11 November 2011

Dia Pilihanku

Pejam celik pejam celik lagi 3 hari je Anniversary aku dan suami kali yang ke-3...
Sekejap saja masa berlalu... rasa macam baru je bersama... Ok.. hari ni just nk coret2 je tentang me and huby... me and huby lagi??? OMG... hahahahaha topik yang best je rasa dlm blog ni memang la tentang me and huby... yep! hidup aku lengkap dengannya.. dan kami saling melengkapi antara satu sama lain... :)

Pada 19 Oktober 2011 aku ni tengah boring2... jenguk2 la ke ruangan FB Mingguan Wanita... Dan secara kebetulan terbaca tentang ruangan 'Dia Pilihanku'.... dalam hati terdetik, x salah kalau mencuba kan? Aku pun mula mengarang, tempoh dalam lingkungan 10-15 minit sahaja, ianya tulus dari hatiku...

20 Oktober 2011, Terima panggilan dari Cik Amiza (kumpulan karangkraf).... Dia beritahu, ceritaku dan suami akan diterbitkan dalam tempoh 3 minggu... Betul, langsung tak ada rasa dipilih, mungkin dah rezeki.... Cerita cintaku bukan untuk dicanang, tapi untuk ku beritahu semua insan yang pernah terluka dan kecewa... Tuhan dah tetapkan apa yg terbaik untuk kita. Jangan sesekali menyesali apa yg pernah terjadi. Kebahagian tu ada untuk semua orang. Cuma mungkin belum tiba...

Alhamdulillah, pagi 9 November 2011, sms masuk ke hp.... seseorang mesej mengatakan dah membaca ceritaku di mingguan wanita... Apa lagi.. aku dan suami pada masa tu kebetulan berada di Pekan Bagan Serai kerana temankan ayah mertua memenuhkan akaun Tabung Hajinya... terus kelam kabut mencari kedai buku...  hehehe... Mingguan Wanita 11-17 november 2011 (m/s 93) Namun ada sedikit terkilan disitu, ceritaku tidak disiarkan dengan sepenuhnya. Mungkin kerana ruangannya limit untuk 1 mukasurat.... Sempat aku scan pagi tadi... Jom tengok....

Klik untuk baca lebih besar... :)
Apa pun terima kasih banyak2 pada amiza dari Karangkraf sebab memilih cerita cinta kami... :)
Semoga rumah tangga kami bahagia sehingga ke akhir hayat... Amin
Nak baca cerita yg panjang?? hehehe... boleh baca kat bawah ni... ^_^



‘’Kak jangan lupa ambil saya di Hentian Pudu Raya ya. Kredit dah nak habis dah.’’ Aku membaca mesej di telefon bimbitku dengan perasaan sedikit pelik.

Dalam hati tertanya-tanya siapa orang yang sms ini? Pada mulanya anggap ianya mungkin ada yang salah mesej atau sengaja nak mempermain-mainkan aku. Tapi selang beberapa minit kemudian, terasa tidak senang duduk pula memikirkan mesej itu tadi.

‘’Kalau betul lah budak ni minta kakaknya menjemput di Pudu Raya macam mana? Dah lah kawasan tu tentunya bahaya bagi orang yang tak biasa. Kalau budak yang sms ni budak belasan tahun macam mana?’’ Sudah hatiku berbelah bahagia. Dan akhirnya aku membalas mesej tersebut.

‘’Maaf ya adik, adik ni salah nombor. Ni bukan nombor kakak adik. Hati-hati di Pudu Raya. Cuba cari semula nombor kakak adik yang betul. TQ’’

Selepas tu barulah tenang kembali hatiku dan meneruskan kerjaku yang tertangguh. Tidak lama kemudian telefon bimbitku berbunyi lagi tanda sms masuk.

‘’Maaf ye, saya salah nombor pula tadi…’’ Mesej masuk lagi ke telefon bimbitku dan saat itu aku pula yang tersenyum membacanya.

Dipendekkan cerita disitulah perkenalan antara aku dan suamiku kini. Kami berkawan melalui telefon selama beberapa bulan tanpa melihat antara satu sama lain. Dalam pada masa yang sama aku sedang kecewa dalam bercinta. Tetapi sepanjang aku dan suamiku berkawan ketika itu, sedikit pun tidak ada perasaan sayang pada dia, kecuali hanya kawan semata-mata. Lagi- lagi pula dengan bahasa dia yang agak berterabur. Maklumlah hanya dengan suara saja kami berkenalan. Hatiku begitu degil mahu mengganggap dia lebih dari dari kawan. Banyak kali suamiku mengajak kami berjumpa, tapi hatiku keras.

Sampailah disuatu hari, aku pada masa itu mempunya sedikit masalah kewangan dan sekadar bercerita dengan suamiku. Dia pula terus meminta nombor akaunku dengan niat untuk membantu. Sangkaku dia hanya sekadar berjanji. Mana mungkin, orang yang kita langsung tidak kenali boleh beri duit sesuka hati. Aku terpaku bila melihat sejumlah wang di skrin mesin ATM. Aku betul-betul tidak sangka, yang lelaki ini betul-betul membantuku sedangkan kami tidak pernah melihat antara satu sama lain. Hatiku tergerak untuk bercerita dengan mak tentang suamiku. Mak juga agak terkejut. Jumlah yang dimasukkan suamiku pada waktu itu bukan dalam lingkungan ratus-ratus ya. Lebih dari itu. Bayangkan ada lagi manusia begini. Aku kemudian paksa dia untuk beritahu kenapa sampai begitu keihlasan dia nak membantuku dan tak takutkah dia kalau aku menipunya?

