilah setnya... herbalife kan dah berwajah baru
Shaker yg cute tu aku beli untuk suka2...ha3x xla...tu untuk bancuh shake dgn lebih sedap... supaya shake hancur dgn sepenuhnya... kalau diperhati betul2, dlm shaker tu ade mcm bebola spring... haaa... yg tu la buat shake hancur dan sebati...  harga shaker tu RM19...kebil2 gak mata nk beli shaker tu... kecik je tpi dekat rm20... tpi difikirkan sebab azam baru...xpela beli jela.. lagipun shaker yg lama entah mana aku campak pun x tau... hahaha... 

Orang selalu cakap... ''kau ni jual herbalife, tapi badan x mcm guna produk herbalife pun!'' 
Meh sini aku terangkan... hidup ni,  kite tau ke time bila kita senang...time bila kita susah? org tau ke time bila kita rasa perlukan duit yg teramat sgt? yup! aku tau herbalife memang mahal! sebab tu dalam tempoh 2-3 bulan yg sudah aku terenti teruskan herbalife... time tu perlukan duit dan ada yg lebih penting dari body ni ok... 

Lepas tu ada la mulut2 sumbang mambang yg cakap....
''Engkau stop herbalife terus badan ko naik kan?'' Aku senyum la dgn kelat masa org cakap macam tu...
Kawan.... tau kenapa badan aku naik balik lepas stop herbalife? bukan salah herbalife ye.... memang lepas stop sekejap aku ambil herbalife, aku memang makan x hingat dunia punya... sebab aku fikir time ni lah enjoy dulu makan puas2...dan fikir lepas ambil herbalife nnti baru aku gile2 turunkan balik... haha3x.. 
Mari ye togk aku listkan contoh sehari yg pernah aku makan... huhuhu...

Pagi: 2 bungkus nasi lemak
Tengahari : Nasi  + ayam goreng + sayur2...+ gulai lemak2...nasi penuh satu polistrin ok...
Petang: Char ke tiau... (bantaila ejaannye janji faham...hehe)
Malam: Nasi +  lauk2
Lagi best kadang2 tengah malam pun makan megi lagi...Tu x termasuk klau aku beli wafle selang sehari!

Lagi satu tambahan, dalam tempoh 2-3 bulan lepas hari2 adalah nasi lemak menu sarapan aku... manela badan x naik... dan bukan sebenarnya salah herbalife bila aku stop badan naik ok.... ni betul2 aku type seikhlas hati xde tipu2... xcaye? call my huby la...tanya sendirik... :) pernah aku sarapan 2bungkus nasi lemak, lepas tu lunch pun 2 bungkus nasi lemak ok... gila ke x gila tu... gila kan...hehe3x...

Sebab tu, bila dah terasa lapang sikit ni dan selari pula dgn Tahun baru 2012 ni... aku pun mahula mulakan herbalife semula...:) Kenapa mesti aku pilih herbalife semula?????????

1. Herbalife adalah satu2nya produk yg pernah turunkan berat aku sebanyak 15kg!
2. Dalam 2 minggu pertama aku gunakan herbalife dulu aku turun sehingga 6kg!
3. Period aku yg gelong kdg2 3 bulan sekali tu jadi normal elok je sebulan sekali naik bendera cuti... 
4. Masalah tidur berdengkur aku hilang dulu... tahu kan tidur berdengkur sgt bahaya... (ni memang sah kena tanya huby, sebab dia je yg dengar aku berdengkur ke tak.. haha3x)

Aku share lagi ni.... tahu x lepas aku berhenti sekejap herbalife 2-3 bulan yg lepas, period aku terhenti... tu yg doktor ckp aku pregnant tu... :( sedihnya bila teringat... lepas tu seminggu lepas aku dtg lagi period tpi keadaanya sikit2 mcm susah sgt nk turun... semalam sempena tahun baru aku start minum herbalife balik, teamix minum byk2... huhuhu... malam tadi dan hari ni lancar terus... paip betul2 clear... huhu3x... 

Kalau org syorkan produk lain pun, aku tetap pilih herbalife untuk turunkan berat badan... :) Sebelum ni aku pernah try buat satu2nya diet yg x perlu keluarkan duit utk produk... mesti pernah baca pasal diet atkins kan? korang rajin2la cari apa itu DIET ATKINS dalam google... memang turun juga time tu... lepas tu aku start pening2... silap2 haribulan kolestrol badan naik wooooo.  Bila dah pening lepas 2 minggu buat diet atkins tu, baru la aku gedik2 nak cari keburukannya di internet... pada yg nk cuba diet tu x salah... ada juga yg dpt kesan yg positif... tepuk dada tanyalah selera.... :) masing2 punya pilihan kan...

