15 Disember 2009

BUNTU

Entahlah aku rasa seminggu ni aku xde mood langsung nak wat kerja... apatah lagi nk datang kerja. Mood xde langsung, sian tasya (my best friend) ... x terlayan ym aku kat dia. dengan sape2x pun aku xde mood nak ym. entah ape sebab nya...

Fikiran seolah-olah kosong. Kadang- kadang aku sendiri tak tahu apa yang sedang aku fikirkan. jenuh mencari punca... tapi x jumpa. Mungkin aku mula merasakan hidup ini belum sempurna. Ada banyak lagi impian dan angan-angan aku yg belum termakbul ... dan aku seolah-olah berputus asa.. dan menimbulkan kemurungan secara tiba-tiba.

Aku ingin berubah!!! berubah dalam semua bentuk... Betul.. aku menerima kasih sayang yang tidak terhingga dari suami tercinta. itu cukup.... tapi masih banyak faktor lain-lain. Termasuk impian aku... salah satunya aku dibebani dengan rasa rendah diri yang teramat-amat sangat. Aku ingin cantik seperti dia.... aku ingin badanku langsing semula. tapi bagaimana? bermacam-macam cara aku cuba... tapi semuanya seperti biasa. dan akhirnya aku putus harapan... kecewa lagi. Oh Tuhan bantu aku untuk melakukan sesuatu...

Yang kedua - fikiranku ligat memikirkan untuk menambah pendapatan. aku ingin lebih berjaya... lebih lagi dari itu. bermacam-macam cara aku cuba... adakalanya ianya juga menimbulkan kemurungan dalam diriku. Namun jauh disudut hati aku sering kali meyakinkan diri... masih terlalu awal untuk mengecapi kejayaan. cuba dan teruskan lagi. sesungguhnya orang yang berjaya tak kan mendapat kejayaan tanpa menempuh halangan dan cabaran. Itu kata-kata yang sering aku bicarakan dengan kata hatiku...
Semoga esok akan menceriakan hidupku... Senyuman di pagi hari =(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...