‘’Saya cuba tolong yang termampu, kalau awak menipu saya itu antara awak dan Tuhan’’. Itulah kata-katanya yang membuat aku begitu terharu.

Dan akhirnya dengan izin mak, hatiku terbuka untuk menemuinya.

Pada 21 Julai 2007, aku duduk di tepi bangunan Maybank, Kuala Lumpur. Setelah menunggu hampir 10 minit, aku lihat seorang lelaki berlalu dihadapanku. Wajahnya kelihatan telus. Tapi aku sendiri tidak berani menegur, takut salah orang. Tambahan pula keadaan Kuala Lumpur yang ku rasa asing sekali. Dan kemudian lelaki itu berlalu lagi dihadapanku dengan sekali pandang ke arahku. Badanku agak kedinginan. Terasa sedikit gementar. Dan aku lihat, lelaki tadi berdiri jauh sikit dariku. Telefon bimbitku berbunyi, suara suamiku ditalian…

‘’Awak yang berbaju kurung hijau tu ke?’’
‘’Iye, sayalah tu’’…
‘’Ok tunggu sekejap ya’’.
‘’Ok’’

Selang beberapa minit lelaki itu muncul dihadapanku dengan senyuman yang manis. Memang betul sangkaan ku, lelaki yang manis wajahnya tadi adalah dia. Dan kami kemudian terus ke salah satu Restoran di Bangsar. Jantungku berdebar-debar disaat berada di dalam kereta.

‘’ Sudi tak jadi isteri saya?’’ Suamiku pada waktu itu melamarku. Hampir tersembur makanan yang berada dalam mulutku ketika itu. Suasana hening seketika. Aku diam membantu.

‘’Ini first time kita jumpa, boleh tak kalau kita kawan dulu…’’ Hatiku sedikit bergetar.

‘’Saya ikhlas, kalau awak nak teruskan hubungan ni, kita teruskan. Tapi kalau keputusan awak tak mahu, ini adalah kali pertama dan terakhir kita berjumpa’’ Serius sekali kata-kata suami di saat itu dan membuatkan aku tergamam dan hati berbelah bahagi.

Setelah hampir beberapa minit aku diam membatu, akhirnya entahlah aura apa yang merasuk aku ketika itu, aku mengangguk kepala tanda setuju.. Jawapanku itu membuatkan suamiku tersenyum.

‘’Hujung bulan ni saya hantar orang merisik’’ Lelaki dihadapan ku bersuara lagi. Sedangkan aku ketika itu berada dalam keadaan percaya atau tidak.

Dia sememanyna ikhlas dengan ku, seperti yang dijanjikan dia benar-benar menghantar rombongan merisik pada hujung bulan tersebut. Dan secara rasminya pada bulan Oktober 2007, aku menjadi tunangannya….

Walau pada masa itu aku terfikir-fikir, aku sememangnya sedang bermain dengan api. Tapi aku sendiri tidak sedar, pada masa bila cinta itu wujud.

Kini sudah 3 tahun lebih kami hidup berumah tangga. Aku benar-benar bahagia. Aku bersyukur pada Tuhan kerana mengurniakan suami terbaik walau pun pernah dikecewakan sebelum ini. Dalam tempoh mengenali suamiku, banyak yang aku ketahui tentang sikapnya yang penyabar, penyayang dan selalu menolongku membuat kerja rumah disaat aku keletihan. Dan apa yang paling membahagiakan aku, suamiku tidak pernah melupai hari-hari penting dalam hidup kami. Dan setiap kali hari-hari penting itu, ada jambangan bunga dan hadiah dihantar ke pejabatku. Aku tidak memandang harganya tapi aku terharu dengan kesungguhannya untuk membuat aku terasa bahagia. Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan aku dengan suami sebaik ini.

Sedang aku menulis kisah cinta ini, suamiku menelefonku bertanyakan apa yang sedang aku lakukan dipejabat… I love u… katanya mengakhiri perbualan…. J I love u too abang…

Salam sayang,
Nor Rulhuda Wahid & Mohd Abdul Razak Mokhtar

4 ulasan:

  1. Ya Allah..begitu indah kisah hidup akak dan suami :)

    Bermain dgn api? ya klw sya jadi akak pun sya akan pikir yang sya bmain dgn api..sedangkan kita tdk mengenali si dia dgn sbenarnya..

    Allah itu maha berkuasa..bercinta selepas kahwin adalah cnta yg diredhai..smoga bhgia ke anak cucu :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih aien_sunflowerz... Jodoh pertemuan kan... Setiap org dah diciptkan berpasangan. Mungkin sebab terlalu byk kali hati terluka, masa tu cuma nak kan seorg lelaki yg betul2 cintakan akak... tpi sebelum tu asyik terjumpa org yg salah.. dan mereka2 semua langsung x faham yg akak xnak perkara lain kecuali cinta... huhuhu boleh buat drama kan? :) bila tgok kesungguhan suami masa tu yg buat akak terima... sebelum tu ada seseorg yg rapat dgn akak beritahu satu ungkapan pada akak... ''Terima org yg mencintai kita lebih dari kita mencintai dia'' Sebab tu hati terbuka... doakan kami ye... :)

    BalasPadam
  3. suka baca.. menarik.. mcm dalam drama.. hehe

    thanks sudi tinggalkan link utk perkongsian :)

    BalasPadam

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...