Ok, habis dah pot pet... nk share pulak tentang hari pertama semalam:

Pagi: Shakes (Formula 1 (2sudu) + Formula 3 (1sudu) + 250ml soya
Lunch: Nasi + AYam goreng Kari 
Petang: Bihun Sup
Malam : Shakes (Formula 1 (2sudu) + Formula 3 (1sudu) + 250ml soya + ice cube.
Teamix: Bancuh 1.5 sudu tea kecil + 2000ml air kosong dan minum bila2 masa

Alhamdulillah, berjaya! harap kuatkan semangatku untuk 3-4 bulan dan seterusnya.... :)

29 Disember 2011

Pengorbanan

Malam tadi bila hendak tidur, aku membelai rambut suamiku, Aku senyum melihat dia dan suami kembali senyum padaku.

''Abang... ayang percaya abang boleh lakukannya. Ayang yakin sangat, dan ayang x kisah berkorban untuk abang'' Aku bersuara memberi kata semangat dengan penuh keikhlasan. Aku benar-benar ikhlas mengungkapkannya... Suamiku senyum dan mengangguk. Aku yakin dengan suamiku.... Dan hari ini aku membaca maksud pengorbanan dia carian google dan aku terjumpa barisan-barisan ayat dibawah..... Pengorbanan itu banyak cabangnya....

''Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain. Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas. Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah. Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan. Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya. Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat. Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati. Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian. Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak. Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya. Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia. Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran. Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.''

Mudah-mudahan pengorbanan yang aku lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah... Aku mahu suamiku berjaya dunia dan akhirat.  Abang... tak kisah apa yang berlaku, ayang adalah orang yang paling kuat mendukung impian dan cita-cita abang, ayang adalah isteri yang sanggup berkorban apa saja demi melihat abang berjaya. Kerana ayang amat menyintai abang seluruh jiwa dan raga.. Good Luck Abang!



Ya Allah, permudahkan segala urusan kami nanti.... Amin...

22 Disember 2011

Aku wanita yg masih belum sempurna

Hati ini tiba-tiba terasa sayu... Airmata terasa ingin jatuh berjuraian... Namun ku pujuk hati, kuatkanlah hatimu wahai wanita... Satu soalan yang sering aku tertanya-tanya... Kenapa susah sangat aku nak mengandung? Orang lain senang-senang je mengandung... Aku tahu aku ni bukanlah sebaik-baik manusia... Tapi aku juga punya perasaan. Bila jumpa orang atau sedara mara macam dah tiada soalan lain melainkan... 

1. Dah pregnant ke?
2. Bila aku nk dapat anak saudara ni?

Tahu tak yang soalan2 kalian tu buat aku terasa sangat hati. Aku manusia biasa dan tak mampu nak menjawab segala yang telah ditetapkan oleh Allah. Aku harap sangat pada orang-orang yang diluar sana janganla bertanya apa-apa mengenai anak pada orang yg belum dikurniakan cahaya mata. Perasaan yg mengalaminya tak siapa yg tahu kecuali diri sendiri. 

Sebulan yg lalu aku dapat berita gembira bila mana aku disahkan mengandung oleh doktor di sebuah klinik... Bersyukur tidak terkira. Sepanjang perjalanan memandu ke pejabat aku mengucap syukur yang tidak terhingga. Selang seminggu doktor minta aku dtg semula ke klinik untuk membuat scan. Aneh langsung tak kelihatan... Aku berdoa dlm hati sepanjang doktor scan diperutku... Aku semakin cemas... Dan akhirnya setelah gagal... aku dihantar ke Hospital Serdang untuk lanjutan. Sebelum aku keluar dari bilik doktor, sekali lagi aku bertanya... ''Doktor, betul ke saya mengandung?" Doktor cepat2 buka buku laporan... ''Betul, awak positif!'' Ada sedikit lega bila dengar jawapan dari doktor. Sepanjang-panjang perjalanan ke hospital serdang aku dan suami tidak putus-putus berdoa agar permudahkan segala urusan. Sepanjang hari berada di hospital, doktor mencuba berulang kali membuat scan namun hampa. Dan akhirnya doktor arahkan aku ambil UPT semula... paling menyedihkan... UPT aku negatif! Hampir aku terduduk... Kuatnya Ya Allah ujian mu ini... 
buku rekod mengandung... sedih bila tiap kali aku melihatnya.. cukupla bahagia itu seketika cuma..

Dulu aku punya kawan rapat.. segala rahsia bertukar2... sama-sama memasang angan2 mempunyai anak. Rezeki menyebelahi Tasha... dia dulu dikurniakan baby... Aku tumpang gembira. Semenjak tu wujud perasaan yg sukar ditafsirkan... Perasaan rendah diri menebal teramat sangat. Sehinggakan wujud jurang semakin luas antara aku dan dia.. Tasha..maafkan aku ye.. bukan tak mahu serapat dulu dengan engkau... tapi aku sedih... dan terasa aku seperti tidak sempurna... Ya... aku wanita yg tidak sempurna.... :( tapi aku sentiasa doakan kau bahagia disamping suami dan anak.... 

ni la Tasha and afif fahri yg sgt comel~!

Ya Allah.... Kuatkanlah hatiku yg semakin terasa lemah... kuatkan kasih sayang aku dan suamiku... 
Disaat ini...airmata benar-benar berjuraian... amat payah untuk aku menahannya.... Lagi-lagi bila mengenangkan aku wanita yg masih belum sempurna..... 

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...