20 Jun 2010

Adikku Solleh

Rasa kali ni terpanggil sekali lagi untuk aku berkongsi menulis di dalam blog ni.....
Bukan kisahku... tetapi salah seorang adik yg aku sayang...


Solleh...
Adik yang baik... rajin membantuku.. diam sahaja apabila kadang2 aku marah dia... Selalu masak kalau aku kepenatan balik dari kerja... Setiap hari tolong mengemas rumah... Adik yang sangat jujur... dia x berani menipu aku...Banyak sangat pertanyaan yang keluar dari mulutnya sehinggakan adakalanya aku penat untuk melayan... Sangat2x manja... Suka makan nasi lemak hari2x...sebab tu semakin bulat macam kakaknya ni... =)

Solleh...
Adik yang tidak seperti adik yang lain... mungkin dia sedikit mempunyai kekurangan... tapi aku x pernah memandang itu sebagai ukuran untuk terus menyayangi dia... Langsung x pernah menyakiti hatiku...dia adik yg baik


Namun aku menjadi tertekan tatkala ada yang cuba menyakiti hatinya... Apa salah dia? Mungkin belum masanya dia bertindak menjadi matang sewaktu ini... dan manusia yang lain x layak untuk mengukur anugerah yang telah Tuhan berikan pada hamba yang terpilih ini... Kamu semua kan mempunyai akal yg lebih sempurna berbanding adikku ini? Untuk seratus orang sekalipun aku sanggup menjaga adik seperti ini... Namun mungkin sebab dia sebegitu... manusia lain sering merendah2kan dia....sering mempermain2kan dia... pernah kah dia menyaki
ti hati kalian??? jikalau ada aku sebagai kakak memohon ampun atas semua kesalahan yg dilakukan oleh adikku ini... mungkin dia kekurangan dari segi akal... kerana sedari kecil dia disisihkan disebabkan kekurangan yang dimiliki....

Pada manusia2 itu.... aku memohon maaf sekiranya catitan di diaryku kali ini menyakitkan hati kamu semua... cuma sebagai tulisan untuk mengeluarkan rasa kecewa dihati seorang kakak....

Pada adikku syg solleh.....
Sampai akhir hayat akak pun... akak sanggup jaga solleh... tinggallah dengan kakak selagi hayat akak masih ada dimuka bumi ini... Akak doakan solleh menjadi seorang manusia yg berjaya satu hari nanti..... Ya Allah... kau peliharakanlah adikku ini... amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perjalanan Yang Panjang

Rasanya baru semalam melangkah ke dunia pelajar setelah hampir 7 tahun meninggalkan zaman kolej tahun 2006 dulu. Di Politeknik banyak membe...