27 Jun 2013

Kerja oh kerja


Salam semua, pejam celik pejam celik hari ni dah sebulan setengah saya bekerja di company baru. Berkat hari Jumaat, hari ni dah pun saya terima cek gaji. Alhamdulillah, gaji kali ni adalah yang paling ditunggu2 selama saya bekerja. Senyum sampai telinga bila tengok angka di cek ok… alhamdulillah2… berulang2 perkataan tu keluar dari mulut saya. Orang kata gaji naik banyak, kerja pun semakin banyak la kan? Yep betul… kerja saya bukan setakat interior designer je… tapi dah rupa project manager pun ye. Mula-mula rasa letih juga, tapi saya fikir…itu ilmu.. ilmu.. ilmu... Macam semalam, saya pening kepala masa handle BQ (bills of quantities) actually buat BQ x susah sgt la.. tapi yg buat saya nk muntah bila benda tu datang dengan drawing yang x lengkap. Memang haru, terpaksa call client n supplier untuk dapatkan harga semula. Tapi saya set dalam kepala saya… “mudah saja! Senang huda…senang…” Barulah otak saya rasa macam berfungsi kembali. Meh saya share apa kerja yang saya handle dekat sini…

a) Set apoitment dgn client n meet client, discus dengan client about design & material
b) Keluar site untuk ambil ukuran
c) Keluarkan drawing, layout n 3D view
d) Keluarkan quotation @ BQ & double comfirm dengan client then collect 50% deposit
e) Comfirm dengan supplier brg2 apa yg sy nak… set date
f) Discussion with factory department tentang project yg akan running
g) Turun site utk make sure project2 berjalan dengan baik n saya akan handle sampai project tu siap sepenuhnya.
h) Dapatkan payment sepenuhnya dari client…

Actually ada lagi kerja2 yg sy handle x saya senaraikan kat sini… ni la kerja hari2 saya.. sometimes pening bila client call x tentu waktu.. then setiap problem dekat project, comfirm mereka akan kejar saya sampai rasa sesak nafas… Apa pun saya happy even rasa susah pada mula2… Saya yakin dengan apa yg saya belajar hari ni satu hari nanti akan berguna untuk masa depan saya… siapa tahu kan next position sy boleh try for project manager…hu3… tinggi sgt cita2 tu…=) xpe..cita2 tinggi xpe kan… inshaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...